Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

CERITA PASAL KERJA KAHWIN

Alhamdulillah..

Dalam dua minggu ni, dua orang sepupu aku dah selamat melangkah ke alam baru.. Alam perkahwianan.. Menyempurnakan separuh dari tuntutan agama.. Kira depa ni batch abang-abang laa. hehe tua 2 tahun dari aku.. Apapun tahniah laa kepada Hafiz Saalam (28 MEI 2011) dan Fadli Sarip (6 JUN 2011)bersama pasangan masing-masing..




Ku doakan semoga rumahtangga yang dibina aman kekal bahagia sampai bila-bila.. Dan semoga rumahtangga yang dibina dengan mengharap redho Ilahi akan menghasilkan sakinah mawaddah dan rahmat dari Allah Robbul Izzah..



Kedua-dua kenduri sepupu ini telah diadakan secara kecil-kecilan setelah kenduri dipihak perempuan 'agak' besar.. Apapun bukan kecil besar sesebuah perkahwinan yang menjadi ukuran, namun keikhlasan tuan rumah dalam meraikan tetamu yang hadir, itu yang terlebih aula untuk dititikberatkan..

Besaq ka kecik ka sesebuah majlis perkahwinan, tuan rumah tetap letih macam tu juga.. hehe so apapun ikhlaskan niat.. Insya Allah semoga perkahwinan itu diberkati... Besederhanalah dalam buat kerja kahwin ni.. Kalau buat kecil-kecilan jangan sampai jadi kedekut.. Kalau buat besar-besaran jangan sampai membazir.. Sekian (n_n)

Wednesday, December 15, 2010

CERITA PASAL KAHWIN

Kalau cerita pasal kawen ni aku percaya ramai yang suka. Kalau tadi mata dok kuyu ja tiba-tiba cerah terang benderang dok tumpu perhatin tengok skrin haha. Tapi sorry la kalau hangpa nak jumpa tips or petua apa-apa pasal kahwin kat entry ni coz tuan punya blog ni pun belum kawen lagi..

Just nak kongsi cerita pasal member-member aku yang dah berkahwin. Minggu lepas saja 3 orang rakan aku, dua dari sekolah menengah dan satu lagi dari sekolah rendah telah menamatkan zaman dara mereka haha..

Orang kata best kawen ni, apa pendapat hangpa semua?? hehe


ni gambar kengkawan yang hadir masa kenduri tu.. Ada yang aku tak penah jumpa pun start dari abis skulah, tup2 jumpa tang sini hehe


ni plak gambar kawen kat umah rakan aku Asma dengan pasangannya Jamil (senior aku masa sekolah dulu)

ni plak gambar kawen budak kelas aku Syuhada Rosli dengan pasangannya Khairul Nizam. Yang len2 tu nyibuk jaa haha.


Dan ada lagi satu psangan ni member sekolah rendah aku, Siti Salha dengan pasangannya. Dapat orang pahang dia hehe...

ni plak member diploma aku.. Dua2 budak kelas aku hehe.. dah jodoh tak kemena kan.. hehe.. tahniah buat syafique dan yanti

ni gambaq member aku kawen tahun lepasih.. Mohsin dengan pasangannya.. hehe sori bro lambat upload.

Tahukah anda??
Dengan berkahwin, anda sudah menyempurnakan separuh dari agama, dan tinggal separuh saja lagi untuk kamu laksanakan. Serta amal ibadat kamu dilipat gandakan pahalanya berbanding pahala orang bujang. Dan kamu telah melaksanakan sunnah Rasul...

So tahniah kepada sahabat aku yang baru berkahwin kemarin ni hehe

Buat mereka yang masih lagi bujang atau telah bujang seperti aku ini, nasihat aku.. Jangan laa dipikir sangat tentang hari yang nak kawen tu.. Pikir untuk hari-hari yang selepas kawen jugak.. kalau rasa tak mampu wat sekadarnya sudah.. tak yah laa nak bebankan diri dgn berhutang bertimbun sampai 3 anak pun tak abis bayar lg.. hehe

Apapun aku doakan semoga rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan dari Allah.. Semoga cepat beroleh anak hehe.. Dan semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga insya Allah..

Barokallahulakuma wa Baroka Ailaikuma Wa Jam'a Bainakuma Fi Khoir...

Juga buat Mak dan Ayah aku yang telah banyak berjasa kepada aku start dari hari aku dilahirkan sampai laa sekarang ni.. Happy Anniversary Mom n Dad... hehe.. 15 Disember 1980 hinggalah lani. dan semoga berkekalan hinggalah ke syurga nanti insya Allah..


Sunday, December 5, 2010

GO HOME AND LOVE YOUR FAMILY



Ada banyak kisah tentang kekeluargaan yang disebut di dalam al-Quran.. Antaranya ialah Kisah Keluarga Imran, Keluarga Nuh, keluarga Adam dan Keluarga Ibrahim.. Kerana apa pentingnya keluarga ini?? Kerana dari sinilah bermulanya sebuah empayar tamadun Islam itu sendiri.. Keluarga sebagai komuniti paling asas dalam sesebuah peradaban manusia..

Bagaimana mahu membina empayar jika keluarga sendiri sudah hancur.. Bagaimana mahu dihormati keluarga itu kalau ibubapa dijadikan hamba oleh anak-anaknya.. Kalau ibubapa menganggap anak-anak sebagai beban.. Kalau anak-anak sudah tidak tahu menghormati ibubapa.. Maka demikianlah betapa Islam sangat menitik beratkan pembentukan akhlak diperingkat keluarga lagi..

Malah Islam menjaga perhubungan sebelum dari bermula keluarga itu sendiri.. Bagaimana Islam menjaga perhubungan diantara lelaki dan perempuan.. Bagaimana Islam yang dilihat seolah-olah mahu mengongking naluri remaja baik lelaki mahupun perempuan yang sedang bergelora diamuk cinta.. Betapa Islam memuliakan CINTA dan HASIL CINTA.. Begitulah indahnya kehidupan jika berpandukan agama..

Bagaimana Islam memberi jalan mudah untuk mendapat syurga Allah adalah dengan mempunyai keluarga yang sakinah.. yang menjadi petanda awal sebelum mengecap nikmat syurga nanti...

Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud..
"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik dengan keluarganya.. Dan aku adalah orang yang terbaik buat keluargaku"..

Kerana itu Mother Teresa saat diwawancara wartawan seusai memenangi Hadiah Nobel Keamanan, apakah petua untuk mewujudkan dunia yang aman? Dia dengan spontan menjawab sesuatu yang mirip dengan hadis Rasulullah yang telah diucap 1400 tahun lampau.. Katanya, "Go home and love your family"

Wednesday, November 3, 2010

LELAKI DAN PEREMPUAN.. MEREKA BERBEZA..




Ketahuilah olehmu duhai rakan sekalian bahawasanya lelaki dan perempuan itu sangat berbeza dalam serba serbi penciptaannya.. Baik dari segi fizikalnya, mentalnya, malah struktur tulang dan sel kromosom dan hormone juga berbeza.. Jadi berfikirlah seperti pasangan kita sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan baik secara bersama atau tidak..

Jika lelaki dikatakan adalah makhluk rasional.. Maka perempuan pula dikatakan makhluk emosional.. Pernah dengar kata-kata.. Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, sedang perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal?? Kata-kata ini menggambarkan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan RASIONAL dan EMOSIONAL..

Bukanlah mahu meningkah akal logik wanita dalam mengambil sesuatu keputusan, tetapi wanita ni emosinya selalu membaluti akal logik itu.. Dan perkara sebaliknya terjadi kepada lelaki.. Akal logik lelaki selalunya tak disertai bersama dengan emosi..



Baik.. kita ambil contoh satu situasi..

Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di sebuah shopping complex.. Tiba-tiba si suami terlihat seorang perempuan cantik..

Dan tanpa segan silu serta jujurnya dia lantas memuji..
"Cantiknya pompuan tu"..

Dengan tidak semena-mena si isteri dengan mata terbeliak membentak..
"Habis saya ni tak cantik laa??"..

Si suami yang sedang terpinga-pinga terus membalas..
"Eh saya tak kata awak tak cantik, saya cuma kata pompuan tu cantik"..

Dan si isteri dengan geramnya membalas..
"Dah awak kata pompuan tu cantik, maknanya awak nak saya ni tak cantik laa"..

See the point here?? hehe..

Lelaki dengan sifat rasionalnya telah memuji pompuan itu cantik.. Habis fullstop takdak maksud len.. Tetapi dia terlupa nak masukkan sifat emosional dalam berkata-kata.. Dia lupa yang disebelahnya juga perempuan..

Perempuan pula dengan sifat emosionalnya, telah mengambil pujian suaminya ke atas pompuan lain dengan membandingkan dengan dirinya.. They take it personally.. Kerana emosional mereka kuat sampai menutup rasional.. Lupa yang si suami hanya memuji setakat itu saja.. Kerana bagi si suami, isterinyalah tetap yang paling cantik dalam hatinya.. hehe

Dan cuba bayangkan dari permasalahan yang kecil sebegini boleh membawa pentengkaran yang hebat kerana masing-masing si suami dan si iateri terlupa dengan cara berfikir masing-masing..

Dan si suami akhirnya akan berkata..
"Apa salah saya??"..

lalu si isteri pula menjawab..
"Awak selalu tak faham saya"..


Perempuan itu makhluk emosi, jadi duhai lelaki janganlah gunakan rasional anda dalam memenangi hati mereka.. Kerana yang dari hati tak sama dengan yang dari akal...

So apa pendapat anda??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK