Sunday, May 11, 2008

POLITIKING TENTANG AYAM

What they have to say.

Kindergarden teacher:
Because it wanted to look for food on
the other side.

BUT

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu
ayam musti guna jembatan untuk
melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu
ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau
sama saya juga, saya bolley buat
lebbey banyak toll... itu jambatan
mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali
bole kasi tutup... kita boleh survey
mana ada rosak.
Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan
ayam-ayam itu sedang melintas jalan.
Mereka bukan sahaja melintas jalan,
malah membuang najis di atas jalan dan
ini adalah pencemaran yang paling
dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-
ibu ayam haruslah mengambil inisiatif
untuk melatih ayam-ayam agar menahan
najis sewaktu melintas jalan. Seperti
pepatah melayu
berkata.. ayam di jalan di lintaskan;
ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik
reban ayam, mak bapak ayam asyik
menganga saja. Ayam semua dah besar
kepala...dan dah tak nak duduk
reban... dan bertambah biadap dan buat
perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat
melihat ayam-ayam ini melintasi
jalan-jalan di kampong ini pada waktu
malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam
ini merupakan penyamaran jin. Dan ada
juga mengaitkan ia berkaitan dengan
peristiwa silam di kampong ini. Apakah
maksud tersirat ayam-ayam ini melintas
jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan
biarkan hidup anda diselubungi...
MISTERI"

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita"
Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua
adalah kerana mereka ayam-ayam yang
GATAL!

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya... biarkan mereka
melintas...tutup sebelah mata
ajelah... ayam-ayam terlebih besar
sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu
ayam saya.

Shahrir Abdil Samad (ex Pengerusi BNBBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak
boleh dibenarkan melintas jalan.
Kalau beginilah, maka ianya
bertentangan dengan prinsip saya, maka
saya RESIGN!!!
Bill Gates:
I have just released the new Chicken
Office 2006, which will not only cross
roads, but will lay eggs, file your
important documents, and balance your
checkbook. Microsoft will pledge a
billion for research on chicken AIDS.
Dr M:
You know, I am tired of all
this....'apa nama' chicken-chicken
bisnes...you know that it is our right
to build the bridge on our side of the
straits.... So why are we Chicken
out?
Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin
sahaja... jangan percaya khabar-khabar
angin ini semua... biasalah ini adalah
taktik pembangkang untuk memecah
belahkan perpaduan ayam-ayam semua...
Jangan percaya... We've decided to
scrap the scenic bridge for the best
interest of the people... nothing to
do with chicken. And of course others
have the right to express their
opinion... ini biasalah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK