Showing posts with label ISU PANAS. Show all posts
Showing posts with label ISU PANAS. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

PRAY FOR EGYPT

Firaun moden makin bermaharajalela.. Agenda yahudi dan keyahudian zionis cuba ditegakkan.. Akhirnya pemimpin terzalim sepanjang 30 tahun sejarah Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan.. Bergembira sakanlah sekalian anak cucu Firaun melihat saudara sendiri dipijak diinjak kudeta tentera...

Ihzimhum Ya Allah (3x)
Wan surna alaihim

Thursday, August 25, 2011

ISU LIBYA DAN MUAMMAR GADDAFI


Seperti telah diketahui umum, media antarabangsa melaporkan yang Muammar Gaddafi pemimpin arab paling lama memerintah Libya telah tumbang selepas kubu terkahir beliau di Tripoli telah ditawan tentera pemberontak dengan bantuan tentera NATO..

Namun kelibatnya masih menjadi tanda tanya. Dan semalam anak bongsu beliau, Saif Al-Islam yang kononya telah dikenakan tahanan rumah oleh tentera pemberontak, teleh keluar ke jalanan disekitar Tripoli dan menyapa wartwan asing yang sedang membuat liputan. Ini sekaligus menimbulkan tandanya dan integriti pemberontak terjejas..


Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun sejak 1969 setelah beliau yang ketika itu pemimpin tentera Libya melakukan rampasan kuasa semasa Raja Idris, melakukan lawatan rasmi ke luar negara..

Gaddafi menjadi atara ikon kebanggaan Arab ketika perang Arab-Israel, dimana beliau telah melaungkan slogan, "Langkah mayat saya dulu sebelum kamu menakluk Palestin" kepada Israel. Walaupun TEntera gabungan negara-negara Arab itu kalah sehingga sebahagian Lubnan dan Mesir dikuasai tentera Israel, nama beliau tetap gah di mata rakyat Arab..

Namun hari demi hari, beliau semakin condong kepada Amerika dan Israel.. Malah menjadi antara yang kuat menyokong tindakan Amerika di Tanah Arab. Beliau menjadi pencacai dan penjilat punggung Amerika number Wahid di Tanah Arab. Dan semakin zalim kepada rakyat dan mengumpul harta untuk kaum keluarga beliau..


Dunia menyaksikan bahawa sesiapapun yang terlalu lama memegang kuasa akan menjadi alpa dengan tanggungjawab yang sebenar. Pemimpin-pemimpin seperti ini hanya menunggu masa untuk dijatuhkan.. Sejarah melayarkan tayanagn sejarah, bagaimana kerajaan-kerajaan besar dunia jatuh..

Dunia masih ingat bagaimana borosnya beliau dan keluarga saat melancong keluar negara. Dimana dia akan membawa gerombolan pengikut yang terdiri dari pelayan dan bodyguard wanita. Dia akan membina khemah mewah tradisi Arab yang beliau banggakan di mana2 jua beliau pergi.. Belum cerita segala fesyen2 pelik yang beliau pakai saat kunjungan rasmi..



Justeru rakyat semkain meluat dan bermula dengan perhimpunan aman 6 bulan lalu, telah menjadi pemberontakan bersenjata dan tentera beliau yang berpaling tadah turut memabntu pemberontak. Dan NATO turut mengambil kesempatan dari keadaan ini dengan menghulurkan kononnya bantuan ketenteraan dan mengebom banyak fasiliti awam di Libya..

Akhirnya rakyat Libya lah yang menjadi mangsa dan menanggung akibat dari perang. Kerana banyak prasarana musnah dan keadaan menjadi tidak terkawal dan berbahaya di mana-mana saja..

Damn Gaddafi.. Damn Nato.

Sama-samalah kita berdoa dengan barokah Ramadhan ini Allah kurniakan kebaikan dan kesejahteraan kepada saudara kita di Libya..

Friday, July 8, 2011

PANDANGAN AKU TENTANG BERSIH 2.0


Sebenaqnya malaih aku nak komen atau post isu-isu sensitif ni.. Ibarat kata bijak pandai, "Kalau seseorang tu belum bercakap, kita tak tau dia bodoh ke tidak, tapi bila dia dah start bercakap, confirm tau dia bodoh".. Tu intro je laa..

Ok buat yang tak tau BERSIH ni adalah gabungan lebih 60 NGO yang berpakat untuk menuntut pilihanraya yang adil di Malaysia.. Suci kan niat murni depa?? So kalau ada sapa yang setuju ya silakan, sapa2 yang tak setuju ya takpa..


Tapi jangan laa over sangat dak.. Yang pemerintah ni pun satu hal.. Hari tu nak belarak atas jalan hangpa tak bagi.. pastu hangpa gak kata nak bagi kalau wat kat stdium.. last2 ni depa dah pi tukaq kat stadium kot.. Takkan tak leh bagi kot?? uih lagu mana cerita ni...

Kepada kerajaan dan pihak polis, janganlah over kill sangat tentang isu BERSIH ni.. Satgi rakyat yang tak tau jadi tak tau, yang wat tak tau jadi simpati, yang diam jadi marah.. Dok pi bawa keluaq cerita komunis la bom la apa laa.. Apa ni???

Nak tenyeh pun pada2 laa.. Lani bukan zaman 70-an nak perbodoh orang awam rakyat Malaysia pasai komunis.. Negara-negara komunis macam China n Rusia sendiri pun dah tak pakai komunisme ni.. Adoyai..

Rakyat Malaysia nak berhimpun, depa ada hak kerana hak itu di jamin oleh perlembagaan.. Hat nak dok sekat tu pasai pa?? Awat takut sangat jadi lagu negara Timur Tengah ka?? Rakyat Malaysia bukan takdak otak laa.. Dah pakat jadi cerdik dah lani.. Toksah la dok perbodoh orang ramai..


Kepada yang nak berdemo pun, buat laa cara aman.. Jangan dok menimbulkan suasana provokatif.. Jangan dok pi perosak harta benda awam plak.. Dan paling penting jangan dok cetus rusuhan..

Dan kepada penentang BERSIH seperti Perkasa dan persatuan silat tu.. Berpada-pada laa naa.. Jangan nak tunjuk gedebe hangpa ja.. SAtgi benda tak dak apa2, dengan hangpa plak dok lebih..



Untuk lagi paham pasai isu BERSIH ni, aku sediakan hangpa semua artikel, ceramah dan video pasal isu ni.. Dengaq dan tengok dan baca.. Pastu buat laa keputusan hangpa sendiri.. ok??


Artikel:
1. http://layarminda2.blogspo​t.com/2011/06/hukum-demons​trasi...-bersih-20-antara.​html
2. http://layarminda2.blogspo​t.com/2011/06/aksi-demonst​rasi-dalam-pandangan-islam​.html
3. http://suffer.frenzyfm.my/​2011/07/sabtu-ini-ramai-ra​kyat-di-jalanan.html
4. http://drmaza.com/home/?p=​1436

Video:
1. http://www.youtube.com/wat​ch?v=Ziq38NAYhys
2. http://www.youtube.com/wat​ch?v=F2b8Vi9cCJQ
3. http://www.youtube.com/wat​ch?v=SR8WkaHSE0M

Audio:
1. Ceramah: http://www.mediafire.com/?​yad1dkyad3jah4q
2. Soal jawab: http://www.mediafire.com/?​7h9003x1x7yy46p
sumber: syahirul.com

Dah takat tu je laa.. GEram ni.. haih.. Jumpa lagi len kali..

Sunday, February 20, 2011

SEDIKIT CORETAN DARI REVOLUSI MESIR



Revolusi Rakyat Mesir telah menumbangkan rejim diktator Hosni Mubarak yang kelihatannya sangat kebal dari beberapa cubaan membunuhnya.. Ini perjuangan rentetan dari penindasan demi penindasan yang telah dialami rakyat mesir yang terus terusan berada dibawah cengkaman beberapa diktator yang zalim dan pentingkan diri sendiri..

Namun persoalannya, siapakah yang akan membimbing Negara Mesir selepas ini.. Adakah pihak tentera akan mengambil alih atau memberi peluang kepada demokrasi hidup semula di Mesir.. Walaupun pihak tentera telah memberitakan yang mereka hanya akan memegang kuasa sampai bulan September dan memulangkan demokrasi melalui pilihanraya kepada rkayat, siapakah yang dapat menduga masa depan?

KOMEN DARI SAHABAT AKU AIMAN (pelajar perubatan di JUST Jordan)

Revolusi yg berlaku di Mesir baru-baru ini adalah rentetan puluhan tahun cengkaman kezaliman kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak... dalam 30 tahun fasa ini, telah ramai yg mati di tangan pihak keselamatan Mesir, kebuluran dan rakyat yg te...rpaksa menghadapi pergelutan utk hidup disebabkan masalah ekonomi yg cukup meruncing... masalah2 yg timbul ketika revolusi itu sudah sedia wujud sebelum revolusi...

Revolusi di Mesir bukanlah satu proses yg dirancang dgn teliti tetapi lebih kpd amarah rakyat yang meletus setelah ianya dipendam utk satu tempoh yg cukup pnjang...



Bagi mereka apalah 18 hari berlapar dan apalah sangat harga 200 - 300 nyawa yg terkorban berbanding harga kebebasan untuk masa hadapan. Kerajaan baru Mesir akan sentiasa ingat bahawa sekiranya rakyat ditindas, akan sampai ke satu tahap yg mereka akan bangkit.

Rakyat Malaysia sukar utk faham, kerana saya cukup yakin jika ada revolusi yg cuba dianjurkan, takkan ada sejumlah yg cukup besar yg mmpu bertahan kerana kita biasa hidup senang-lenang walaupun di bawah kerajaan yg korup dsb. Rezeki melimpah ruah.

Mereka juga menolak perpecahan rakyat Mesir dan menyatakan bahwa revolusi ini adalah revolusi bersama.


DUA WIRA MUDA DALAM REVOLUSI INI

Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah mati ditangan polis

Said menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.

Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi setelah ditahan polis selama 11 hari.

Sebelum ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet. Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group akaun di laman jejaring sosial Facebook.

Allah telah memenangkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.. Tunggu kamu penzalim-penzalim bangsa, rakyat sedang memerhatikan kamu...

boleh baca ulasan ust hasrizal berkenaan revolusi mesir di blog beliau saifulislam.com

Friday, July 23, 2010

HENTIKANNYA DUHAI PARA WANITA



Assalamualaikum semua. Aku mulakan entry ni dengan gambar yang aku copy dari MX (thanks bro)..

Islam datang kepada kita sebagai agama penyelamat. Penyelamat kita untuk hidup di atas dunia yang sementara, dan lebih-lebih lagi sebagai penyelamat manusia di akhirat kelak dari di azab oleh neraka Allah. yang percayalah dan yakinlah takkan mampu kita menanggungnya..

Peraturan menutup aurat yang Allah tetapkan dalam surah an-Nur ayat 31 bukanlah bertujuan menyekat kebebasan berpakaian kaum hawa. Bahkan sebenarnya melindungi mereka dari mata-mata liar serigala bernama lelaki yang bila-bila masa boleh mengganas..

Dan niat menutup aurat itu bagus. Cuma perlulah mengikut tatacaranya yang sebenar. Macam kita menggoreng mi. Takkan sedap mi goreng kalau bahan yang digunakan sekadar mi basah dan minyak. Perlu kepada sambal, kicap, sos, sayur dan sebagainya. Barulah mi gireng tersebut enak di makan. TUTUPLAH AURAT DENGAN SESEMPURNA MUNGKIN..

