Showing posts with label POLITIK PANAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK PANAS. Show all posts

Friday, August 15, 2014

NARATIF PERISTIWA PEMECATAN MB SELANGOR

Kepada yang masih terpinga2 dgn isu mb selangor ni mai aku kisahkannya buat tatapan semua.

Ceritera sebermula dr pru lepas lagi. Bilamana pakatan sudah tidak senang dgn pentadbiran khalid sebagai mb. Makanya pkr mencadangkan azmin sebagai mb baru Selangor. Tp tup2 bila time nak lantik mb, sultan perkenan utk khalid meneruskan jawatan. Dan khalid pun sudah berjanji dgn pkr yang ini penggal terakhir dia sebagai mb.

Tapi makin lama makin banyak keputusan2 yg khalid buat semakin tak menyenangkan pakatan dan memberi untung pada musuh politik pakatan diselangor. Seperti isu air, isu lebuhraya kidex, isu pengurusan sampah dll.

Maka KAJANG MOVE digerakkan selepas usaha memujuk khalid utk beri laluan kepada orang lain jd mb x dilayan. Mulanya azmin disebut2 sebagai calon. Tp khalid dah pecat dia dr jawatan ceo perbadanan menteri besar dan pkns. Lg laa pkr marah sedangkan azmin adalah pengerusi pkr negeri. Maka anwar dicalonkan utk jd mb supaya khalid sedikit lembut memandangkan hubungan baik antara mereka.

Tapi anwar pulak disabitkan bersalah oleh mahkamah rayuan berhubung kes liwat yang mana menyebabkan dia hilang kelayakan utk bertanding. Sudahnya wan azizah diminta menggantikan anwar kerana dia presiden parti. Bukan isteri anwar.

Pkr menulis surat tunjuk sebab kepada khalid dan meminta dia berundur secara terhormat tp tak diendahkan. Sudahnya pkr mengambil keputusan untuk memecat keahlian beliau dan sekaligus menjadikan dia sebagai mb tanpa parti.

Cerita tak abis di situ bilamana khalid memohon mengadap sultan dan sultan perkenan dia utk terus menjalankan tugas sebagai mb sehingga sidang dun nnt berikutan dia percaya dia punya sokongan majoriti dun. Ini terjadi bila presiden pas sendiri mengumumkan utk terus mengekalkan khalid sebagai mb n mengarahkan semua adun pas utk sokong khalid sehingga badan induk bermusyawarah 17 ogos nnt. Tambah parah bilamana majlis syura ulama pas buat ketetapan utk PAS sokong khalid melalui mursyidul amnya Tuan Guru Nik Aziz.

Situasi makin kelam kabut bila mana khalid pecat semua exco dr pkr dan dap kerana mereka "tidak dapat bekerjasama dgn pasukan mb", dan mengekalkan exco2 dr pas.

Situasi berubah bilamana semalam 30 adun, 2 dr pas 15 dr dap dan 13 dr pkr menyatakan sokongan kepada wan azizah sbg mb yang baru. Menidakkan dakwaan khalid yang dia masih punya majoriti dun. Maka dgn itu wan azizah mengutus surat kepada sultan selangor utk mempersembahkan perkara ini. 30 dr 56 adun selangor menyokong wan azizah.

Setakat tu saja kisah ini. Babak2 seterusnya akan jadi lebih menarik aku rasa hehe

Monday, January 16, 2012

Ulasan Kes Dr.Hassan Ali dan DSAI

Salam to all.. Semoga sihat selalu hendaknya..

Aku merasa terpanggil untuk mengulas dua isu politik yang aku rasakan hangat diperkatakan dalam seminggu dua ni.. Dua isu yang saling berkait antara satu sama lain..

1. Pemecatan Datuk Dr.Hassan Ali dari PAS.


Ahad lalu mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat telah bermesyuarat dan secara Syura telah memilih untuk memecat keahlian mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Gombak Setia yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangir dalam Hal Ehwal Islam dan Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr.Hassan Ali..

Ini ekoran beberapa kenyataaan kontroversi beliau tentang isu-isu hangat negara terutamnya yang menyentuh tentang 3 tonggak yang beliau perjuangkan iaitu Islam, Melayu dan Rajja-raja Melayu..


Dan yang terakhir adalah akibat seruan beliau yang menuntut supaya rakyat khususnya penyokong pakatan rakyat tidak turun ke perhimpunan 901, dan sehari sebelumnya jawatankuasa PAS Pusat mengambil keputusan drastik ini untuk memecat beliau..

Pada aku keputusan ini sangat drastik walaupun track record Datuk Dr.Hassan Ali beberapa kenyataan kontroversi telah beliau buat bermula sejak dari UG (United Goverment) atas Kerajaan Perpaduan saat Pakatan Rakyat berjaya menafikan hak 2/3 BN di Parlimen..


Dan pada Datuk Dr.Hassan Ali sendiri perlu beringat, dalam jemaah keputusan dibuat secara kolektif dan pendapat persendirian selalunya tidak dilayan.. Bukan bermaksud sudah hilang demokrasi atau hak bersuara di dalam PAS namun itu adalah peraturan biasa sesebuah pertubuhan.. Jika YB Datuk sudah tidak sehaluan, dipersilakan keluar mencari wadah baru..

2. Pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat.


Mahkamah Tinggi Malaysia sudah membuat kejutan kepada sekalian penyokong DSAI yang menjangka beliau akan dipenjarakan atas pertuduhan liwat versi II ini, namun telah melepaskan beliau kerana bukti DNA yang berada dalam D*B*R Saiful Bukhari tidak ada sokongan dari bukti-bukti lain..

Justeru Hakim Zabidin Muhammad Diah telah membuat keputusan untuk membebaskan beliau.. Dan keputusan ini disambut dengan penuh rasa syukur oleh sekalian penyokong Pakatan Rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat bahawa keadilan dalam sistem kehakiman negara belum mati..


Apapun peristiwa ini telah dicemari dengan video Muslimat PAS dan Serikandi PKR bernyanyi bergembira menyambut keputusan ini.. Walaupun belum sampai ke tahap melampau namun amat tak manis dipandang..

Tapi jangan terlalu gembira kerana kemungkinan pihak pendakwaraya akan membawa kes ini ke mahakamah tinggi rayuan.. Jika ini berlaku aku amat yakin dan percaya bahawa peristiwa seperti kes perebutan kuasa legistatif di Perak akan berulang semula...

Sekian je laa komen aku.. Jumpa lagi di masa akan datang..

Monday, January 31, 2011

BN KEKALKAN KERUSI DUN TENANG

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas menewaskan calon Pakatan Rakyat (PAS), Normala Sudirman, 38, dengan majoriti 3,735 undi..



Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi.

Sedikit Ulasan..

1. Aku melihatkan yang perjalanan proses pilihanraya kecil Dun Tenang adalah setenang namanaya sebermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.. Tiada inseden-inseden yang buruk berlaku cuma adalah sikit dimana-mana..

2. Cuman agak terkilan dengan beberapa isu yang dimainkan oleh BN yang mana melibatkan amalan agama calon PAS. Seorang muslimat mahu melaksanakan hukum syariat yang ditetapkan Allah kepadanya, dan berpegang kepada prinsip itu telah di ejek. Ini jika tidak dibendung bisa membawa ketidastabilan dalam negara.

3. Isu sesensitif seperti isu agama wajar dikesampingkan dari menjadi modal politik ketika berkempen. Dan langkah mereka yang cuba membendung isu ini dari terus besar wajar diberi pujian.

Apapun berjumpa lagi di PRK Dun Merlimau pulak lepas ni.. Beruntung orang Merlimau kerana bisa dijanjikan dengan bantuan berbilion-bilion ringgit..

Sumber dari MALAYSIAKINI dan KERENGGA

Wednesday, April 28, 2010

PEMIMPIN DAN KUASA



Rasulullah S.A.W pernah bersabda.. Setiap dari kamu adalah pemimpin.. dan setiap pemimpin akan bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya..

Kata bijak pandai.. Kalau mahu tahu sifat sebenar seseorang pemimpin, berikan dia kuasa untuk memerintah, nescaya kamu akan tahu perangai sebenar mereka..

Kata bekas Presiden Amerika, Sir Roosevelt.. tidak pernah ada kebetulan dalam politik.. yang nampak seperti kebetulan sebenarnya suda dirancang..



Di atas adalah beberapa petikan dari kata2 orang yang pernah hidup dan telah mengharungi suka duka kehidupan.. yang telah mengenal sepak terajang dalam perjuangan dan telah berjaya menjadi pemimpin umat yang sejati..

Takut sekali apabila membaca kes-kes yang terjadi yang melibatkan kes-kes politik berprofil tinggi lewat kebelakangan ini.. Bila pemimpin yang diberi amanah mula mengkhianati perjuangan..

Kerana itulah perlunya kita kepada memilih pemimpin yang betul-betul boleh memimpin.. Bukan setakat tangkap muat sahaja.. Bukan yang setelah mendapat kuasa mula menunujukkan taring mereka yang sebenar..

Sebelum dapat kuasa, janjinya masya Allah indah belaka.. Bila sudah mabuk kuasa, hilang sudah semua punca.. Yang difikirkan hanya bagaimana mahu mengaut harta.. dan bagaimana mahu terus kekal berkuasa..

kata Saidina Umar.. Sebelum kamu memimpin, tuntutlah ilmu ntuk memimpin..

Maka untuk jadi pemimpin perlu punya ilu.. Dan keilmuan tidak di ukur dengan tingginya pelajaran mereka, dengan berapa banyak ijazah mereka, tetapi di ukur dengan pengamalan sebenar terhadap ilmu yang mereka ada..

Pemimpin dan kepimpinan adalah perkara yang sama tapi sebenarnya berbeza.. Dan semuanya perlu kepada istiqamah dengan tujuan asal sesebuah perjuangan.. Pemimpin perlu sedia menegur dan ditegur.. Berani menyatakan kebenaran.. dan Berlapang dada dalam menerima kritikan..

Jangan pernah sombong membangga diri kerana semua yang kita ada pada hari ini adalah milik Allah.. Tak selamanya kita berkuasa.. Dan kita pun bukan boleh nak menongkat langit..

nota kaki :-

orang miskin kata : apa laa yang kita nak makan..

orang kaya kaya : kat mana laa kita nak makan..

orang politik kata : sapa laa yang kita nak makan..

Thursday, March 18, 2010

Ong Ka Ting sahkan bertanding Presiden MCA

Bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan 28 Mac ini.

Ka Ting berkata keputusannya itu berdasarkan dorongan yang diberikan oleh perwakilan parti itu, ahli-ahli veteran dan juga ahli biasa yang mendesaknya 'menyelamatkan' MCA.

"Paling penting, saya percaya gesaan mereka didorong oleh cinta mereka kepada parti dan ingin melihat kemelut dalaman parti yang berlarutan sekarang ini berakhir.

"Kepada semua anggota parti yang prihatin dan sayangkan parti, saya kata, saya dapat dengar dengan lantang dan jelas.

"Oleh itu, saya ingin mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan Presiden MCA bagi pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


sumber : malaysiakini


ulasan :


- politik MCA makin lama makin bercelaru sehingga memaksa bekas presidennya yang telak meletak jawatan secara sukarela ekoran prestasi hambar MCA pada pilihanraya MAC 2008, bertanding semula jawatn nombor satu MCA itu.

- sekarang undi perwakilan MCA seramai 2000 orang itu terbahagi kepada 3, iaitu 800 orang bersama bekas menteri kesihatan yang meletak jawatan kerana skandal seksnya yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, 600 lagi bersama dengan Presiden MCA sekarang yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan 600 orang lagi bersama Menteri kesihatan sekarang yang juga Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. (menurut satu sumber)

- dan kemuncak sengketa ini adalah apabila sebahagian besar MT MCA meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula pucuk pimpinan parti yang dipercayai akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru pada 28 MAC ini...

- masing-masing sedang menjalankan kerja masing-masing untuk meraih undi. kita tunggu dan lihat sajalah, maleh aku nak komen lebih2...


** sindir menyindir..

orang miskin : "apa kita nak makan?"

orang kaya kata : "kat mana kita nak makan?"

orang politik kata : "sapa kita nak makan?"

hehehehehehe



Tuesday, February 9, 2010

ZAMBRY KEKAL MB PERAK..


Petikan dari MSTAR

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.


petikan dari MALAYSIAKINI

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.


ULASAN:
-
setelah sekian lama berjuang menunutut keadilan bagi pihak dirinya, hari ini keputusan hakim telah memberi tamparan 5-0 buat dato' seri nizar jamaludin sekaligus memberi kemenangan kepada dato' seri zambry..

- sebagai orang luar perak, aku pun tak tau nak sokong atau tak, cumanya penyokong2 PR janganlah pulak amik inisaitif untuk buat apa2 yang melanggar undang2, dan aku rasa dato' seri nizar pun takkan duduk diam.

- cuma aku rasa cukup2 laa tu, biaq la BN perintah pun, PR tunggu laa dalam pilihanraya nanti sebab hampir selama Dato' seri zambry menjalankan tugas ni, Perak dalam keadaan tak menentu.

-jadi aku berharap semua pihak dapat amik ni sebagai pengajran, sudah2 laa, cukup2 laa, bagi peluang untuk Perak terus maju..

Monday, April 13, 2009

SENARAI PENUH KABINET 2009

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(muka baru)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(muka baru)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah (Senator)

+/- Read More



MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Senator)

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman (muka baru)

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (muka baru)

Timbalan:

Datuk M.Saravanan


sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/9/mstar_berita/20090409160613&sec=mstar_berita

Wednesday, March 4, 2009

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

Dharmala NS
Wed | Mar 04, 09 | 11:11:18 am MYT

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Iklan

Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA) _


sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19689&Itemid=1

Sunday, February 15, 2009

KARPAL MASUK GUINESS WORLD RECORD..

Peguam Karpal Singh satu-satunya warga Malaysia telah diistiharkan sebagai manusia yang paling banyak mendapat laporan polis dilakukan terhadap dirinya.

Ajensi-ajensi berita luar negara telah melaporkan bahawa wakil Rakyat dari Pulau Pinang ini bukan sahaja telah melintasi Book of Record Malaysia tetapi telah mencatatkan namanya dalam World Guiness Book of Records.

Hingga ke hari ini rekod Yang Berhormat dari Bukit Gelugor ini masih unggul dan mungkin akan bertahan untuk beberapa dekad.

Tercatitnya nama Karpal Singh ke dalam World Guiness Book of Record ini pasti akan mengharumkan lagi nama Malaysia. Ianya juga akan membawa lebih banyak pelancung untuk datang melawat Malaysia.

Ajensi Berita juga telah melaporkan beberapa Ngo Bumiputera dari Malaysia telah meminta World Guiness Book of Record agar 30% rekod-rekod yang dirakamkan oleh badan antarabangsa ini hendaklah di khaskan untuk Bumiputera sahaja. ( TT)

SUMBER : http://tukartiub.blogspot.com/2009/02/warga-malaysia-pertama-masuk-world.html

ULASAN...

hehe satu lago kejayaan yang telah dicapai oleh insan bernama Karpal Singh.. tahniah hehe

Tuesday, February 10, 2009

CUKUP - CUKUP LAA TU

CUKUP-CUKUP LA TU..

RISAU.. SUNGGUH AKU RISAU..

Risau dengan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia ni.. 24 jam sehari, 7 hari seminngu asyik berpolitik terutamanya yang Melayu ni. Ditengah-tengah kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang ni, pemimpin-pemimpin politik kita masih lagi leka dan asyik bermain politik. Ketika mana negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan sebagainya sibuk memikir dan merancang pelan persediaan mereka bagi menghadapi bahang kejatuhan ekonomi Amerika dan Eropah, pemimpin-pemimpin kita masih lagi terus-terusan bemain soal politik..

CEPAT LA BERTINDAK..

Semasa Presiden George W.Bush blum bersara dahulu, beliau telah mengumumkan pelan untuk menyelamatkan ekonomi Amerika yang bernilai USD700 bilion. Dan kemudiannya apabila Barack Hussein Obama naik mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden kulit hitam pertama negara uncle sam itu, beliau menambah suntikantersebut kepada lebih USD800 bilion. Sedangkan kita di Malaysia, pemgumuman Menteri Kewangan untuk memberi RM7 bilion pada permulaannya dan kemudian ditambah lagi kepada RM10 bilion. Sedangkan memetik kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata bahawa jumlah itu hanya bagai ‘lekat celah gigi’ je.. Negara memerlukan sekurang-kurangnya RM35 bilion. Perlu diingat Tun adalah Perdana Menteri Malaysia yang telah mengetuai Malaysia mengharungi dua kali kemelut kegawatan ekonomi iaitu pada 1988 dan 1997 dan berjaya.



APA ITU KRISIS SUB-PRIMA..

Kegawatan ekonomi ini berpunca dari krisis sub-prima yang berlaku di Amerika. Apa itu krisis sub-prima? Menurut kawan aku la yang blaja ekonomi. Krisis sub-prima ni bermula apabila bank-bank pemodal tamak dan mahu mengaut keuntungan maksimum dengan menberi pinjaman sebanyaknya kepada rakyat Amerika. Perlu diingat kelembapan ekonomi di Amerika bermula sejak 2004 lagi, dimana jumlah pengangguran meningkat tinggi. Dan kemudiannya bank-bank menawarkan pinjaman kepada rakyat dengan tujuan untuk mengaut keuntungan
dari bayaran bunga.

Namun apa yang terjadi ialah orang ramai tidak mampu untuk membayar semula pinjaman kepada bank. Lalu bank menghadapi masalah nak role duit mereka dan akhirnya membawa kepada kebankrapan dua syarikat pemodal besar Amerika Lehmans Brother dan apa ntah lagi satu hehe. Dan apabila institusi kewangan jatuh, apa sahaja institusi yang berkait rapat dengan mereka akan turut jatuh. Sepertimana jatuhnya syarikat insurans terbesar eropah AIG. Dan kita lihat institusi permotoran seperti Fords, perumahan dan sebagainya turut menerima tempiasnya. Itulah krisis sub-prima. Institusi sampingan kepada yang utama iaitu bank akan turut menjadi mangsa kebuasan nafsu golongan pemodal yang menjunjung sistem ekonomi kapitalis.



KISAHNYA BERMULA..

Pakar meramalkan kita Malaysia akan mula merasai kesan krisis ini sekita suku ketiga tahun ini. Namun yang menghairankan kita, bagaimana Menteri Kewangan dan Bank Negara boleh mengunjurkan indeks pertumbuhan ekonomi negara kepada angka 1.5 % sebelum ditambah oleh Perdana Menteri kepada 3.5 %. Sedangkan negara seperti Jepun yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia mengunjurkan indeks pertumbuhan ekonomi 0 % dan Singapura pula mengunjurkan indeks pertumbuhan ekonominya adalah negatif. Kedudukan Malaysia dari segi indeks kemasukan pelaburan asing jauh ketinggalan di Asia sendiri. Kalau dulu kita dalam kedudukan 10 terbaik, sekarang berada dikedudukan ke-25, jauh ditinggalkan Singapura dan Thailand. Malahan Vietnam dan Indonesia juga telah mengatasi kita. Macam mana tu? Sedangkan dulu Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan adalah setanding.

AMBILLAH IKTIBAR DARI SEJARAH..

Pakar juga turut meramalkan krisis ekonomi yang melanda kali ini, kesannya adalah lebih teruk dari krisis ekonomi tahun 1929. Bila mana kita lihat ekonomi eropah jatuh merudum. Lalu dicarinya mereka kambing hitam. Lalu dituduhnya pemodal Yahudi sebagai puncanya. Maka Eropah mengambil langkah drastik untuk menghalau Yahudi keluar dari negara masing-masing. Manakala Jerman pula melakukan pembunuhan beramai-ramai puak Yahudi dalam peristiwa yang di panggil Holocaust. Dianggarkan kira-kira 6 juta Yahudi telah dibunuh dan harta benda mereka dirampas. Lalu terjadilah Perang Dunia Yang Pertama (WW 1). Dan ketika mana ekonomi Amerika diambang kejatuhan, Presiden George W. Bush mengmbil tindakan menyerang Afghanistan dan Iraq, sebagai langkah menutup perhatian dunia kepada krisis ekonomi mereka, atas nama ‘Perang Menentang Keganasan”. Lalu apakah yang bakal terjadi pada krisis ekonomi kali ini. Sedang kita masih leka bermain politik.

Mengambil sedikit kesimpulan dari apa yang telah aku tulis kat atas ni. Ambillah pengiktibaran dari sejarah. Berhentilah dari terus berpolemik menyedapkan hati rakyat. Cukup-cukup la menggula-gulakan rakyat dengan peruntukan ntah apa-apa ntah tu. Sepatutnya pemimpin perlu mengajak rakyat bersama-sama mengharungi badai krisis ekonomi kali ini. Dan perlu memikir dan merancang bersama-sama dengan pelbagai pihak termasuk dari pembangkang bagi menyediakan pelan terbaik bagi menghadapi krisis ni untuk kesejahteraan bersama. Sudah-sudah la dengan retorik ‘Saya Bekerja Untuk Rakyat’. Rentikanlah sudah semua kenyataan politik yang mana rakyat semakin hari semakin meluat nak menelannya..Sudah sampai masanya kita bertindak dari terus berkata-kata yang mengambil hati dan tiada faedah tu.

telah berfirman Allah dalam surah ar-ra'du ayat 11:-
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.."

CUKUP-CUKUP LAA TU.. SUDAH-SUDAH LAA..

Sunday, February 8, 2009

TUMBANGNYA DEMOKRASI DI PERAK..

Kecoh sungguh seminggu dua kebelakangan ni dengan keadaan politik tidak menentu di Perak yang dilanda kekalutan yang MAHA KELAM KABUT. Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah ditumbangkan oleh BN yang telah apa yang didistilahkan sebagai mengamalkan politik ‘pintu belakang’.

Kekalutan ini bermula apabila ADUN Bota, Nasarudin telah dengan tiba-tiba melompat parti dari parti UMNO ke PKR pada 25 Januari yang lalu. Dan kemudian, berita dua tiga hari selepas itu telah mengutuk tindakan yang dibuat oleh ADUN Bota terbabit. Dia telah dikecam hebat oleh ‘gerombolan’ (pinjam bahasa Hishamudin Rais - merujuk kepada UMNO) kononnya tidak mempunyai semangat perjuanagan, lupa daratan dan pelbagai lagi cemuhan. Sementara di pihak Pakatan Rakyat pula telah menyambut kedatangan ADUN Bota bagai pahlawan baru balik dari memenangi perang. Masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ini makin ramai yang akan melompat parti. Kecoh terus BN di Negeri Sembilan dan Melaka.




Dalam masa yang sama,dua ADUN dari PKR telah menghilangkan diri selama 5 hari tanpa dapat dikesan. Harus diingat bahawa mengikut undang-undang, seorang ahli parlimen atau ADUN tidak boleh menghilangkan diri tanpa khabar berita tidak lebih dari 24jam. Lalu Speaker DUN Perak telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ADUN oleh ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering kepada Suruhanjaya Pilihanraya bagi memohon diadakan Pilihanraya Kecil di dua DUN terbabit. Namun tiba-tiba sahaja ADUN Behrang tampil membuat kenyataan akhbar bahawa surat perletakan jawatan beliau adalah tidak sah. Alasannya kerana menghilangkan diri sehingga memaksa MB Perak, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaludin membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka berdua, adalah kerana mendapatkan rawatan sakit belakang di Pahang. Ironinya ada ke specialist sakit belakang di Pahang?

Kemudiannya Suruhanjaya Pilihanraya mengisytiharkan bahawa surat perletakan jawatan dua ADUN terbabit adalah tidak sah. Walhal sebenarnya tugas mengesahkan surat terbabit adalah adalah tugas Mahkamah dan bukannya Suruhanjaya Pilihanraya. Dan rupa-rupanya ada seorang lagi ADUN Jelapang dari DAP turut menghilangkan diri sejak dari Tahun Baru Cina lagi. Menambahkan kekecohan di Perak apabila secara tiba-tiba sahaja Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Negeri Perak, Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali telah meletakkan jawatannya dan dipangku oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Yang kemudiannya melantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Agama, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Negeri Perak.



Suasana kecoh ini dihangatkan lagi dengan khabar angin bahawa ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat itu akan keluar parti. Menyedari keadaan terbabit, dengan penuh rasa tanggungjawab, MB Perak cuba memohon perkenan DYMM Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Dan pada hari yang sama, ketiga-tiga ADUN terbabit telah berjumpa dengan Dato’ Seri Najib dan bertindak keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas dan memberi sokongan kepada BN di Putrajaya. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah tindakan ADUN Bota yang baru 11 hari melompat parti, membuat turning back kepada UMNO. Kita curiga akan motifnya. Lalu Timbalan Perdana Menteri itu memohon mengadap DYMM Sultan Perak untuk memohon bahawa dibuat kerajaan baru di Perak kerana BN telah memperoleh majoriti mudah.Dan kemudiannya ADUN Pangkor, Dato’ Dr. Zambry telah menangkat sumpah sebagai MB Perak yang ke-11.

Suasana kecoh ini bertambah gamat apabila ribuan rakyat Perak dan penyokong Pakatan Rakyat telah mengadakan protes dan tunjuk perasaan selepas solat jumaat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar bagi menghalang kenderaan rasmi pegawai istana dan Raja Muda Perak dari memasuki kawasan istana. Lalu terjadilah pergelutan antara penyokong Pakatan Rakyat dan Pasukan Polis Simpanan (FRU) yang membawa kepada penahanan 9 orang penunjuk perasaan. Dan MB Perak pula terus berdegil enggan melepaskan jawatan dan telah ‘memohon derhaka’ dari DYMM Sultan Perak untuk terus menjalankan tugas sebagai MB Perak sehingga mahkamah memutuskan kes ini. Dan kemudiannya Barisan EXCO kerajaaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah diminta mengosongkan (baca sebagai dihalau keluar) bilik masing-masing dan diiring keluar oleh Ketua Polis Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Lalu menambah minyak pada suasana panas ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak kerana tidak menggunakan kuasa baginda untuk memanggil pembubaran DUN Perak.

PERSOALANNYA :
1-Selama ini belum pernah terjadi di Malaysia, ahli parlimen atau ADUN dari BN melompat parti ke pembangkang. Yang ada adalah dari pembangkang ke BN. Mengambil contoh pada pilihanraya 1974, kerajaan PAS Terengganu yang baru sahaja memenangi pilihanray telah ditumbangkan apabila 5 orang ADUN melompat ke UMNO. Dan pada pilhanraya 1994, kerajaan PBS di Sabah Yang baru berusia 3 minggu tumbang apabila hampir separuh dari ADUN mereka melompat ke BN sehingga memaksa Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan Malaysia di Britain namun gagal dan akhirnya PBS masuk menyertai BN.

2-Ironinya dua ADUN PKR yang bertindak keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas, adalah sedang dalam perbicaraan kes rasuah dalam projek pembinaan di Bandar Seri Iskandar yang bernilai RM180 juta. Sehingga ada yang mengaku menerima habuan rasuah seks sebagai ‘sedekah’. Dan tak berapa hari lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan. Jadi ini menambahkan lagi kecurigaan ramai tentang tujuan sebenar mereka melompat parti. Sehingga mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa tidak sepatutnya BN menerima orang yang ‘tidak bersih’ ini. Dan kalaulah mereka ini dibebaskan atau digugurkan kes, maka apakah tanggapan rakyat tentang pengarug pemerintah terhadap sistem kehakiman?

3-Dan pada awal bulan Mac ini, akan diadakan Pemilihan Agung UMNO yang telah tertangguh sejak September lalu. Dan Timbalan Presiden UMNO pastinya mahu menaikkan semula nama beliau setelah dikalahkan dalam dua Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu. Dan setelah parti UMNO dilanda kemelut politik wang (baca sebagai rasuah) sehingga memaksa Suruhanjaya Pencegahan Rasua Malaysia, SPRM (dulunya BPR) turut campur tangan apabila kes ini tak terbendung lagi. Ini membuka pekung didada UMNO yang semakin dihimpit krisis kepimpinan yang baik dan demam belum kebah akibat kehilangan banyak kerusi dalam PRU-12 yang lalu.

4-Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditubuhkan setelah apabila ADUN-ADUN dari DAP (18 kerusi), PKR (7 kerusi) dan PAS (6 kerusi) yang membentuk majoriti mudah, menewaskan BN dengan UMNO (27 kerusi) dan MCA (1 kerusi). Majoriti mudah 31-28. Ini adalah hasil sokongan penuh rakyat Perak yang bukan melayu kepada pembangkang. Sekaligus keputusan DYMM Sultan Perak ini menafikan suara rakyat bukan melayu Perak. Harus diingat bahawa dalam PRU-12 lalu,rakyat bukan melayu telah menolak BN lalu memberi kemenangan agak besar kepada PAKATAN RAKYAT. Dan pada PRK Permatang Pauh, rakyat melayu dan cina telah memberi kemenangan besar kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sehingga membolehkan mantan Timbalan Perdana Malaysia itu melangkah semula ke Bangunan Parlimen Malaysia dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Dan dalam PRK Kuala Terengganu yang lalu rakyat Cina telah memberi undi mereka kepada PAS.

5-Mengapa gerombolan tak mahu mengadakan pilihanraya semula di DUN Perak? Kerana harus diingat BN tewas di Perak sebelum kenaikan harga minyak dan harga barang. Jadi kalau diadakan pilihanraya dalam keadaan suasana semasa ini, ada kemungkinan BN akan tewas dengan majoriti kerusi yang lebih tinggi kerana ada 10 DUN yang dimengani BN dalam PRU-12 yang lalu telah mendapat undi majoriti tidak melebihi 1000 undi.

6-Penafian undi dan suara rakyat India di Perak kerana tidak ada suara rakyat india dalam barisan exco BN nanti kerana semua calon MIC telah dikalahkan dalam PRU-12 yang lalu. Sedangkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat ada 3 orang. 2 orang exco,masing-masing dari DAP dan PKR dan seorang speaker DUN Perak dari DAP. Jadi bagaimana BN Perak mahu mengisi kelompangan ini.

7-Tidak timbul isu menderhaka kepada sultan dan raja-raja melayu kerana tindakan Pakatan Rakyat adalah hanya menuntut hak mereka. Kita menjunjung konsep Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang membawa maksud raja juga turut tertakluk kepada perlembagaan. Jadi biarlah mahkamah yang menentukan kes ini. Harus diingat bagaimana pada tahun 1988 berlaku krisis kehakiman dan pada tahun 1990 berlaku krisis antara UMNO dan Raja-Raja Melayu yang menyaksikan institusi diraja telah dicabut kekebalan mereka. Ini menyaksikan UMNO terpecah kepada dua iaitu team A dan team B yang membawa kepada penubuhan Parti Semangat Melayu 46 (Semangat 46) yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalannya Dato’ Seri Rais Yatim. Dan Raja-Raja Melayu telah memberi sokongan kepada S46 ini sehingga membolehkan pembangkang merampas Kelantan dalam PRU tahun 1990 kerana Tengku Razaleigh adalah berdarah keturunan raja.

Seterusnya sama-sama kita tunggu dan lihat apa akan terjadi kepada kerajaan negeri Perak.Kerana rakyat pastnya sedang memerhatikan dan seterusnya akan membuat keputusan dalam PRK Pensiangan, Sabah bilamana mahkamah mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding calon BN sebagai tidak sah. Dalam dalam pilihanraya negeri Sarawak yang bakal menghadapai pilihanraya pada tahun 2011. Dan seterusnya dalam PRU-13 nanti. Sama-sama kita hayati Firman Allah ini :-

“Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka, Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu, Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu, Ditangan Mu (wahai Allah) segala Kebaikan dan Kekayaan, Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap sesiapa sahaja, Engkau menabirkan siang dengan malam, Dan malam pula Engkau menabirkannya dengan siang, Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang mati dari sesuatu yang hidup, Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang Engkau mahu”

Monday, February 2, 2009

URUTAN PERISTIWA DI PERAK SEJAK 25 JANUARI

SIDANG akhbar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ipoh semalam.



BERIKUT ialah perkembangan politik di Perak khususnya yang berkaitan dengan tindakan dua ADUN PKR melepaskan jawatan masing-masing. Maklumat di bawah adalah sejak 25 Januari lalu selepas ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat dan PKR.




--------------------------------------------------------------------------------




[URUTAN SEMASA SEJAK 25 JANUARI]:


1 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.


1 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.


1 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.


Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.


1 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.


Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.




1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.


1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.


1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.


1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.


1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.


31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.


30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.


29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.


25 JANUARI: Di KUALA LIMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.


SUMBER : http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/2/mstar_berita/20090202151444&sec=mstar_berita

Tuesday, December 9, 2008

PKR: Hayati mandat Kongres 2008

Oleh Nazeri Samad

Kira-kira 2,000 perwakilan PKR yang menghadiri kongres 2008 selama tiga hari di Shah Alam, Selangor sudahpun kembali ke tempat masing-masing. Kongres 2008 yang berlangsung pada 28-30 November lalu telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam yang turut dihadiri oleh ribuan pemerhati dari seluruh negeri.

Kongres yang bertajuk `Harapan Baru’ pastinya memberi impak yang cukup positif kepada para perwakilan dihayati dan diterjemahkan di kawasan masing-masing. Kritikan, cadangan dan pelbagai ide yang dilontar sama ada dari kalangan perwakilan mahupun kepemimpinan PKR sendiri telah dirumus untuk dilaksanakan dengan segera.

Apa yang lebih menarik, Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berdiam diri. Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke Terengganu untuk berceramah di masjid Rusila. Dia menemui pimpinan PAS negeri termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mustafa Ali.

Apa yang menarik dan perlu dihayati dengan nada segera hasil dari kongres 2008 PKR ini adalah ucapan dasar dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali. Beliau berucap dalam perasmian kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan.

Dalam ucapan tersebut, tiga perkara yang disifatkan sebagai tunggak kepada kekuatan PKR dan gabungan Pakatan Rakyat. Pertama adalah peringkat keahilan, kedua peringkat organisasi dan ketiga adalah peringkat Pakatan.

Menyebut perkara yang ketiga iaitu di peringkat Pakatan, Dr Syed Husin Ali menyebut betapa perlunya diwujudkan pemaufakatan antara parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dengan kadar segera terutama di kalangan genarasi muda dan wanita.

“Di peringkat pimpinan nasional, terdapat kerjasama antara parti yang agak rapat terutama kita mempunyai majlis pimpinan PAKATAN yang sering bertemu untuk membincangkan pelbagai soal hubungan parti dan bermacam masalah yang dihadapi rakyat dan negara.”

Katanya, beberapa buah negeri dan bahagian telah berjaya mengadakan Majlis Pakatan negeri dan permaufakatan Bahagian. Kadar kejayaan kerjasama mereka berbeza-beza. Tetapi ada negeri dan bahagian yang belum menubuhkan lagi.

“Saya lihat di peringkat wanita dan Angkatan Muda sudah ada kerjasama dalam beberapa hal dan komponen lain dalam Pakatan. Namun organisasi atau struktur yang formal belum kelihatan utuh lagi. Saya harap ini dapat dibangunkan segera supaya lebih banyak aktiviti bersama dapat diadakan di dalam pelbagai bidang dan atas bermacam-macam isu. Ini sekaligus boleh memperkuatkan perpaduan dan mengurangkan percanggahan di antara mereka di samping membantu memperkukuh kedudukan kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan. Peranan serta sumbangan Wanita dan Angkatan Muda penting dan dialu-alukan” katanya lagi.

Dr Syed Husin juga melahirkan rasa khuatir dengan pelbagai serangan yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik terutamanya yang dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional. Antara lain dia menyentuh, sekarang ini pimpinan Pakatan di lima negeri sering dikritik dan diburuk-burukan oleh media yang hampir semua di miliki atau dikuasai oleh Umno/BN atau nomini mereka.

“Sebagaimana yang disebut lebih awal mereka tidak henti-henti menjalankan propaganda untuk memburukkan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan pemerintah di negeri bawah Pakatan. Jikalau boleh mereka hendak menjatuhkan Menteri Besar atau Ketua Menteri serta negeri-negeri ini dan merampas semula kuasa. Mereka pasti akan gagal apabila pimpinan pemerintahan Pakatan berjaya menjalankan tugas untuk membela rakyat dan meningkatkan taraf ekonomi, sosial dan kerohanian mereka” katanya.

Para pemimpin dan ahli gabungan Pakatan Rakyat di setiap peringkat cawangan, bahagian dan negeri sewajarnya mengenepikan masalah dan kepentingan peribadi dengan kadar segera. Masalah kecil tidak perlu diperbesarkan. Masalah besar perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Ini penting kerana setiap tindak tanduk ahli dan pimpinan dari parti-parti gabungan Pakatan Rakyat akan dinilai oleh para pengundi dan para penyokong masing-masing. Rakyat terutamanya di lima buah negeri yang dikuasai gabungan Pakatan Rakyat sudah memberi mandat dan kuasa untuk membela nasib mereka.

Selain itu, para pemimpin gabungan Pakatan Rakyat juga tidak terlalu terbawa-bawa dengan ideologi kepartian masing-masing sehingga ke tahap penuh emosional. Setiap tindakan perlu dilakukan secara berhemah dan berhati-hati agar tiada mana-mana ahli dan parti yang luka dan rakyat menderita.

Contohnya beberapa tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin kerajaan di negeri Selangor telah menimbulkan dilema kepada parti yang lain. Ini juga telah disebut dengan tegas oleh Ketua Pemuda AMK dalam ucapan dasar pemudanya. Segala-galanya perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.

Oleh yang demikian, permaufakatan di peringkat bahagian perlu dilakukan dengan segera. Masih banyak ruang yang diberikan oleh kerajaan Negeri sehingga memberi laluan kepada Umno-BN untuk menabur fitnah dan kritikan melulu.

Sememangnya pandangan Dr Syed Husin banyak kebenaran dan perlu diterjemahkan dengan kadar segera.Selepas kejayaan Anwar dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, ujian kini bertumpu di Kuala Terengganu. Sebagaimana kepimpinan PAS bertungkus lumus membantu kemenangan Anwar di Permatang Pauh, diharap peranan yang lebih besar dapat dilakukan untuk pimpinan PKR di Parlimen Kuala Terengganu.

Rakyat akan terus melihat sejauhmana semangat setiakawan dalam gabungan Pakatan Rakyat.

NOTES : amik kat siasah daily

Tuesday, December 2, 2008

Pertembungan impian: Wan Mutalib lwn Wan Farid

KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.

Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.

Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.

Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.

Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.

Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.

Ku Li: Pemilihan Umno ala pilihan raya mampu selesai masalah politik wang

KOTA BAHARU: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semalam mencadangkan supaya pemilihan Umno dilakukan secara ala pilihan raya, yang membenarkan semua anggotanya daripada peringkat cawangan hingga ke bahagian membuat pilihan siapa yang layak memimpin parti itu, sebagai langkah mengatasi masalah politik wang.

Beliau berkata pemilihan parti tidak sepatutnya dilakukan perwakilan sahaja, dan cadangan ini menyukarkan mereka yang cuba menabur wang untuk meraih sokongan kerana terpaksa merasuah semua anggota Umno yang layak mengundi.

"Lakukan pemilihan parti seperti pemilihan dalam pilihan raya, baru tak timbul politik wang. Kalau tiga juta ahli Umno yang layak mengundi, mana nak cari duit nak beri pada tiga juta (anggota Umno) ini. "Apa salahnya cara ini dilaksanakan. Kita sudah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali, kita boleh tadbir pemilihan untuk 10 juta pengundi. Ini perkara kecil bagi Umno, tidak perlu badan khas untuk uruskan, jentera parti pun boleh buat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun berkata kaedah pemilihan baru itu hanya boleh dilaksanakan jika Perlembagaan Umno dipinda, dan ia bukan perkara yang sukar untuk dilakukan jika pemimpin dan anggota Umno benar-benar mahu menghapuskan politik wang.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemilihan pemimpin parti dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing, dan bukannya terhad kepada 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung parti itu, bagi membanteras politik wang dalam Umno.

Menyentuh isu perebutan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno antara penyandang Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Tengku Razaleigh berkata pertandingan itu akan menyuburkan demokrasi dalam parti.

"Pada saya Wanita (Umno) akan bertambah baik kalau ada pemilihan. Tidak semestinya akan berlaku perpecahan, tapi ia perlu dilakukan secara sihat," katanya yang sudah 'tutup buku' berhubung episod bertanding jawatan Presiden Umno setelah hanya mendapat satu pencalonan iaitu daripada bahagian yang diketuainya, Gua Musang pada mesyuarat perwakilan bahagian awal bulan lepas. BERNAMA

Tawaran PKR ditimbang, Arif putus waktu terdekat

'Jangan nafikan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi mStar Online semalam, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut.

Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya.

"Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut.

Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut.

"(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya.

Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini.

Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.

Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin."

Arif Shah pernah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu.

Kerusi itu dimenangi Anwar.

Dua hari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang.

Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Sunday, October 19, 2008

Itulah politik namanya...



NOTES :ni aku cilok kat isuhangat.blogspot

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI MCA KEBANGSAAN

Berikut ialah senarai jawatankuasa tertinggi MCA bagi penggal 2008-2011, selepas pemilihan parti itu hari ini:

Presiden

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Presiden

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Naib Presiden (4 orang

1. Datuk Kong Cho Ha

2. Datuk Liow Tiong Lai

3. Datuk Dr Ng Yen Yen

4. Tan Kok Hong

Jawatankuasa Kerja Pusat MCA (25 orang

1. Lee Wei Kiat

2. Wong Foon Heng

3. Tan Chai Ho

4. Tan Cheng Liang

5. Dr Hou Kok Chung

6. Lee Chee Leong

7. Gan Ping Shou

8. Yu Chok Tow

9. Wong Nai Chee

10. Lee Sing Chooi

11. Wee Jeck Seng

12. Gan Tian Loo

13. Dr Yeow Chai Thiam

14. Chong Itt Chew

15. Hoh Khai Mun

16. Ti Lian Ker

17. Liew Yuen Keong

18. Wong Mook Leong

19. Paul Kong Sing Chu

20. Edward Khoo Keok Hai

21. Tee Siew Kiong

22. Loh Seng Kok

23. Wong Siong Hwee

24. Dr Por Choo Chor

25. Loke Yuen Yow

NOTES : amik kat mstar online

Abdullah: Mahathir 'berlagak' pengarah pemilihan Umno

KOTA KINABALU: "Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

Selepas dua minggu mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi jawatan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan."

"Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," kata beliau di sini malam tadi.

Perdana Menteri berkata, Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Dr. Mahathir mengeluarkan pandangan itu dalam blognya dua hari lalu, meminta Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak jangan ambil penyokong Abdullah dalam pasukannya kelak.

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.

"Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

"Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," kata beliau yang jarang 'menyerang balas' Dr. Mahathir yang sering mengkritik gaya kepimpinan Abdullah sejak tiga tahun lalu.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik... Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding.... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

"Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

"Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno," katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

"Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

"Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

"Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah. Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

"Soalnya ialah sudah ada persetujuan. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi? Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia," katanya.

NOTES : amik kat mstar online

NAJIB, MUHYIDDIN LAYAK TANDING 2 JAWATAN UTAMA UMNO

Ahad Oktober 19, 2008
NAJIB, MUHYIDDIN LAYAK TANDING 2 JAWATAN UTAMA UMNO

SEPAKAT... Anggota jawatankuasa Umno bahagian Segambut bersama para pewakilan sepakat mengangkat tangan mengundi Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Segambut di Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mesyuarat juga sebulat suara menyokong dan mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno.

KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini layak bertanding masing-masing bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno setelah mendapat pencalonan melebihi had kelayakan.

Sehingga pukul 7 malam ini, Najib mendapat 59 pencalonan daripada kesemua 15 bahagian Umno yang mengadakan mesyuarat hari ini.

Beliau merupakan calon tunggal untuk jawatan itu setelah 59 daripada 191 bahagian Umno mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, sejak 10 Oktober lepas.

Muhyiddin pula menerima tambahan empat lagi pencalonan iaitu daripada Umno Bahagian Gerik, Lenggong, Ledang dan Bakri, menjadikan jumlah keseluruhan pencalonannya sebanyak 42.

Dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menerima pencalonan hari ini.

Mohd Ali menerima sembilan pencalonan baru dengan menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya sebanyak 12 manakala Muhammad kini memperoleh sejumlah lima pencalonan setelah menerima dua lagi pencalonan hari ini. Had kelayakan pertandingan bagi jawatan Presiden ialah 58 pencalonan manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula 39 pencalonan.

Sementara itu, bagi pertandingan peringkat Naib Presiden, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin telah melayakkan diri bertanding jawatan itu setelah mendapat 11 pencalonan baru, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya sebanyak 28, iaitu melebihi had kelayakan 20 pencalonan. Sehingga kini, empat calon telahpun melayakkan diri dalam saingan merebut tiga jawatan Naib Presiden Umno, iaitu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Mohd Khaled.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula merupakan muka baru yang dicalonkan untuk persaingan jawatan itu, yang akan turut ditandingi oleh 11 calon lain.

Abdul Rahim menerima empat pencalonan iaitu daripada Kuala Langat, Alor Gajah, Batu Gajah dan Bandar Tun Razak. Hishammuddin masih mendahului dengan mendapat 49 pencalonan, diikuti Ahmad Zahid (35) dan Mohd Shafie (28).

Ini diikuti oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang telahpun menerima 11 pencalonan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (6).

Calon lain yang kekal dengan jumlah pencalonan yang diterima sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (5), Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (5), bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (3), Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (2) dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa (1).

Bagi Wanita Umno, Naib Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang sebelum ini menyatakan tidak berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita, menerima tambahan empat lagi pencalonan, menjadikan jumlah pencalonannya sebanyak 36.

Beliau menerima pencalonan untuk jawatan itu daripada Wanita Umno bahagian Gopeng, Kudat, Kepala Batas dan Tanjung.

Dengan ini, Shahrizat memerlukan tiga lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Umno yang memperuntukkan had kuota sebanyak 39 pencalonan.

Penyandang jawatan itu, Tan Sri Rafidah Aziz menerima sokongan daripada empat bahagian Umno lagi, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 75, dan begitu juga Shahrizat untuk jawatan Naib Ketua.

Gandingan Rafidah-Shahrizat menerima pencalonan masing-masing hari ini daripada Wanita Umno bahagian Parit Sulong, Pasir Salak, Ayer Hitam dan Pulai.

Bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim menerima dua pencalonan lagi iaitu daripada Kepala Batas serta Gopeng dan sehingga kini mengumpul 26 pencalonan.

Shahrizat dan Kamilia layak bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang mensyaratkan calon mendapat 20 pencalonan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menerima satu lagi pencalonan daripada bahagian Tanjung, menjadikan jumlah pencalonannya sebanyak enam.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Maznah Mazlan menerima pencalonan pertama daripada Wanita Umno bahagian Kudat untuk membolehkannya menyertai saingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita.

Bagi jawatan yang sama, Ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique kekal dengan dua pencalonan manakala Exco Wanita Pusat, Dr Norraesah Mohamad pula satu pencalonan.

Sehingga kini, 103 daripada 191 bahagian Wanita Umno telah selesai mengadakan persidangan perwakilan masing-masing. Dalam saingan bagi sayap Puteri Umno, Ketua Puteri Umno Terengganu Senator Nordiana Shafie merupakan muka baru dicalonkan untuk jawatan Ketua Puteri oleh Puteri Umno Bahagian Kangar.

Nordiana, sebelum ini dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua Puteri, memerlukan satu lagi pencalonan untuk melayakkan diri memandangkan kuota dua pencalonan ditetapkan untuk bertanding jawatan itu.

Ketua Penerangan Puteri Umno, Datuk Shahaniza Shamsuddin bagaimanapun terus mendahului senarai calon Ketua Puteri dengan menerima satu lagi pencalonan, kali ini daripada Puteri Umno bahagian Kulai menjadikan jumlah yang diterimanya sebanyak 43.

Pencabarnya Naib Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kini mengumpul 39 pencalonan setelah mendapat sokongan daripada bahagian Rembau, Johor Baharu dan Arau hari ini.

Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq pula masing-masing dua pencalonan, dengan Ismalina kini mendapat 20 pencalonan dan Azlina pula tujuh pencalonan.

Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid kekal dengan 16 pencalonan.

Sementara itu, Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir semakin jauh meninggalkan pesaingnya Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Mukhriz yang juga Exco pergerakan itu setakat ini memperoleh 64 pencalonan daripada 121 bahagian yang telah bermesyuarat sejak 9 Oktober.

Khairy sehingga kini memperoleh 34 pencalonan, Dr Mohd Khir (25) manakala Zahidi hanya memperoleh pencalonan tunggal daripada Padang Besar.

Anggota Parlimen Rembau itu hanya memerlukan empat lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno manakala Dr. Mohd Khir pula memerlukan 13 lagi pencalonan.

Mukhriz memperoleh pencalonan daripada bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan.

Bahagian lain yang turut mencalonkan Mukhriz ialah Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak, Kuala Selangor, Merbok, Bukit Katil, Kuala Kedah, Pendang, Padang Terap, Kepong, Paya Besar, Lenggong, Tanjung Piai, Ranau, Setiu, Pasir Mas, Jerai, Sik, Baling, Titiwangsa, Putrajaya, Indera Mahkota, Pulai, Muar, Beluran, Jasin, Batu Kawan dan Parit Sulong.

Khairy pula dicalonkan bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau, Putatan, Alor Gajah, Sepang, Sekijang, Ledang, Rantau Panjang, Batu Gajah, Arau, Bera, Kuala Terengganu, Bukit Mertajam, Jerantut, Tanjung, Pensiangan, Libaran dan Jelutong.

Dr Mohd Khir mendapat pencalonan bahagian Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Nibong Tebal, Kinabatangan, Sungai Siput, Kemaman, Wangsa Maju, Tapah, Gerik, Bukit Gantang, Labis, Dungun, Kuala Krau, Kelana Jaya, Selayang, Petaling Jaya Selatan, Batu dan Serdang.

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno ialah 38 dan Naib Ketua Pemuda pula 29. BERNAMA

NOTES : amik kat mstar online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK