Showing posts with label DIARI PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label DIARI PERIBADI. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

MYRINGOTOMY & GROMMET

Alhamdulillah wa syukurillah. Allah jua Yang Maha Punya Segalanya. DIA yang memberi sakit dan DIA jugalah yang menyembuhkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pembedahan hari ni. Ada masalah telinga sikit. 

SIMPTOM
Telinga jadi berdengung, bengang pastu pening2 sket. Jadi dalam sebulan lepaih, dok ulang alik dua tiga klinik biasa, last2 di refer ke pakar ENT di KPJ Ampang Puteri. Doc bgtau ada fluid (hingus dan air) dalam telinga. Diantara gegendang dan koklea dalam telinga. Makan ubat seminggu tak jadi apa jugak, so kena laa wat operation. 

PROCEDURE
Prosedur ni nama dia MYRINGOTOMY & GROMMET. Minor operation. Doc tebuk gegendang telinga, sedut keluar hingus tu, pastu pasang satu tiub kecik untuk keluarkan air sikit2 dari masa ke semasa. Bius full GA, memang aku x sedaq apa. huhu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan truih discharge petang ni jugak. 18 Disember nnt akan ada sesi follow up dengan pakar ENT tu balik. Dan tiub kecik ni akan keluar dengan sendirinya.

OPERATION DAY
Malam sebelum hari bedah ni memang aku cuak gila. huhu. Solat hajat n taubat sungguh-sungguh. Dan perasaan dalam dewan bedah memang tak tau nak habaq laa. Pakar bius mai masuk dean bedah, suruh aku mengucap dan selawat, pastu baca fatihah. Takdan nak habis truih aku tak sedaq apa dah. Sedaq2 nurse panggil nama jaa, masa tu dah kat wad dah. Alhamdulillah. Time tu betoi3 rasa pergantungan dan tawakkal hanya pada Allah. Takdak apa dah yang menghalang kita dari dipanggil pulang, tapi alhamdulillah masih panjang umurku. Semoga akan lebih banyak rasa bersyukur lepas ni.


PANTANG
Doc pesan. Pantang makan, NO EGG, NO OILY n NO SPICY. haha mapuh kerah kawe. Pastu NO FLY n NO SWIM for time being until fully recovered. hehe. Kuruih laa aku.. Rasa lagu kena pantang time sunat dolu2 nuu hehe


HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL, NI'MAL MAULA WA NI'MAL NASIR

Alhamdulillah. Sedang menanggung sakit sikit hehe. Kesan ubat bius dah abis, n saki baki air dalam telinga keluar sedikit2 dari masa ke semasa. Semalam mengerang dua tiga kali. Takpa laa, dosa banyak ni, Allah nak kafarah. Syukur2....

Tuesday, November 27, 2012

LAYAN LAP @ Genting Highland

Ahad lepas (27/11/12), Geng FOG (FZ Owner Group telah menganjurkan satu program SBF layan lap naik Genting ikut Karak Highway.. Tujuan utama program adalah nak mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli.. Dan keduanya adalah untuk memecahkan rekod program lepas iaitu lebih 40 buah FZ berhimpun..



Acara bermula dengan kami ramai2 kumpul di BHP Gombak seawal jam 7.30 pagi.. Selepas ucapan aluan dan sesi taklimat dari penganjur program (Zaim - dia dah upgrade naik CBR 250), konvoi seramai 35 buah FZ bergerak ke RnR Genting Sepah untuk bersarapan beramai-ramai...


Ni Abang Pandalela Renong, Pandikar..




Lepas senang hati perut kenyang, seramai 45 buah FZ (lepas kawan2 yang tertinggal tadi datang), kami bergerak ramai2 naik Genting ikut jalan depan.. Aku berada dalam kelompok belakang coz besa laa (badan besar plus aku takut2 lagi nak layan lap).. hehe..




Tapi ada dua kejadian tak diingini berlaku.. Sorang ahli (Usop) dah overshoot masa tengah layan lap naik atas n then slide and terbalik ke belah kanan.. Tapi nasib baik minor injury jaa.. Lutut ada scratch sket.. Tapi headlamp dia pecah truk laa (macam baru jaa aku tengok)... Dan sorang lagi member rantai dia tak ketat, so kena laa ketatkan..

Sampai kat atas kitorang ramai2 amik gambar.. Nak menyusun dan conduct ramai2 ni bukan senang.. Tapi tabik laa kat Marshall FOG (Firdaus, Rashdan n abg ada ntah yang lead kitorang) bleh handle.. So event smooth jaa..




Dalam kol 12pm masing2 bergerak turun dengan gaya bebas (macam pelesit sekor2 haha).. Best and puas coza lama aku tak join ride dengan diorang ni...


So harap bleh jumpa lagi n truskan perhubungan yang mesra2 macam ni hehe..




Monday, November 26, 2012

Syok Kaa Kawen

 Bulan ni kira makan kenduri je laa aku tiap2 hujung minggu. Haha.. Sorang-sorang kawan opis and kawan kecik2 and kawan belajar kawen.. Tapi takpa itu tidak mematahkan semangat aku untuk kumpul duit dulu baru fikirkan soal jodoh ni..

  

Kalau minggu lepas aku pi kenduri team leader (Nur Syalina n Fitri) aku ni kat belah pompuan (dia laa hehe), so minggu ni aku ke sebelah lelaki plak (suami dia laa).. Cool gak laa suasana coz wat dalam dewan kat Menara TnB jalan Bangsar. Ruang luas.. Paling best masakan dia, pergh sedap menyengat tak hengat.. Dua kali haa aku menambah hehe.. Ayam masak apa ntah, sedap gilaa..


 Ni plak kenduri opismate aku gak (kak echa n abang kamarul).. Sama cantik sama padan depa dijodohkan.. Sorang orang Kuantan n sorang orang Nilai.. Tapi sedih sikit laa coz sebulan sebelum majlis, mak abang Kamarul meninggal dunia (al-Fatihah).. 

Apapun selamat berbahagia aku ucapkan buat kedua pasangan mempelai.. Semoga hidup aman, bahagia, kekal selamanya.. Kalau boleh bukan takat ke anak cucu saja tapi sampai ke syurga.. Amin..

Semoga barokah ye..





Monday, November 19, 2012

Syok Woo Kawen

Hujung minggu lepas aku balik kampung. Dah lama tak balik. Lani aku makin jarang balik kampung. Lepas mak meninggal. Well apapun ada 3 kenduri kawen aku mai hujung minggu lepas saja...


 First sekali masa hari kamis (cuti Maal Hijrah - 15/11), aku pi kenduri junior sekolah menengah akukat rumah depa kat Sungai Seluang.. ALIF dan ALIN. Budak ni lani kerja MA kat Kudat dan bini dia ni keja kat Kulim. Tapi Alif aka cicak ni photographer beginner yang ok gak laa keja dia..


Yang kedua kenduri team leader aku (ari Sabtu - 17/11), Nana and Fitri.. Kenduri depa ni special sket. Wat kat tepi laut kat feri nuu, Tamjong Marina City nama dia. Pergh hangat ni toksah dok kata laa.. Tapi layan laa coz kenyang2 lepas makan pastu dipuput plak dengan bayu laut.. Pergh tangkap mata baq hang.. hehe


Last sekali kenduri member time aku Latihan Industri kat TM dulu, Pali dan pasangannya (ari Ahad - 18/11). Hat pun special gak tempat kenduri depa, wat kat perkarangan masjid. Memang senyap sunyi laa kenduri, harap dengan kompang je laa.. Tapi OK laa, adik beradik nak bersembang pun senang tak bingit telinga..

Apapun aku doakan agar rumahtangga yang depa bina ni diberkati Allah.. Semoga jodoh panjang berkekalan sampai ke syurga.. Dan semoga yang best2 jaa dalam kehidupan rumahtangga depa.. Amin.. Barokallahulakum Wa Baroka Alaikum Wa Jam'a Bainakum Fi Khoir...

Monday, May 28, 2012

ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT BONUS TAHUN INI

Minggu lepas bila sekalian warga company S berkumpul untuk mendengar taklimat dari pihak atasan dan CEO, ada perkara menarik yang ingin aku kongsikan..

Katanya, "Anda tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus tahun ini kerana:

1. Ekonomi dunia sedang melalui zaman meleset, dimana beberapa negara eropah sedang menuju ke arah kebankrapan seperti Greece, Sepanyol dan Portugal.


2. Ekonomi Malaysia juga mendapat tempiasnya bila keadaan ini berlaku. Walaupun KDNK negara diunjurkan akan naik 5% pada tahun ini, ekonomi dunia yang sedang meleset akan menelan kenaikan tersebut.

3. Syarikat tidak berada dalam sektor industri yang diberi perhatian oleh kerajaan untuk dijadikan pemacu semula ekonomi negara. Dimana kerajaan lebih menumpukan dalam sektor minyak dan gas serta pengangkutan.

Justeru dengan bekerja pada masa ini di syarikat ini anda melakukan 3 kesilapan, iaitu ketiga-tiga diatas. Bersyukurlah kerana kami masih mampu membayar gaji anda pada bulan ini"


Komen aku : PPFFFTTTTTTT!!!!! Hang tak mau bagi bonus cakap je laa.. Tak payah laa kona jauh sangat.. Hadoi....

Sunday, March 18, 2012

BALIK KAMPUNG DENGAN AYANG

Salam semua.. Pa habaq?? hehe

Saja nak kongsi2 sket tentang perjalanan aku balik kampung dengan my ayang (my bike) dari Wangsa Maju, KL ke Penanti, Penang..

Kenderaan : Yamaha FZ150i
Spesifikasi : 150cc dan standard lagi.


Detail perjalanan pulang ke kampung (Sabtu 10/3/12) :

1. Wangsa Maju (mileage : 6540) - 0815 - isi minyak Shell Ron95 RM20 = 10.5L

2. R&r Rawang (mileage : 6578) - 0845

3. Hentian Sebelah Bukit Gantang hala ke utara (mileage : 6800) - 1100 - isi minyak Caltex Ron95 RM20 = 10.5L

4. Tol Sungai Juru (mileage : 6878) - 1200

5. Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (mileage : 6903) - 1230


Detail perjalanan balik ke KL (Selasa 13/3/12)

1. Ara Kuda (mileage : 7051) - 1130

1. R&r Gunung Semanggol hala ke selatan (mileage : 7127) - 1215 - isi minyak Petronas Ron95 RM20 = 10.5L

2. R&r Tapah (mileage : 7266) - 0200

3. Restoran Jenjantas Sungai Buloh (mileage : 7395) - 0345 - isi minyak Shell Ron95 RM20 = 10.5L

4. Wangsa Maju (mileage : 7425) - 0415

Alhamdulillah lancar jaa perjalanan pi dan balik.. Sakit badan?? Tak laa sangat.. Sakit Pun**oq?? haha no komen..

Saja nak try bawa my ayang jalan jauh-jauh.. Coz dalam bulan Mei ni akan ada konvoi Sapura ke Hat Yai, Thailand.. Haha ada bran???

Tuesday, February 14, 2012

LAYAN LAP @ Karak Highway

Ahad lepas, geng-geng Sesat Bikers (Sapura Bikers mostly) ajak wa ride layan lap kat Karak Highway.. Giler laa sporting.. Walaupun moto wa cc kecik ja nak dibanding dengan diorang, tapi masing-masing masuk jaa.. hehe

Kitorang RV kat BH Petrol lepas tol Gombak dan ride layan lap sepanjang Karak Highway dan exit masuk ke pekan Karak untuk menikmati sarapan pagi yang hmm marvellous.. Tambah bsedap bila sarapan ni dibelanja bos-bos (tocey hehe)..

Yang aku nak tergelaknya masing-masing dah macam transformer haa masa makan kat kedai bawah pokok tu.. Dengan full suit masing-masing haha.. Terbaek laa.. Sporting habis..

Paling tak leh blah bila masing-masing "naik syeikh" layan korner kat highway tu, memang betol2 hati kering laa haha.. Ibarat kat bos, "Nak laju boleh, tapi yang penitng kita kena pastikan kita laju dan selamat, jangan main redah ja"..

Tapi yang panasnya, sepanjang-panjang bersembang ada jaa kena bakar suruh angkat motor besar haha.. Mak aih.. Sapa tak panas beb.. haha layankan je laa..

Ni antara motor-motor besar yang wat wa panas je beb.. huih.. Kalau laa dapat (ni citer kalau laa ek haha), memang tiap-tiap minggu wa layan ride.. haha.. Enjoice..

Kawasaki Zx10R - 1000cc - Motor baru Abg Zam (baru sebulan pakai maa)

Yamaha R6 - 650cc - Motor Zul Sapura Crest

Kawasaki Z750 - 750cc - Motor my bos En.Sarifudin

Kawasaki ER6-n - 600cc - Paling win milik Pink Lady, Kak Bunga - Lady Bikers (geng Fauziah Latif)

Sunday, February 12, 2012

LEPAS GERAM @ JJB Badminton Court..


Sabtu lepas, setelah hampir 6 bulan tak main badminton.. Geng-geng bujang (tak kawen lagi) dah lepas geram main badminton kat JJB Badminton Court..


Haha para pesertanya adalah aku sendiri, Hilman, Hilmi (dari sapura), Epul (TM-TC), Bazli dan Apek (Astro Broadcast).. 2 jam kot main lepas geram.. haha


Tapi aku sejam ja pastu terduduk tak main dah haha.. Siot tol..

Apapun yang penting kita bersukan, have fun dan sihat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik..

Monday, October 3, 2011

I'M EAGER TO HAVE ONE




Can't wait to have one.. Still window shopping for more cheaper price and per month credit at shop.. However it will be mine sooner.. Haha.. Come to papa, baby...


Tuesday, September 27, 2011

I'M OFFICIALLY GRADUATED

Salam to all..

Long time no see hehe.. Just want to announce that i have officially graduated from Universiti Teknologi Malaysia last Saturday.. Carrying a degree of Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi)..



So now my name officially is Muhamad Firdaus Bin Yusoff, B.Eng haha.. Poyo rite.. Whatever laa.. It's my happy day.. With family of course and all fellow friends that has work hard to reach to this level of achievement..



I'm just happy to make people that we love happy.. What a gift.. May all the knowledge i receive be blessed by HIM and may my life after this success also in the working field.. And this is not the over of seeking knowledge, May Allah make it easy for us..



New format of standard question that will be ask after this.. Blaja sudah, keja sudah, kawen bila lagi?? haha.. Wait laa, not in this near moment.. Want to enjoy my life for a while and focus on career..



Just want to share a few photos on that day.. Hope u all can enjoy it k.. Peace yo..

Monday, August 8, 2011

DUGAAN RAMADHAN KALI INI

Tidak di sangka kegembiraan untuk pulang bersahur dan berbuka bersama keluarga hujung minggu lepas berubah menjadi yang sebaliknya.. Mak saya di serang gejala HIGH BLOOD PRESSURE too high (hampir kepada strok)..

Bermula dengan mak dan ayah menyambut aku di stesen bas Kulim kira-kira jam 4 pagi, dan sempat bersahur bersama walaupun mak tak makan. Tiba-tiba mak jadi seperti cramp di tangan sebelah kiri..



Terjadi beberapa kali, lalu di bawa ke wad kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. Menjalani CT Scan di Hospital Sungai Petani. Alhamdulillah tiada pendarahan berlaku dan tiada blocking dalam mana-mana saraf di otak..

Cumanya ada beberapa sektor dalam otak dah mati selnya kerana tidak mendapat oksigen. Kemungkinan terjadi disebabkan jantung mengepam darah terlalu cepat, ada oksigen yang tak bleh sampai ke beberapa bahagian otak. Doktor terpaksa menahan mak di wad selama beberapa hari untuk pemerhatian lanjut. Dan mak sekarang sedang ditemani oleh mak chaq..



Alhamdulillah setakat aku balik petang semalam, mak dah boleh bercakap dan makan makanan lembut.. Alhamdulillah takdak apa-apa yang serius secara luarannya.. Tapi doktor perlu meletakkan mak dalam pemerhatian lagi..

Apapun mohon kawan-kawan doakan kesihatan mak saya ye.. Sempga cepat sembuh dan pulih seperti dulu.. Jazakallah hu khoiran kathira..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK