Saturday, August 15, 2015

Roda Hidup Berputar

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeza dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab,"Tidak usah! usir saja dia, dan tutup semula pintunya!"

Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemistadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang malang, perniagaan lelaki itu jatuh bangkrup. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, kerana ke tidak sepadanan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berontakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang muflis itu berkahwin lagi dengan seorang peniaga dikota dan hidup berbahagia.

Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tetamu yang  tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya denganperasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng kepala, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, suaminya sedikitterkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda.. adakala diatas, adakala di bawah.

Renungan :"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, perluaskan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"

Wednesday, July 15, 2015

Bukan Mahram yg TAK BOLEH salam:

Nak dekat Raya ni moh kita saling mengingati..
Bukan Mahram yg TAK BOLEH salam:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Ada yang tak tahu. Dan kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh.

Haa..nampak cantik tp tak leh sentuh.
Jangan buatbuat lupa. Haram.

Ni dah tahu..minta minta ler sampaikn pd yg bernama saudara.

Pesan mak/mak mertua kpd anak dan menantu:

1. Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak

2. Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak.

3. Rumah mak bukan padang pemainan, jadi kawal anak2 kamu

4. Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....

5. Mak bukan ada kedai dobi utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik...kalau tak nak cuci, bawa cadar dan sarung bantal sendiri, habis raya bawa balik rumah masing2. Tuala pun bawa masing-masing punya.

6. Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai nak kecik hati sesama.

7. Rumah mak.bukan hotel, taulah korang dah bagi duit raya sorang rm500....jadi ringan2kan diri utk bantu keja di dapur..

8. Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai yg bukan mahram pun ada...

9. Jaga pergaulan antara anak2 kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...

10. Last...rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak rakam gambar famili di pagi2 raya sampaikan lupa nak ziarah rumah jiran2....

Yang ikhlas,

Mertuamu, mertuaku

Wednesday, June 10, 2015

ISLAM IS THERE BUT NOT MUSLIM

# maaf lari topik sebentar 😊😊 #

I was on my way home, naik LRT..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..
Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati..turun2 tangga je kne lalu depan org yg perhati tadi..lelaki.
dia sgt berminat tengok buku yg
sy pegang tu..tp sy buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sy x dgr sgt..then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh..dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but not Muslim..
( * time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine?really??are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah..now I'm free..a free thinker..

B : but why?

A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait..what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no, no, just confused, do u mean..THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah..hmm..Islam is the best religion right..the real religion, you know right??

B : yeah..I know..and I Believe..

A : me too,I believed but..huh..there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then..sy trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD,IT'S IMPOSSIBLE..IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD..EVERYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam..terpaku..terkaku..mcm2 benda dtg singgah kat otak..tp x tau nak cakap apa..otak jam..
Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart..my mind..I'm a HAFIZ also..I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah,alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah..where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??

A : yeah,but now it's sold,it's sold,it's sold sister, the jews conquered it..
( * muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know..where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim..he was born at (apa ntah nama tmpat dia..x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more..read more..then u'll know..I'm right..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je..cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya..hmm..sy sambung baca..lrt smpai kat KLCC

A : tq sister,i've got to go,read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong..Then..terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..sy x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg sy buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Sy biarkan..sy x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya..kite boleh jawab?
Saye pon x lepas..bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh..hmm..pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya..kite terdiam..pegi refer ustaz,ustazah..
Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Sy pon fail..banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt
mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas..apa tah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allah..x tau bila..
Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..
Kita lupa..kita kat akhir zaman..macam2 ujian datang..iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..
Again..DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..
KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu..hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..
JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT

#‎copypaste
#‎orangmembencibilakitamenegur
#‎mogaallahredhadengandakwahyangsekecillnya.

Kalau Nak BI anda Bagus, Baca Ni!!!        
          -          -          Please read this to the end. You hardly have time for Allah. He loves you and always blesses you. He is always with you. I need you to spend 30 minutes of your time with Him today. Don't pray. Just praise. Today I want this message across the world before midnight. Will you help? Please do not cut it, He always helps you with something that you are in need of. Please, drop everything & pass it on. Don't break this chain. Why do we feel sleepy in Prayer, But stay awake through a 3 hour movie? Why are we so bored when we look at the AL-QURAN, But find it easy to read other books? Why is it so easy to ignore a msg about Allah, Yet we forward the nasty ones? Why are Prayers getting smaller, But bars and clubs are expanding? Why is it so easy to worship a celebrity, But very difficult to engage with Allah? Think about it, are you going to forward this? Are you going to ignore it, because, you think you will get laughed at? Forward this to all your friends. 80% of you won't forward this. Allah said: If you deny me in front of your friends, I will deny you on the day of judgment: When one door closes, Allah opens two: If ALLAH  has opened doors for you, send this message to everyone including me... Allah has no BLACKBERRY but He's my favorite contact. He is not on TWITTER but I still follow Him. & even without the INTERNET I am always connected to Him. He is not on WHATSAPP but, He's always online. Send this to everyone, including me. If Allah has helped you, and been there for you in every step of your life. :) 😢

Sunday, May 17, 2015

JOM JANGAN MALAS BERFIKIR

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahra
IKIM.fm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK