Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".
Rupanya suaminya memiliki karakter berbeza dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab,"Tidak usah! usir saja dia, dan tutup semula pintunya!"
Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemistadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.
Pada suatu hari yang malang, perniagaan lelaki itu jatuh bangkrup. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, kerana ke tidak sepadanan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berontakan sehingga terjadilah perceraian.
Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang muflis itu berkahwin lagi dengan seorang peniaga dikota dan hidup berbahagia.
Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tetamu yang tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".
Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya denganperasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".
Wanita itu menggeleng kepala, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."
Mendengar keterangan isterinya demikian, suaminya sedikitterkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".
Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda.. adakala diatas, adakala di bawah.
Renungan :"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, perluaskan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"
No comments:
Post a Comment