Perkara ini perlu diperingatkan dari masa ke semasa kerana kewajipan menutup aurat adalah HAK ALLAH.. Allah Tuhan yang mencipa dan menjadikan sekalian alam termasuk kita manusia yang melata di bumi pinjaman ini. Jika peraturan Raja atau Negara kita boleh patuhi takkanlah peraturan-NYA kita tak boleh ikuti.

Mulakanlah langkah masing-masing secara perlahan-lahan. Mungkin dapat dimulakan dengan tudung yang kecil-kecil dulu, tudung botol misalnya. Kemudian ambillah yang lebih besar, tudung saji misalnya. TETAPI TUTP AURAT TETAP KENA TUTUP.. Tiada kompromi kerana ia HAK ALLAH.

sekian, maaf andai ada yang terasa.. Peringatan yang terlebih utama adalah untuk diri yang menulis dan keluarga yang terdekat.

Salam. Peace to all.. v(n_n)v

PSST : lagi artikel hangat di isuhangat


Monday, May 10, 2010

KES REMAJA KENA TEMBAK..

Isu polis telah tertembak seorang remaja berusia 15 tahun di Shah Alam adalah satu isu yang sangat besar.. Ianya perlu kepada penyiasatan yang rapi dan betul-betul serta campurtangan mereka yang benar-benar pakar..



Tidak boleh diperbincangkan jika masing-masing pihak menuding jari menuduh "dia yang yang salah, saya tak salah".. tinggalkan sekejap ego masing-masing dan tumpukan perhatian kepada punca masalah..



tak guna menyalahkan pihak mana-mana pun kerana kejadian sudah berlaku.. dan yang sebaik-baiknya sekarang ini adalah masing-masing pihak memainkan peranan untuk sam-sama mempercepatkan penyelesaian kes ini..

Hentikan segala polemik dan kontroversi dan mula duduk semeja untuk mencari penyelesaian..

untuk lain-lain artikel tulisan blogger al-bakistani.. dan cerpen mikro tulisan faizal tehrani disini dan disini.. boleh baca kronologi kes kat sini.. juga tulisan Prof.Abdul Aziz Bari..
Al-fatihah buat adik Aminul Rasyid Hamzah.. Semoga kematianmu terbela dik.. Semoga tenag kau di sana..



Saturday, February 13, 2010

HARAM SAMBUT VALENTINE


Kepada pasangan kekasih,suami isteri Islam, sebab apa Ulama mengharamkan perayaan Valentine Day. Nak nbagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat bukannya menunggu 14 Feb. Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya Hari Israk dan Mikraj- bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari Valentine ni untuk orang Kristian – apa kejadahnya kita nak sambut walau apa alasan sekalipun.

Kisah St. Valentine.

Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.

Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau"


tribute to isuhangat.net

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor mangkat

AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Menteri Besar Johor telah membuat pengumuman tentang kemangkatan Almarhum sebentar tadi.

sultan johor mangkat

Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.

Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail lahir pada 8 april 1932 dan pernah menjadi Agong ke 8 pada tahun 1984.

Rakyat dan penduduk Johor diminta berkabung mulai esok selama 7 hari . Bendera Johor akan dinaikkan separuh tiang, lelaki Melayu berkabung dengan memakai lilitan putih bersaiz 2 inci di songkok dan perempuan Melayu di Johor memakai tudung putih. Bagi bangsa lain dan mereka yang beruniform berkabung dengan memakai lilitan kain berwarna hitam bersaiz 3 inci di lengan kiri. Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan pada hari esok.

Jenazah akan disemayamkan di Dewan Besar Istana Besar JB esok . Rakyat Johor boleh membuat penghormatan terakhir mulai 9 pagi sehingga 1030 dan mulai pukul 1100 pagi -1200 adalah waktu penghomatan terakhir bagi orang kenamaan.

Almarhum akan dimakam di makam diraja Makam Mahmodiah esok pada pukul 2 petang.

Rakyat dan penduduk Johor diminta berkabung mulai esok selama 7 hari . Bendera Johor akan dinaikkan separuh tiang, lelaki Melayu berkabung dengan memakai lilitan putih bersaiz 2 inci di songkok dan perempuan Melayu di Johor memakai tudung putih. Bagi bangsa lain dan mereka yang beruniform berkabung dengan memakai lilitan kain berwarna hitam bersaiz 3 inci di lengan kiri. Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan pada hari esok.

Sunday, January 3, 2010

"HADIAH" TAHUN BARU 2010


Tahun baru 2010. Hadiah tahun baru 2010 buat umat Islam 1Malaysia.

Awal Jan 2010 – negara dikejutkan dengan keputusan “berani mati” hakim mahkamah tinggi Kuala Lumpur, hakim Lau Been Lan yang telah menafikan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menyita akhbar The Herald Times ekoran permohonan mereka yang mahu menggunakan nama “ALLAH” untuk orang bukan Islam.

Keputusan ini sekaligus telah menafikan kuasa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri. Maka timbullah banyak suara-suara bantahan yang akhirnya telah memaksa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan keputusan yang dibuat oleh hakim tersebut.

Namun apa yang menjadi kekeliruannya, apabila ada pula pihak yang menyokong keputusan terbabit. Kita mulakan dengan babak pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Abdul Khalid Samad (PAS) yang senada dengan kepimpinan tertinggi PAS untuk menyokong keputusan tersebut, dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Peguam Zulkifli Nordin (PKR) yang menentang.

Dan kemudian diikuti pula oleh perbalahan antara Dr.Asri Zainal Abidin (mantan Mufti Perlis) dengan Dato’ Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas). Dr.Asri memperknalkan 6 cara untuk menggunakan nama Allah bagi yang bukan Islam, sementara Dr.Haron Din menyatakan seseiapa yang menyokong keputusan terbabit menghampiri kepada kekufuran. Lalu di balas semula oleh Dr.Asri agar Dr.Haron Din balik mengaji semula ilmu Tauhid.

Apa sudah jadi Malaysia?? Bila ahli agama atau agamawan sendiri saling berbalah. Namun aku menyokong cadangan Ustaz Ahmad Awang (mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia) agar perkara ini bukan sahaja dibincang memalui jalan mahkamah namun patut diadakan dialog supaya masyarakat lebih faham.


Dan dalam khutbah tengah hari tadi di masjid Sultan Ismail UTM pun tuan khatib ada mengulas perkara ini. Kata khatib penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dengan tujuan baik dan tidak menimbulkan fitnah adalah dibolehkan. Kerana yahudi dan kristian telah lama menggunakannya yang merujuk kepada Tuhan yang menciptakan alam ini. Namun jika ALLAH itu mahu disamakan dengan Jesus atau Tuhan-tuhan lain maka itu tidak boleh.

Aku sebagai orang yang jahil dan tak berilmu dalam perkara ini menyerahkan saja keputusan ini kepada para ulama kita. Namun diharapkan janganlah ada pihak yang terus mengapi-apikan sentimen ini. Kita perlu rasional dan duduk sama berbincang dari hati ke hati untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana isu ini maha sensitif..


Thursday, May 14, 2009

PERAK KECOH KEMBALI

BELUM SAMPAI 24 JAM YB DATO' SERI NIZAR JAMALUDIN KEMBALI "MENGAMBIL ALIH" TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI PERAK, MENTERI BESAR DATO' SERI ZAMBRY MELALUI MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJYA TELAH MEMOHON MNGENEPIKAN KUATKUASA YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR..


Jika sebelumnya YB Nizar meminta YB Zambry dan exco nya mengosongkan pejabat masing2 kini giliran YB Nizar pula yang berbuat demikian.. apa yang sangat mengejutkan adalah keputusan KILAT mahkamah rayuan yang mengambil keputusan untuk menerima injuksi dari YB Zambry..



Lalu Perak kembali kecoh.. Haha aku tak mau laa komen lebih2 tapi dah terang lagi bersuluh suma ni menuntut semua pihak yang terlibat agar berlapang dada dan duduk berbincang supaya yang beruntung selepas ni adalah rakyat Perak..

Sesuai dengan konseo 1Malaysia yang diperkenalkan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan slogan RAKYAT DIUTAMAKAN, KEPUTUSAN DI diutamakan.. hehe

apapun kita berdoa semoga suma ni cepat selesai n Rakyat Perak kembalik bernafas lega.. hehe

peace yo

Tuesday, May 12, 2009

KECOH DI PERAK

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR SEMALAM MENGESAHKAN BAHAWA DATUK SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN MASIH LAGI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH..


Hakim Dato' Abdul Aziz membuat keputusan tersebut kira2 jam 4.20 petang semalam.. Keputusan yang dilihat sangat kontra dengan apa yang diharapkan oleh pihak kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.

PM dan MB perak, Daato' Seri Dr, Zambry dikhabarkana akan membuat permohonan dan rayuan bagi menolak keputusan mahkamah tersebut. Namun kita percaya permohonan itu takkan kembali berpihak kepada mereka. Namun Dr ZAmbry akur dengan kehendak mahkamah bagi mengosongkan pejabat menteri besaar dan exco nya serata merta.

Dan Dato' Seri Nizar bergegas keluar selepas keputusan itu diumumkan dan mahu segera pulang bagi memohon menemui Ke Baawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk memohon membubarkan DUN.. yang dilihat ramai sebagai satu2nya jalan penyelesaian terbaik setakat ini.

dan pastinya rakyat negeri Perak pastinya mengharapkan tindaakan bijak Paduka Seri Sultan bagi mengembalikan semula kredibiliti institusi Diraaja yang agak tercalar sebelum ini.

biarlah rakyat yang menentukan pilihan mereka.




+/- Read More??



hakim dalam hujah keputusaannya memaklumkan bahawa beliau hanya mengikut undang2 tubuh negeri perak perkara 6 yang mengatakan bahawa Menteri Besaar hanya boleh dijatuhkan dengan:-
1. Menteri besar itu sendiri meletak jawatan
2. Menteri Besar mendapat undi tidak percaya di dalam sidang DUN
3. Sultan membubarkan DUN

yang mana satu pun tidak dilakukan, maka beliau mengambil keptusan yang berpihak kepada Dato' Seri Nizar..

sama2 kita tunggu keputusan mahkamah yang setersnya..

hehe tak saabaq nak dengaq ni



Sunday, March 22, 2009

MAHASISWA DAN KEMAHASISWAAN

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 122;
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi berperang, perlu ada sebahagian dari mereka tidak pergi dan mendalami ilmu dan pengetahuan mereka dan kemudiannya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”

Jadi persoalannya, siapakah sebenarnya mahasiswa ini? Adalah segolongan pelajar yang Allah beri peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dan perlu diingat bahawa proses menuntut ilmu adalah suatu proses yang berterusan bukan setakat di institute pengajian tinggi sahaja. Tidak terhenti setakat suatu peringkat yang tertentu sahaja. Dan proses ni hanya akan tamat bila mana kita ni dimasukkan ke liang lahad.



Kata seorang sahabat nabi Abu Darda’…
“Jadilah kamu orang yang alim, kalau tidak boleh, jadilah pelajar, kalau tak boleh juga jadilah orang yang mendengar, tetapi janganlah menjadi orang keempat, kamu akan binasa, iaitu mereka yang benci kepada ilmu”

Katanya kalaulah kita ni tak boleh menjadi orang alim, iaitu mereka yang berilmu dan menggunakan ilmu untuk memberI manfaat kepada orang lain. Jadilah kita seorang pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Dan kalau tak mampu juga, jadilah kita ni orang yang suka mendengar kepada ilmu. TETAPI janganlah menjadi orang yang keempat, sudahlah tidak berilmu, tak mahu belajar, mendengar pun malas bahkan benci pula kepada ilmu, maka itulah orang yang sebenarnya bodoh sombong. Dah la sombong, bodoh pulak tu. Jadi kita perlu berhati-hati dalam perkara ini.

Sebilangan dari kita MAHASISWA HARI INI seperti sudah tenggelam dan hanyut dalam dunia khayalan ciptaan kita sendiri. Ada tu sampaikan dunianya hanya sekadar bilik tidur ke bilik mandi, bilik mandi ke bilik kuliah, bilik kuliah ke kafe, dan kemudian balik semula ke bilik tidur. Minda tak berkembang. Tak bercampur gaul langsung dengan masyarakat kampus sekekliling. Hanya dia dan laptopnya dan senarai games dalam laptopnya. Jadi kena ubahlah satu kata pepatah tu kepada “ibarat Mahasiswa bawah tempurung”.

Statistik menunjukkan dari lebih 80,000 graduan yang menganggur sekarang ni di Malaysia, 24000 adalah penganggur tegar iaitu golongan yang memang tak dapat keja langsung, sama ada mereka ni mencari kerja tetapi tak dapat dan kalau tak mencari apatah lagi kan? 36000 pulak adalah mereka yang bekerja tetapi secara sambilan sahaja, tiada pekerjaan tetap. Perlu diingat 70% adalah graduan dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan 70% darinya adalah SISWI.. menakutkan bukan??

Jadi bertitik tolak dari itulah kita sebagai bakal graduan perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu-limu tambahan selain dari ilmu-ilmu akademik. Seperti generic skill, soft skill dan skil mempertahankan diri. Antara lain kemahiran berkomunikasi, nilai kepimpinan, penguasaan ilmu, penguasaan multi-language dan sebagainya. Ini bermaksud, kita bukan setakat belajar ilmu dalam bidang kita sahaja, tapi kita juga perlu belajar ilmu untuk menyampai ilmu. Yang takkan kita dapat dari bilik-bilik kuliah dan kalau adapun sedikit sahaja. Jadi antara lain dengan berpersatuanlah kesemua ilmu-ilmu ini kita akan perolehi.

Kalau kita soroti kembali gerakan kemahasiswaan tahun 70-an dan 80-an, suara-suara mahasiswa digeruni. Tokoh-tokoh pejuang mahasiswa ketika itu seperti Ibrahim Ali, Hishamudin Rais, Annuar Musa dan ANWAR IBRAHIM begitu gah menongkah arus membentuk jatidiri mahasiswa yang berintegriti dan berhati waja. Sehinggakan ada diantara mereka yang tak sempat pun nak menghabiskan pengajian masing-masing. Nah disinilah terletaknya keihklasan seorang pejuang. Mereka bukan setakat beretorik semata-mata malah menunjukkan bukti dan sentiasa di barisan hadapan dalam apa jua demonstrasi. Sehinggakan dalam apa jua keputusan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran dan kemahasiswaan, suara mahasiswa tidak pernah diketepikan.

Lantaran itu mengapa mahasiswa sekarang lemah, lembik, dan lesu? Sebenarnya punca kepada mahasiswa hilang potensi dan identity adalah kita ini malas berfikir. Kerana dengan berfikirlah manusia sebenarnya menjadi manusia. Bermaksud kalau kita malas lagi mahu berfikir, status kita sebagai manusia sudah jatuh. Berfikir akan masa lalu bukan sekadar mengingati fakta sejarah, jauh lebih penting dari itu ialah kita mengambil pengiktibaran. Berfikir masa sekarang bukan melihat sekadar apa yang reality, tetapi juga mencari penyebab kepada reality itu. Seterusnya berfikir masa depan adalah lebih susah kerana rasa tanggungjawab atas apa jua perbuatan kita pada hari ini akan member kesan kepada generasi akan datang, berkurangan. Masing-masing berpegang kepada prinsip “What I’m not seing is not my problem”.

Kerana apa perkara ini terjadi kawan-kawan? Kerana kita disaluti oleh 3 penyakit berjangkit, yang bukan setakat berjangkit malah merosakkan system hidup seseorang manusiawi. Pertamanya individualistic iaitu fahaman yang mementingkan hanya 3 benda iaitu I,Me and Myself sahaja. Keduanya ialah Materialistik iaitu fahaman yang mementingkan kebendaan. Status seseorang diukur dengan apa yang dimilikinya. Dan yang terakhir adalah comersialistic iaitu fahaman yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Membuat sesuatu kerana mempunyai kepentingan sahaja.

Dan yang paling akhir ialah kita ni mahasiswa generasi pelapis masa depan Negara terlalu terpengaruh dengan budaya HEDONISME. Iaitu fahaman yang mengambil hiburan secara melampau. Sebagai contoh, program-program berbentuk hiburan, tak payah diajak pasti dipenuhi pengunjung. Tetapi jika program-program ilmu, walaupun diberi makanan percuma, ramai yang liat nak menghadirinya. Mengapa kawan-kawan?? Sama-sama kita fikirkan k.

Kata Hujjatul Islam al-imam al-Ghazali rahimahullahu taala..
“Lelaki yang belajar ilmu, untuk mendapat kehidupan yang sementara, yang dia mahukan hanyalah nama, pangkat dan harta, tetapi di dalam hatinya tersedar bahawa niatnya itu tidak betul, maka orang ini berada di ambang bahaya, kerana sekiranya dia dijemput ajal sebelum sempat bertaubat, dibimbangi dia mati dalam keadaan su’ul khotimah (dalam keadaan buruk)”

Jadi kawan-kawan kita kena balik semula kepada niat kita menuntut ilmu. Check balik dan kemudian fokuskan kepada tujuan asal kita dijadikan sebagai manusia dan dihidupkan di atas dunia ni. Sama-sama kita ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah.

Insya Allah moga-moga apa yang baik kita ambil jadikan teladan, dan yang buruk tu kita jadikan sempadan.. yang baik itu dari Allah. Dan yang bUruk tu dari diri penulis sendiri walaupun hakikatnya tetap dari Allah jua. Sekian.

Salam Perjuangan!!

Mahasiswa Agen Perubah Masyarakat!!


Tuesday, December 9, 2008

AL-QURAN SUMBER PERUNDANGAN UTAMA - GUAN ENG

GEORGETOWN , (Hrkh) Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

Turut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau. (mks)

-Dipetik Dari Harakah: Mohd Sabri Said-

NOTES : DARI HARAKAH DAILY

Tuesday, December 2, 2008

Ajar Sains, Matematik dalam Bahasa Melayu - bekas Menteri Pelajaran

" KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini. Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 13/11/08

Orang Melayu perlu proaktif martabat tulisan Jawi

KOTA BHRU: Bangsa Melayu digesa bersikap proaktif untuk memartabatkan kembali tulisan jawi untuk memastikan kesinambungan warisan yang menjadi jati diri orang Melayu itu.

Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr. Johari Mat berkata, langkah untuk memartabatkan tulisan Jawi dan Bahasa Melayu perlu mempunyai gerakan perubahan yang menyeluruh bermula dari awal kanak-kanak hingga ke peringkat menara gading.

"Ia lebih kepada soal jati diri, bahkan kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan bangsa mereka sendiri. "Tidak usahlah bercakap mengenai isu global andainya bangsa sendiri terabai," katanya pada satu majlis di sini.

Kata beliau, memandangkan tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan ke tempat sepatutnya dan harus disedari bahawa tulisan Jawi adalah tulisan istimewa oleh kerana di serluruh dunia tulisan Jawi hanya ada pada masyarakat Melayu saja.

Katanya, bangsa Melayu bertanggungjawab memartabatkan tulisan Jawi, bahkan mereka wajib mempertahankannya oleh kerana ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi Melayu tidak bererti sama sekali andainya tulisan Jawi yang menjadi warisan bangsa gagal dipertahankan.

Katanya, sebelum pengetahuan moden dengan perbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawi digunakan Istana dalam bidang persuratan, perjanjian dan undang-undang.

"Bagaimanapun serangan untuk menjatuhkan tulisan Jawi di Tanah Melayu dilakukan sebelum penjajah meninggalkan Tanah Melayu menerusi lidah anak Melayu sendiri," katanya.

Beliau berkata, jatuhnya tulisan Jawi berperingkat termasuk pada Kongres Persuratan Melayu 1952 yang akhirnya melahirkan resolusi;; "Tulisan Rumi dan Jawi digunakan dalam Persuratan Melayu dan tulisan Rumi dijadikan tulisan Rasmi".

Manakala Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGSM) pada kongres keduanya (1854) mengusulkan Kongres itu dengan merakamkan; "Bahawa Persuratan Melayu Se-Malaya yang bersidang pada 1 Januari 1954 di Seremban mengambil keputusan sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya".

Beliau berkata, usul itu turut dipersetujui Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) menerusi memorandumnya pada 27 Mac 1954.

"Memorandum itu memaparkan 11 kelebihan dan satu kelemahan tulisan Rumi, manakala tulisan Jawi pula mempunyai 12 kelemahan dan satu kelebihan.

"Memorandum itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelajaran Razak dan menerimanya setelah menimbangnya dengan halus mengenai penggunaan tulisan Rumi atau Jawi dalam Bahasa Kebangsaan dan mencadang supaya digunakan tulisan Rumi dengan syarat diadakan pelajaran Jawi bagi murid-murid Islam," katanya.

Menurutnya, ekoran itu tulisan Jawi yang sebelum itu dipandang hebat mulai hilang pengaruhnya.

"Betapa hebatnya orang Melayu dahulu merancang untuk menjatuhkan tulisan Jawi, tulisan yang menjadi saluran kekuatan bangsanya sendiri," ujar beliau.

Dr Johari menambah, rancangan untuk menjatuhkan orang Melayu dengan tulisan yang berdasarkan huruf-huruf wahyu dan mengubah sebutan serapan Arab agar orang Melayu menyebut kata tertentu dengan tidak betul akhirnya menemui kejayaan,.

Sehubungan itu, Dr. Johari berkata langkah memartabatkan semula tulisan Jawi hendaklah dipandang penting, bukan sekadar tulisan warisan, tulisan hiasan dinding.

"Setiap bangsa mempunyai bahasa dan tulisannya, kerana ianya merupakan lambang kepada citra dan jati diri bangsa itu. "Sekiranya kita orang Melayu tidak berbangga dan tidak memartabatkan tulisan Jawi, samalah tidak berbangga dengan budaya dan citra bangsa sendiri."

Isu Babi di Kedah: Konspirasi terbaruUMNO/BN dan TV3

Babi atau khinzir dua perkataan yang mempunyai maksud yang sama merujuk kepada sejenis spesis binatang.Tetapi bagi orang Islam/Melayu dan bukan Islam ianya membawa maksud yang cukup jauh perbezaannya.


Bagi orang Islam/Melayu babi merupakan binatang yang haram lagi menjijikkan namun kepada bukan Islam ianya binatang yang cukup bermakna. Selain sebagai makanan yang enak ianya juga merupakan produk perniagaan yang menguntungkan kerana tabiat pembiakannya yang berproduktiviti tinggi, dikatakan mengikut jumlah turutan bulanan serta mendapat permintaan yang tinggi.


Dalam kontek politik, khususnya di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, apa saja yang berkaitan dengan babi merupakan bahan politik yang cukup sensasi dan berkesan terutama dalam kaedah politik berpandukan ‘devide and rule’ yang menjadi amalan rejim Umno/BN.


Terbaru, Pakatan Rakyat pimpinan PAS yang menguasai teraju pentadbiran kerajaan negeri Kedah cuba dimangsakan oleh konspirasi politik yang berasaskan kepada binatang ini.


Bermula daripada soalan yang dikemuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah oleh ADUN Bakar Bata melalui garapan ayat yang berunsur provokasi atau ‘malafide’ seterusnya diputar-belit serta disensasikan oleh media dengan cara yang tidak bermaruah dan bercirikan etika kewartawanan picisan.


ADUN Bakar Bata bertanya samada kerajaan negeri bercadang untuk merancang projek ternakan babi secara komersial sedangkan projek tersebut telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri semasa dibawah pentadbiran rejim Umno/BN dahulu lagi iaitu pada 04 Disember 2007.


Untuk rekod, projek yang telah diluluskan akan menggunakan teknologi termoden dan berpusat yang bakal menempatkan sebanyak 46,000 ekor babi pada satu-satu masa sebagai bekalan untuk keperluan di Kedah dan Pulau Pinang.


Untuk rekod, ADUN Bakar Bata ketika itu merupakan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang memegang potfolio antaranya Kerajaaan Tempatan dan terlibat secara langsung semasa proses keputusan itu dibuat.


Jelas sekali tujuan soalan itu dikemukakan hanya bertujuan untuk memerangkap serta berkepentingan politik sempit semata bukannya atas dasar keperihatinan atau demi kesejahteraan rakyat dan negeri.


Umno/BN cuba menjadikan isu ini untuk menghakis keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat pimpinan PAS terutamanya kepada orang Islam / Melayu dan menimbulkan ketegangan antara kaum setelah mereka gagal menanganinya dalam isu kuota 50% perumahan yang dilihat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.


Soalan ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak semasa sessi ucapan pergulungan usul menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Sultan dan perbentangan bajet 2009, dengan jelas menyatakan projek ini hanya akan diteruskan sekiranya tidak mendapat bantahan daripada rakyat.Pendekatan ini diambil sebagai menghormati kehendak rakyat pelbagai kaum dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.


Ironinya, jika kerajaan negeri terus ditadbir oleh rejim Umno/BN selepas PRU12 pasti projek ini telah dilaksanakan tanpa disedari oleh rakyat di kawasan perindustrian berat kayukayan dan perabut Bukit Selambau.


Hanya setelah Pakatan Rakyat pimpinan PAS mengambil-alih teraju pentadbiran kerajaan negeri maka perlaksanaan projek ini dibatalkan dan perlu dikaji semula kesesuaian lokasi sekiranya hendak diteruskan.


Namun fakta-fakta ini tidak dijelaskan kepada rakyat walaupun Ustaz Azizan secara khusus telah berulangkali meminta agar ianya dilaporkan dengan adil dan telus oleh semua wartawan yang berada didalam dewan semasa sessi ucapan pergulungan serta sidang media yang dihadiri oleh media elektronik dan cetak.


Malah beliau menegaskan sekiranya pihak media tidak memberikan laporan secara adil dan telus, kemungkinan pada sidang dewan yang akan datang wartawan tidak lagi akan dibenarkan berada didalam dewan.


Konspirasi antara Umno/ BN ( baca Mahdzir Khalid ) dan TV3, media elektrik yang terkenal dengan pemberitaan politik yang berat sebelah dan memutar belitkan fakta serta jauh menyimpang dari etika profesionalisma kewartawanan.


Anak sulong kumpulan Media Prima ini yang turut dibantu oleh adik bongsunya TV9, boleh lah disifatkan sebagai media jalangan politik ‘high class’ dengan Umno/Bn sebagai ‘bapak ayam’.


Dalam kontek politik negeri Kedah terdahulu, gabungan TV3 denganDatuk Seri Diraja Mahdzir Khalid sebagaimana yang sering diperkatakan oleh rakyat Kedah umumnya telah berperanan menjatuhkan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakbah bagi membolehkan Mahdzir Khalid mengambilalih jawatan Menteri Besar.


Selepas PRU 12, setelah negeri Kedah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, gabungan antara antara TV3 dan Mahathir Khalid terus berperanan untuk mengelirukan rakyat Kedah.


Bermula dengan isu ‘jet peribadi dan payung diraja’, kemudiannya di-ikuti dengan sessi dialog penerangan dan dasar kerajaan anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang cuba disensasikan namun kedua-duanya tidak berhasil dan mengalami kebuntuan.


Malah isu ‘ jet peribadi dan payung diraja’ telah memaksa Ketua Pegawai Eksekutif TV3 dan rombongan mengujungi Wisma Darulaman dan Istana Anak Bukit untuk memohon kemaafan dan keampunan, sementara dalam isu dialog penerangan dan dasar kerajaan pulak dengan mudah telah ditangkis oleh Ustaz Azizan.


Lalu babi pulak dijadikan bahan untuk mereka terus mengelirukan pandangan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS.Pastinya selepas ini pelbagai lagi perkara atau apa saja akan dijadikan isu untuk diputar-belitkan oleh TV3 demi survival Umno/BN.


Cuma kebelakangan ini TV3 tidak lagi menghantar jurukamera dan wartawan dengan labelnya sendiri untuk membuat liputan sebaliknya menggunakan label TV9 yang dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan kerajaan negeri. Sekiranya keadaan ini berterusan tidak mustahil TV9 juga akan turut menerima nasib yang sama dengan kekandanya.


Ustaz Azizan khususnya, diakui oleh sebahagian besar wartawan – wartawan samada dari media cetak maupun elektronik sebagai antara pimpinan Pakatan Rakyat yang mesra media dan sentiasa memberi layanan yang baik setiap kali berhadapan dengan liputan atau soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak media, itupun masih lagi dikhianati.


Bagaimana pulak dengan rakyat yang sering kali ditipu dan disogok dengan sesuatu yang palsu sedangkan mereka membayar dan berhak untuk mendapat sesuatu yang benar dan berkualiti.


Adakah wartawan, pengarang, penerbit atau penggiat media tidak merasa bersalah atau sememangnya mereka terdiri daripada manusia – manusia yang rendah nilai dan akar budi ? Halalkah hasil atau gaji yang dibawa pulang untuk disuapkan ke-mulut anak dan isteri serta ibubapa dirumah?


Jangan sampai orang ramai meludah atau memaki hamun setiap kali berselisih dengan wartawan/penggiat media atau diumpamakan sebagai anjing- anjing pemburu yang digembala oleh rejim Umno/BN. Agak keterlaluan bunyinya namun realiti yang terpapar adalah justifikasinya kecuali senario atau budaya ini dapat diubah.


“Lu orang fikirlah sendiri..” kata Nabil si raja lawak namun frasa kata itu cukup mendalam maknanya.

Sah, Hillary dicalon Setiausaha Negara AS

CHICAGO: Barack Obama menamakan Senator Hillary Rodham Clinton sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang baru apabila beliau mengambil alih kepimpinan negara itu bulan depan.

Beliau akan menggantikan Condolezza Rice, dan dijangka muncul sebagai Setiausaha Negara ketiga di kalangan wanita.

Malah, Obama yang dipilih sebagai Presiden AS ke-44 bulan lalu menamakan Robert Gates, yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush, untuk kekal Setiausaha Pertahanan.

Gates memegang jawatan Setiausaha Pertahanan sejak dua tahun lalu.

Dengan pengumuman penting itu yang diumumkan di sini semalam (awal pagi waktu Malaysia), Obama berkata, beliau akan berbincang dengan panglima tentera dan pemerintah sebelum memutuskan tempoh menarik keluar tentera Amerika dari Iraq.

Turut diumumkan ialah Jeneral (B) James Jones sebagai penasihat keselamatan kebangsaan White House, bekas pegawai Jabatan Kehakiman, Eric Holder sebagai Peguam Negara; Gabenor Arizona Janet Napolitano sebagai Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri dan Susan Rice sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Saya menghimpunkan pasukan ini kerana saya seorang yang yakin dengan personaliti yang kental dan mempunyai pandangan mantap," kata Obama, yang akan mengetuai White House mulai 20 Januari depan.

"Saya merasakan begitu caranya keputusan-keputusan terbaik dibuat. Salah satu bahayab di White House adalah, berdasarkan saya tentang sejarah, anda berakhir dengan fikiran berkumpulan dan kesemua bersetuju dengan apa semua perkara dan tiada keputusan dan tiada pandangan lain. Justeru, saya mahu menggalakkan perbahasan dalam isu yang dibawa di White House.

"Tetapi, saya akan menetapkan dasar sebagai presiden. Saya akan bertanggungjawab terhadap visi yang pasukan ini bawa dan saya fikir mereka akan melaksanakan visi berdasarkan keputusan yang dibuat," katanya.

Minggu lalu beliau mengumumkan Timothy Geithner sebagai Setiausaha Perbendaharaan.

"Saya bangga untuk menyertai anda...," kata Hillary, bekas wanita pertama White House.

Pelantikan Clinton, Holder, Napolitano dan Rice memerlukan pengesahan Senat.

Sunday, November 23, 2008

Michael Jackson memeluk agama Islam




Syukur Alhamdulillah, Michael Jackson,50, confirm telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel (nama Malaikat) , menurut akhbar The Sun.

Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.

Michael Jackson sebelum itu di kaunseling dari dua orang temannya David Wharnsby,penulis lagu dari Kanada dan Phillip Bubal, seorang produser yang telah terlebih dahulu menukar agama kepada Islam.

Tahun lalu,abang Michael Jackon, Jermaine Friday yang telah convert ke Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan berpendapat Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.

Isuhangat berharap Michael Jackson dapat menjadi muslim yang sejati.

Yoga diharamkan

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.

Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.

‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.

Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.

Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.

‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.

‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.

Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.

‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya

NOTES : UTUSAN MELAYU ONLINE

Friday, October 31, 2008

Norman Hakim ditangkap khalwat




Norman Hakim dan pelakon Memey, ditangkap khalwat oleh JAIS jam 2 pagi semalam. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata pihaknya menerima maklumat menyatakan ada pasangan artis berdua-duaan dalam pejabat milik pelakon lelaki terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas itu.

“Selepas yakin dan pasti dengan maklumat terbabit, pegawai Jais melakukan serbuan sekitar jam 2 pagi di pejabat artis berkenaan. Artis terbabit, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dikatakan cuba menyembunyikan diri sebaik menyedari kehadiran pencegah maksiat selepas dia dikesan berkurung dengan pelakon wanita, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, di pejabatnya di Ukay Perdana di sini.

“Selepas maklumat diri diambil, pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan. Mereka akan dipanggil memberi keterangan di pejabat Jais. Apa yang saya dimaklumkan, kedua-duanya sudah memberi keterangan pagi dan petang tadi (semalam),” katanya.

Sumber: harian metro

Related post: http://isuhangat.blogspot.com/2008/10/norman-hakim-nikah-di-thailand.html, memey nafi ada hubungan dengan Norman huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK