Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN AL-KAREEM

Bulan ramadhan kembali lagi bg tahun 1431H. Buat Pengejar dan pencinta ibadah, bulan ini menjanjikan 1001 kelebihan untuk melipatgandakan pahala amalan. Namun bagi mereka yang tak bersedia, mereka akan susah hati mengenangkan mereka terpaksa melalui sebulan penuh bulan Ramadhan dengan puasa. Malah Kalau bagi pencinta maksiat, mereka rasa nak mati kerana Ramadhan menghalang mereka dari melakukan maksiat kepada Allah.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, sepertimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah mudahan kamu beroleh taqwa”

Allah mulakan ayat ini dengan “Wahai orang-orang yang beriman”. In menunujukkan ayat ini adalah ayat Madaniyyah (ayat yang diturunkan di madinah). Dan kewajipan berpuasa telah difardukan pada tahun kedua hijrah, tahun yang sama berlaku perang Badar al-Kubra. Perang yang menyaksikan 313 orang tentera muslimin yang sedang berpuasa serta serba serbi tak lengkap, menentang tentera kafir Quraisy yang mengumpulkan pemuda-pemuda terbaik dari setiap kabilah yang ada di Mekah seramai 1000 orang. Dan Alhamdulillah tentera Islam menang. ALLAHUAKBAR!!!

Kemudian ayat ini disambung denagan “Telah di wajibkan ke atas kamu untuk berpuasa”. Ulama telah mengistinbath hukum yang mengatakan WAJIB puasa dari perkataan (kutiba) yang bermaksud telah diwajibkan yang membawa hukum wajib untuk kita berpuasa. Jadi hukum berpuasa adalah wajib ke tas tiap2 merke yang mukallaf yakni yang telah diberatkan dengan tanggungan ibadah setelah akil baligh.

Dan dalam ayat ini juga Allah menyebut “Sepertimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu”. Ertinya umat dan nabi-nabi yang terdahulu pun telah disyariatkan supaya berpuasa. Kita tengok bilamana Nabi Adam diturunkan kedunia, Baginda telah berpuasa selama 30 hari. Dan kita tengok juga bilamana Nabi Musa bermunajat nak bertemu dengan Allah di Jabal Thursina, Baginda juga telah berpuasa selama 40 hari. Dan syariat puasa nabi Musa adalah berpuasa dari lepas isyak hinggalah selepas maghrib, ertinya hanya boleh makan pada waktu antara solat maghrib dan isyak sahaja dan waktu2 lain hendaklah mereka berpuasa. Dan syariat nabi Isa pula ialah berpuasa pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap bulan.

Dan Allah akhiri ayat ini dengan satu ayat supaya kita mengambil cakna, berhati2 dalam berpuasa. Allah berfirman “mudah mudahan kamu beroleh Taqwa”. Membawa maksud, tak semestinya bila kita dah puasa penat2 di siang hari dan beribadah di malam hari, belum confirm lagi kita akan mendapat taqwa.

Apapun suka tak suka Ramadhan tetap datang menemui kita. Namun apa yang belum pasti adakah dapat lagi kita bertemu ramadhan pada tahun hadapan? Jadi mengambil kata-kata motivasi Allah “mudah Mudahan kamu beroleh taqwa”.. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam berpuasa dan mengejar ibadah seolah-olah inilah ramadhan kita yang terakhir.

Jumpa lagi dilain masa.. kalau ada salah dan silap mohon dimaafi. Semoga kita mendapat keberkatan dari Ilahi. Selamat melipatgandakan amalan. Mudah mudahan kita menjadi orang yang bertqwa dan mendapat lailatul-qadr..



2 comments:

Hariz said...

Marhaban..Marhaban...Ya Ramadhan...
Semoga ramadhan kali ini dapat menambahkan barakah dalam hidup kita
dan menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup
InsyaAllah
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Ramadhan Karim

PiDoT_OtAi said...

insya Allah.. Mudah mudahan Allah kabulkan.. aminnn.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK