Tuesday, September 3, 2013
Ron95 dan Diesel Naik 20 Sen
Thursday, June 28, 2012
FAJAR MENYINSING DI MESIR
Beliau telah menewaskan Ahmed Shafiq mantan Perdana Menteri terakhir dibawah pemerintahan pemimpin diktator dan telah memerintah mesir selama hampir 40 tahun, Hosni Mubarak yang kini sedang menghitung hari samada mahu dipanggil Ilahi atau menanti hukuman dijatuhi..
Ironinya, Ikhawanul Muslimin telah diharamkan di Mesir hampir 80 tahun lampau dari zaman presiden sebelum Hosni Mubarak lagi seperti Gamal Abdul Nasser dan Anwar Saddat lagi. Hampir keseluruhan pemimpinnya pernah dipenjarakan dan berada dalam buangan di seluruh dunia.
Selepas peristiwa penggulingan Hosni Mubarak yang menyaksikan rakyat marhaen yang tak tahan lagi ditindas keluar beramai-ramai memenuhi Dataran Tahrir sebagai satu usaha menjatuhkan kerajaan rejim Hosni Mubarak,yang dimulakan oleh gerakan anak muda yang dinamakan gerakan "Facebook dan Twitter".
Dan semenjak itu kuasa pemerintahan Mesir diambil oleh Junta Tentera yang seperti masih setia pada Hosni Mubarak sehingga mereka merombak perlembagaan Mesir untuk mengurangkan kuasa legistatif Presiden. Presiden Republik Arab Mesir merupakan ketua negara Mesir. Di bawah Perlembagaan Mesir, seorang Presiden juga merupakan panglima besar untuk angkatan bersenjata dan ketua eksekutif pemerintahan Mesir.
Israel dan Amerika kecut perut lantaran calon dari Ikhwanul Muslimin (IM) diumumkan sebagai pemenang pilihanraya presiden Mesir namun dia berjanji akan meneruskan usaha keamanan sejagat. Bursa saham Mesir juga ditutup tinggi pada hari Dr.Morsi diumumkan sebagai pemenang.
Sedikit fakta menarik tentang Dr.Morsi dan Keluarganya.
1. Seluruh keluarganya iaitu beliau dan isterinya serta lima anak beliau adalah pengHuffaz al-Quran.
2. Beliau adalah pemimpin Islam kedua yang hafal al-Quran selepas Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.
3. Beliau memperolehi ijazah dan sarjana dalam bidang kejuruteraan di univerisit Mesir, dan menyambung PhD dalam bidang yang sama di Southern California University.
4. Seterusnya menjadi pembantu profesor dan tenaga pengajar di beberapa buah lagi universiti antarabangsa.
5. Dua dari anak beliau mempunyai kerakyatan US, kerana lahir di US.
6. Seterusnya beliau pernah menjadi profesor dan dekan fakulti di universiti di Mesir.
7. Beberapa artikel beliau diterbitkan oleh NASA tentang kajian permukaan bahan dalam bidang metalurgy.
8. Karier politik beliau bermula apabila terpilih sebagai calon bebas dari Ikhwanul Muslimin (kerana IM diharamkan dari bertanding) dari tahun 2000-2005 dan pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik dunia.
9. Beliau telah menurunkan gambar presiden di istana presiden dan menggantikannya dengan tulisan Allah Jalla Jallalah dan mengarahkan gambar beliau tidak digantung di mana-mana premis kerajaan.
10. Beliau juga akan menyerahkan keseluruhan gaji beliau sebagai Presiden Mesir untuk kebajikan rakyat dan beliau tinggal di rumah sewa.
11. Beliau juga telah meminimakan kenderaan pengiring kereta presiden bagi mengelakkan kesesakan traffik kepada rakyat awam.
12. Beliau juga pernah dipemjarakan beberapa kali di era pemerintahan Hosni Mubarak.
Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau, serta jemaah Ikhwanul Muslimin seluruh dunia dan seluruh rakyat Mesir dengan segalam pembaharuan yang gerakan Islam ini cuba lakukan. Semoga Allah mempermudahkan..
Monday, June 18, 2012
PERUSUH SST 1.0 DIKEHENDAKI PORU
Monday, July 18, 2011
DR LO' LO' GHAZALI DALAM KENANGAN


Jenazah akan dikebumikan di Keramat jam 10.30 pagi ini.. Marilah sama2 kita bedoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah...
Bacaan lanjut disini dan disini dan disini...
Monday, July 4, 2011
PROKSI THAKSIN MENGUASAI PILIHANRAYA THAILAND
Untuk bacaan lanjut, rujuk akhbar Kosmo Online..
Tuesday, May 3, 2011
OBAMA UMUM KEMATIAN OSAMA
Semalam dunia dikejutkan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang diumumkan sendiri oleh presidennya Barack Obama mendakwa bahawa musuh nombor wahid mereka telah ditewaskan.. Osama Ben Laden telah mati ditembak..
Direct shot on the head semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri dari serangan tentera Amerika Syarikat di sempadan Afghanistan-Pakistan.. Dosebuah rumah agam mewah di bandar pendidikan dan pelancongan Abottabad, Pakistan. Dan mayatnya telah disemadikan di laut setelah di sempurnakan secara Islam..
ANDA PERCAYA???
Terpulang.. Artikel ini ditulis bukan untuk mensahihkan atau menidakkan berita yang mengejutkan dunia ni.. Sekadar mahu berkongsi.. Apa signifikannya berita ini kepada Muslim?? dan apa yang Barat dapat dari berita yang disebar luas oleh media ini??
Satu kenyataan dari Dr.Zakir Naik tentang apa yang Barat percaya pasal Muslim.. "ALL THE MUSLIMS ARE NOT A TERRORIST BUT ALL TERRORISTS ARE MUSLIMS".. Jadi apa yang kita nak buat lagi??
Sedang terroris yang sebenar masih rakus menjarah negara-negara Islam.. Menidakkan hak dan kedaulatan negara-negara Muslim.. Menceroboh sesuka hati dan menghisap keluar hasil mahsul bumi negara-negara yang menurut mereka adalah negara TERRORIS MUSLIM..
Dan yang menjadi tanda tanya, kenapa sekarang?? Kenapa bukan 10 tahun dulu di mana Amerika mendakwa mereka memiliki persenjataan dan alat perisikan tercanggih dunia?? Pasti ada persoalan yang belum terungkai. Ditengah hiruk pikuk dan resah gelisah Obama mahu meneruskan legasi kePRESIDENennya.. Dunia di alih perhatian dari campur tangan Amerika di Libya, Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain..
Apa lagi yang boleh kita harapkan selain dari berdoa Allah memperkuatkan saf-saf perjuangan kita.. mempersatukan hati-hati saudara seagama dengan kita..
Sekadar itu.. Jumpa lagi..
Boleh baca berita disini
** maaf aku tak masukkan gambar mayat Osama kerana aku tak suka gambar yang mengganggu perasaan..
Wednesday, January 12, 2011
OH KEJAMNYA MEREKA
Ikuti keratan akhbar dari Kosmo
Pemaju musnahkan tangga untuk usir penduduk
MIANYANG - Sebuah keluarga menyaman syarikat pemaju perumahan yang memusnahkan tangga apartmen tujuh tingkat dengan tujuan untuk mengusir mereka keluar, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang anggota keluarga itu, Zhao Yanhong, 42, mendakwa pemaju itu mahu memusnahkan apartmen tersebut bagi mendirikan sebuah kilang.
"Pada satu hari, pekerja-pekerja lelaki memecahkan semua tangga untuk memerangkap kami di sini," katanya.
"Satu-satunya cara untuk kami keluar adalah dengan menggunakan tangga dan memanjat tetapi ia perbuatan berbahaya," tambahnya.
Hakim mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan selama enam bulan sehingga siasatan selesai dilakukan selain mengarahkan pembinaan semula tangga untuk keluarga itu.
Pemaju perumahan itu mengemukakan alasan bahawa apartmen itu miliknya dan menafikan melakukan sebarang salah laku. - Agensi
Saturday, July 10, 2010
TERANGSANG PIL BABI
Lelaki hidung belang terbabit biasanya memasukkan bahan perangsang seks itu ke dalam minuman kotak tanpa disedari gadis yang menjadi sasaran dan selepas mangsa meneguk air berkenaan, mereka tiba-tiba terangsang untuk melakukan hubungan jenis, sekali gus memudahkan jantan buas itu memuaskan nafsu.
Lebih menakutkan, wanita yang pernah tertelan pil atau cecair babi mengawan akan menjadi ketagih untuk mengambil bahan itu dan seterusnya melakukan hubungan seks.
Demi memenuhi nafsu mereka, wanita terbabit sanggup menggadai maruah dengan mencari semula lelaki kasanova yang menganiayai mereka atau mana-mana lelaki yang mampu menyediakan pil babi mengawan itu.
Perkara ini didedahkan Pengetua Rumah Pengasih, Mohd Yunos Pathi, berdasarkan maklumat diberikan lima penghuni wanita rumah pemulihan diuruskannya yang berusia 25 hingga 30 tahun.
Beliau berkata, penghuni wanita terbabit memaklumkan selepas minum air kotak dicampur dengan pil atau cecair babi mengawan, mereka menjadi khayal, terangsang dan sanggup melakukan hubungan seks untuk tempoh beberapa jam.
“Saya difahamkan, pil terbabit kebiasaannya digunakan di ladang ternakan babi. Ia dicampur dalam makanan babi bertujuan menggalakkan babi mengawan. Bahan sama dalam bentuk cecair pula kebiasaannya disuntik terus pada badan babi betina.
“Namun, ia kini disalahgunakan lelaki kasanova untuk memudahkan mereka mencari mangsa. Lelaki pemangsa terbabit bukan saja terhad di kalangan mereka yang gemar berkeliaran di pusat hiburan, tapi turut membabitkan pelajar sekolah serta penuntut institut pengajian tinggi (IPT),” katanya.
Mohd Yunos berkata, pil atau cecair babi mengawan itu kebiasaannya dimasukkan ke dalam minuman kotak kerana mangsa menyangka minuman itu selamat kerana ia secara kasar seolah-olah belum dibuka.
“Lebih teruk apabila ada lelaki menggunakan pil itu untuk merosakkan teman wanita rakan sendiri yang menjadi sasarannya,” katanya.
Menurut Mohd Yunos, beliau sentiasa memberi peringatan mengenai taktik kasanova dan penyalahgunaan pil serta cecair babi mengawan itu dalam setiap program kesedaran dadah di beberapa IPT awam dan swasta yang dikendalikannya dari semasa ke semasa.
Beliau turut menasihatkan gadis remaja supaya berwaspada terhadap pasangan masing-masing atau mereka yang tiba-tiba memberikan minuman kerana ia selalunya mempunyai agenda jahat yang boleh memerangkap mereka.
“Ramai wanita ‘rosak’ disebabkan terlalu percaya terhadap kekasih yang merancang jerat bagi merosakkan mereka dengan apa cara sekali pun. Jika mereka tidak dapat meniduri kekasih mereka secara rela, mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk memasukkan dadah dalam minuman.
“Akibatnya, masa depan mangsa menjadi gelap. Bukan saja maruah mereka tergadai, tapi mereka pula terpaksa mendapatkan rawatan apabila ketagih bahan pelik yang diberikan teman lelaki mereka,” katanya.
-hmetro-
SUMBER DARI : KERENGGA
Monday, June 14, 2010
AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM USTAZ HASSAN SHUKRI

Jenazah Hassan Shukeri kini telah berada di rumahnya di Taman Melawar. Sedia menanti di perkarangan rumahnya untuk memberi penghormatan terakhir kawan rapat, sanak saudara terdekatnya. Beberapa pemimpin Pas, juga turut kelihatan. Antara mereka yang awal tiba ialah Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Dr Hayati Othman.
Turut kelihatan Hanifa Maidin, cikgu Ishak Surin, Subky Latif. Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga kelihatan. Bekas kawan sepejuangan Allahyarham dan jirannya, Nakhaei Ahmad juga turut kelihatan. Orang ramai dijangka terus berkunjung ke rumah Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.
Dipercayai kunjungan orang ramai khasnya ahli dan penyokong Pas akan berterusan sehingga eosk. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Umno juga dipercayai akan ikut sama menziarahi sebagai memberi penghormatan terakhir.
Hassan Shukeri seorang yang lemah lembut dan pandai menghormati kawan dan lawan sudah pasti akan dikenang. Pemergiannya satu kehilangan besar buat Pas. -
kredit to MSO
baca lanjut di blog MSO dan al-Banjari
Monday, May 31, 2010
12 rakyat Malaysia di kapal yang diserang Israel
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.
Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.
Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.
Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).
Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.
Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.
Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.
Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.
Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.
"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.
Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.
Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.
Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
sumber dari : MALAYSIAKINI
Friday, March 26, 2010
MP Hulu Selangor meninggal dunia
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
+/- Read More
Thursday, March 11, 2010
al-Fatihah Buat Syeikhul al-Azhar

CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.
Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.
Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.
Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.
Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP
kredit to blog Cina Islam
Monday, May 18, 2009
BN TAK TANDING DI PENANTI
DATO SERI NAJIB TU RAZAK mengumumkan keputusan terbabit selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bn di menara Dato' Onn di PWTC.. yang pertama kali dipengerusikannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia april lalu.. Mesyuarat turt dihadiri kesemua pemimpin 13 parti komponen BN.
Beliau mengambil keputusan terbabit atas alasan ini politik dalaman PKR dan perletakan jawatan TKM 1 YB Fairus bukanlah atas kehendak perlembagaan.. dan selain itu untuk mengelakkan pembaziran..
Selain dari calon PKR, turut menawarkan diri adalh 2 lagi calon bebas.. penamaan calon akan diadakan pada 23 mei ni dan jika ada pertandingan 31 mei ni akan dijalankan pilihanraya..
sama2 kita tunggu dan lihat.. semoga Allah permudahkan segalanya
Friday, April 3, 2009
SEJARAH 3 APRIL I
Ketahuilah sahabatku bahawa Perdana Menteri Malaysia yang baru dan ke-6 adalah Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau mengangkat sumpah jawatan dan memegang rahsia kerajaan dihadapan Yang Dipertuan Agung, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Majlis itu telah dihadiri oleh semua barisan menteri cabinet dan ahli Parlimen kerajaan tetap berlangsung meriah walaupun terdapat desas-desus bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis tersebut.
Serentak dengan itu juga bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi negara yang membawa gelaran TUN. Dan majlis selesai kira-kira jam 12 tengah hari.
Dato’ Seri Najib Tun Abdul RAzak, 55, adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak yang terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Hayat Tun Abdul RAzak walaupun hanya memegang jawatan selama enam tahun telah meninggalkan kesan yang cukup besar kepada kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.
Jadi Dato’ Seri Najib dilihat sebagai penyambung delegasi Tun RAzak walaupun mereka sebenarnya bergerak di dua era yang berbeza. Dan cabaran politik semasa sememangnya cukup mencabar buat beliau. Semuruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apakah dasar baru yang ngin diperkenalkan oleh beliau.
Sedikit sejarah tentang Dato’ Seri Najib, beliau telah dipilih sebagai ahli Parlimen termuda dalam sejarah pilihanraya Malaysia iaitu pada umur 23 tahun,pada tahun 1976 berikutan kematian mengejut Allahyarham Tun Abdul RAzak di London akibat penyakit leukimia. Dan kemudian terus menjadi ahli Parlimen Pekan sehinggalah sekarang. Pernah menjadi Menteri Besar Pahang dan menjawat beberapa jawatan timbalan menteri sebelum menjadi menteri penuh di kementerian Belia dan Sukan, Pendidikan, Pertahan dan Kewangan.
Sama-sama kita sebagai rakyat marhain tunggu dan lihat apakah corak masa depan negara yang ingin dibawa oleh beliau..
Saturday, March 7, 2009
Puisi-Puisi Dari Antalogi Puisi Keranda 152
Tulisan: SN Usman Awang
Oleh: FahdRazy
Editor: NuurZaffan
Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152 ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu
Usman Awang (1967)
MALAM ITU DI BALAI BUDAYA
Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
seorang guru tua berbicara ‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’
Malam itu di Balai Budaya
seorang peguam muda berteriak ‘Ayuh, mari kita berarak’
Malam itu di Balai Budaya
para pelajar berikrar “Dada kami sedia dibakar’
Malam itulah juga parlimen jadi pertanda memenggal leher BAHASA
Usman Awang 3 Mac 1967
Coretan editor: Sajak ini bersesuaian dengan isu PPSMI di tanah air. Apa itu PPSMI? Jom cakna dengan isu semasa dan mainkan peranan kita buat generasi masa depan. KLIK untuk bacaan lanjut.
SUMBER : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1449
ULASAN :
- dalam hal PPSMI ni kita perlu melihat dari banyak sudut, kerajaan tidak sepatutnya terlalu rigid dengan teori semata2, turunlah sama ke sekolah2 pendalaman untuk melihat kesan praktikalnya. brapa ramai anak melayu luar bandar tercicir keranan sebab pengajaran Math n Sciences in English.
- kononnya nak majukan sistem pendidikan. Jepun boleh ja guna bahasa ibunda depa dalam proses pengajaran n pembelajaran. dak??
- kalau nak improve sekalipun penguasaaan English di kalangan pelajar, ada cara lain yang lebih efektif. Bukan dengan mengorbankan masa depan anak bangsa kerana hanya nak dapat kontrak cetak buku kat sekolah.. fikirla sama2
Monday, March 2, 2009
Dengarlah suara hati nurani A. Samad Said
Mon | Mar 02, 09 | 11:02:06 am MYT "Kalau ada calon (dalam pilihan raya nanti) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka."
Iklan | |
| | |
Sukar untuk digambarkan bagaimanakah rupanya manusia atau kumpulan manusia yang dikatakan 'bertelinga satu, berlidah dua'. Adakah ia manusia atau manusia jadi-jadian? Adakah ia Dinasour yang membaham semua yang ada disekelilingnya?
Yang nyata manusia atau pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua ini sangat hodoh, menakutkan di samping menjadi bahan tertawaan.
Di kampung dulu, saya sering terserempak dengan pelbagai jenis ular- ular sawa, ular tedung, ular senduk dan pelbagai ular lagi. Jenis biawak dan ularlah yang berlidah dua atau lidah bercabang. Dalam konotasi bahasa Melayu, 'lidah bercabang' ini mempunyai maksud negatif. Ia seorang yang hypokrit atau berpura-pura, dengan kumpulan ini cakap lain, dengan kumpulan itu cakap lain.
Sementara itu, manusia bertelinga satu memang sukar ditemui. Namun bertelinga satupun masih boleh mendengar, kalau telinga yang satu itu benar-benar berfungsi. Kalau yang satu itupun tidak berfungsi, maka ia tidak akan mendengar apapun suara. Saya terkesan dengan phrasa ini ketika mengikuti pandangan sahabat lama saya, Sasterawan Negara A. Samad Said dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Fikrah, sisipan akhbar Harakah baru-baru ini.
Beliau sangat marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti sekarang.
Langkah ini, bagi A. Samad Said, adalah usaha penguncupan bahasa Melayu. Justeru itu dengan nada keras beliau berkata, "Kalau ada calon (dalam pilhian raya nanti) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka." Beliau lalu bertanya, "mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan tidak mengundi mereka."Sasterawan Negara itu menyifatkan pemimpin yang mahu meguncupkan bahasa Melayu sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'.
Saya mengenali A. Samad A. Samad Said sejak lebih empat puluh tahun lalu semasa di Singapura. Sejak di Singapura lagi hinggalah berpindah ke Kuala Lumpur sebagai wartawan dan pengarang akhbar, saya mendapati Sasterawan Negara ini sangat prihatin teradap Bahasa Melayu.
Beliau bersama rakan-rakan sasterawan/wartawan yang lain, Kris Mas, A. Samad Ismail, Usman Awang, Asraf Haji Abd Wahab, Prof. Muhamad Haji Saleh dan lain-lain begitu gigih memperjuangkan bahasa Melayu. Bahkan, untuk puluhan tahun, melalui akhbar yang dipimpinnya serta melalui cerpen, novel dan puisinya, beliau 'membelai' bahasa Melayu dengan segala kecintaannya. Kepadanya, bahasa Melayu menjadi pentas untuk dia berkarya, menyampaikan pesan hati nuraninya.
Sasterawan Negara itu begitu banyak membaca karya berbahasa Inggeris di samping mentelaah tafsir Al-Quran, Sejarah Nabi s.a.w., membaca karya Ibnu Khaldun, Al-Farabi, menekuni puisi Iqbal dan lain-lain. Dialah yang memperkenalkan dan mendorong saya dan kawan-kawan penulis membaca karya novelis Barat - Ernest Hemmingway, Joseph Conrad, Honor De Balzac, Leo Tolstoy di samping karya William Shakespeare dan lain-lain.
Malah beliau juga banyak membaca karya pengarang China, India, Latin Amerika dan Arab yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, sementara pendedahannya kepada karya sasterawan Indonesia seperti Pramoedya Ananta Toer, Chairil Anwar, Iwan Simatupang, Idrus, Mochtar Lubis, Goenawan Muhamad, W.S. Rendra, Taufek Ismail dan lain-lain sangat luas.
Perjuangan Keranda 152
Justeru itu tentu sangat istimewa, seorang sasterawan sepertinya yang sangat luas pembacaannya, khususnya dalam bahasa Inggeris, menjadi salah seorang tokoh pejuang bahasa bahasa Melayu. Justru kerana ia tahu bahawa bahasa Melayu adalah pengucapan hati nurani bangsanya.
A. Samad Said sangat sedar akan tanggungjawabnya mempertahankan bahasa ibundanya walau dalam apa keadaanpun. Justru itu tentulah dia sangat kesal akan nasib bahasa Melayu yang semakin menguncup di tangan pemimpin elit politik yang berkuasa, sedangkan para pejuang bahasa dan rakyat prihatin berhempas pulas sejak puluhan tahun, mempertahankan bahasa ibunda.
Saya dapat mengertikan kekecewaan Sasterawan Negara ini dan temannya yang lain berdepan dengan situasi begini, sedangkan Kongres Bahasa Melayu sudah banyak kali diadakan sejak 1952 lagi. Setiap kali Kongres tersebut diadakan, resolusinya, antara lain, usaha memperkukuh bahasa Melayu, malangnya usaha tersebut terhalang oleh tindakan elit politik.
Lebih tiga puluh tahun lalu di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana saya turut menyaksikan, bagaimana para pejuang bahasa berkumpul untuk mempertahankan marabat bahasa Melayu yang mulai diabaikan. Mereka mengusung 'Keranda 152' sebagai simbolis protes terhadap langkah mminggirkan bahasa Melayu.
Memimpin gerakan ini ialah Tun Syed Nasir Ismail, sementara yang turut hadir di majlis tersebut, antara lain, Kris Mas, Usman Awang, A. Samad Ismail, A. Samad Said, Asraf Abd Wahab, Tan Sri Ismail Hussein, Prof. Zainal Abidin Wahid dan para pejuang bahasa yang lain.
'Keranda 152' ialah simbolis angka dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan kedudukan bahasa Melayu dijamin menurut Peruntukan 152.
Seperti terdengar suara bantahan dan puisi Usman Awang yang dibacakan pada malam bersejarah di Balai Budaya itu. Enam tahun lalu ketika pemimpin yang berkuasa memutuskan pengajaran sains dan matematik hanya dalam bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda, konon untuk memahirkan pelajar berbahasa Inggeris, para pejuang bahasa dan rakyat prihatin sekali lagi menyatakan bantahan dengan kerasnya. Namun bantahan itu seperti tidak didengar oleh 'pemimpin bertelinga satu berlidah dua' seperti kata A. Samad Said.
Bagaimanapun perjuangan ini tetap diteruskan. A. Samad Said tidak berseorangan dalam perjuangan ini. Tokoh bahasa dan penulis seperti Dato� Dr. Hassan Ahmad, Prof. Ismail Hussein, Prof. Shahril Muhd Zain, Dinsman, Dr. Nik Safiah Karim, Ainon Muhamad, Dinsman, Bahasa Zain, Hasni Abas, Razali Endon dan ramai lagi maju ke depan bersama meneruskan perjuangan ini.
Yang menariknya, banyak NGO ikut bersimpati dengan perjuangan ini dan berganding bahu dengan GMP (Badan yang menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris). Satu perhimpunan aman GMP akan diadakan Sabtu 7 Mac ini untuk menghantar memorandum ke Istana Negara, memohon memansuhkan pengarajaran sains dan matemathik dalam bahasa Inggeris.
Inilah rangkaian sebuah perjuangan panjang yang disertai oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said. Seperti kata ahli falsafah, 'perjuangan tidak pernah sia-sia.' - azm _
sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19643&Itemid=50
Monday, February 16, 2009
Asal Usul SULTAN & RAJA . . .
ULASAN:
Sejarah Melayu telah meninggalkan kepada kita kisah yang sangat baik untuk tatapan kita bersama iaitu hikayat Hang Tuah.
Kita lihat apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.
Hang Tuah juga tidak salah dalam cerita ini, kerana kesetiaannya kepada sultan lah dia sanggup membunuh Jebat. sahabat baiknya sendiri. Dalam soal ini, Sultan lah yang bersalah kerana merasakan diri terlalu berkuasa hingga menganggap kata-kata dan tindakannya adalah betul belaka. Teringat kata orang tua-tua.. "Raja adil Raja disembah.. Raja zalim Raja disanggah"..
Atau mungkin yang salah adalah Jebat, kerana perlu diingat bahawa "matlamat tidak menghalalkan cara". Dia bersalah kerana telah mengambil tindakan yang membuta tuli. Dan Hang Tuah juga turut bersalah kerana kesetiannya yang melampau kepada Sultan sehingga membuatkan dia pekak dan tuli terhadap kebenaran..
Dan yang tak bersalah adalah Bendahara. Kerana Bendahara sedar bahawa tindakan Sultan adalah salah, jadi dia membuat keputusan untuk menyembunyikan Hang Tuah. Persoalannya, pada masa sekarang ni, ada lagikah watak-watak pembesar seperti Bendahara. Yang bukan setakat bijak malah berfikiran jauh kehadapan.
Kita pakat pikirlah sama-sama k.. hehe









Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.
Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.
Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.
Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.
Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.
baca juga disini:
'MB ANGGAP PEMERGIAN MP HULU SELANGOR SATU KEHILANGAN'
'Ahli Parlimen (Keadilan) Hulu Selangor meninggal dunia'
'Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia'
SUMBER : MALAYSIAKINI