Showing posts with label ULASAN FILEM. Show all posts
Showing posts with label ULASAN FILEM. Show all posts

Monday, October 31, 2011

REAL STEEL 2011


INTRODUCTION

Beribu-ribu pemuda membanjiri Kolej Universiti Prof. Dr Zulkifli Ahmad, Taman Melewar untuk Ijtimak Tarbawi pemuda PAS Pusat, aku sorang-sorang ahad lepas pi tengok wayang kat TGV Wangsa Walk.. Apa dehal kan.. hehe

Sambutannya not bad laa coz walaupun dah 2 minggu tayangan, panggung tetap full house. Dan ahad aritu ramai gak yang datang bawak family.. Filem bergenre drama aksi dan berdurasi 128 minit ni membuat aku teruja sampai ke habisnya..


Bertitik tolak dari kebosanan manusia terhadap sukan tinju yang pada mereka kurang umpph kerana banyak peraturan yang mengurangkan excitement.. Penonton mahu yang lebih ganas, yang lebih menambah excitement dalam berhibur, maka diciptakan robot bagi mengggantikan manusia bertinju.

Robot yang direka untuk sukan ini dikawal secara komputer oleh pengendalinya.. Namun robot sparring generasi kedua mempunyai kebolehan meniru pergerakan manusia secara mirror. Dan kerana ianya robot sparring, maka ia dicipta untuk lebih ketahanan..


SINOPSIS

Mengisahkan tentang Charlie Kenton (Hugh Jackman), seorang bekas peninju profesional yang terjerumus ke dalam sukan tinju robot setelah bersara. Kerana tidak dapat masuk ke liga utama, dia banyak bertanding dalam liga-liga haram dan kebanyakkannya dia gagal.. haha


Terpaksa menjaga anaknya, Max Kenton (Dakota Goyo) kerana kematian bekas isterinya. Yang mana dia akhirnya "menjual" anaknya kepada kakak bekas isterinya semata-mata untuk membeli robot baru.


Max yang fanatik dalam game dan liga tinju robot menemani ayahnya untuk bertanding dan terjumpa robot versi lama di pangggil ATOM. Mereka bertanding hingga terkenal kerana gaya dan persona robot menari sebelum perlawanan, hingga mencabar juara liga, Zeus.


KOMEN AKU

Walau canggih mana peralatan moden, tetap tak boleh melawan kebijakan manusia..

Aku suka sebab ada drama dalam filem ni.. Walau permulaannya agak mendatar tapi kalau ditonton sampai akhir, I just can say, AWESOME.. Worth it laa kalau nak tengok skali lagi..

Nak tahu kesudahan?? Pi beli tiket wayang dan tonton sendiri haha.. See you again..

Friday, October 7, 2011

JOHNNY ENGLISH REBORN

Last sunday aku pi layan movie ni dengan member x-UTM, Zulhilmi dengan Bazli kat Jusco Bandar Perda.. Serius memang tergelak kaw2 laa dari awai sampai habis.. Memang aku gelak sampai keraih perut laa tengok filem ni..

Mengisahkan ejen British, JOhnny English lakonan Mr.Bean yang telah mengasingkan diri ekoran gagal dalam satu misi di Mozambique.. Namun sebuah misi baru memerlukan kepakaran yang ada padanya.. Berkat dorongan sifunya di biara, dia kini kembali..

Scene kelakar dia memang tak yah cerita laa.. Terbaek dari Mr.Bean hehe.. Yang tak leh blah biar apapun situasi, dia bleh wat muka "bodo plus poyo" dia tu.. dan ada bantuan dari pelakon muda yang "bodo2 alang" memeriahkan suasana..


Paling aku teruja bila si Mr.Bean ni dapat keta Rolls Royce versi canggih.. Yang x leh blah tu depa drive dari Britain ke Switzerland dalam satu malam haha.. Dengan arahan suara lagi.. Pergh terliur aku.. Memang ni filem parody untuk James Bond..


Walaupun dia "kalah" pada awal cerita, tapi kebenaran tetap berpihak kepadanya.. Tak leh blah gak dapat awek hot seyh.. haha..


Tu je laa kot aku kongsi pasal filem ni.. nak tgk lebih2 sila pi tgk kat panggung k.. sampai jumpa lagi.. daaa...

Wednesday, July 6, 2011

SEKALI LAGI... sucks!!!!


Semalam wa dengan member wa mau pigi tengok wayang cerita "Attack The Block" but unfortunately malam baru ada.. So untuk tidak membazirkan masa dan menyahut seruan karyawan filem untuk menyokong filem tempatan, kami pun tempah laa tiket filem "Sekali Lagi" yang kebetulan sedang ditayangkan pada masa tu..

Seriously sepanjang 1 jam 30 minit masa tayangan filem tu aku terseksa gila.. Argh tekanan kot.. Semua watak tak menjadi.. Lisa Surihani nampak kekok dan kayu gila untuk filem 'drama' cinta macam ni.. Bront Palarei bakal kehilangan prestij lakonan beliau kerana nampak kartun sangat untuk shot filem ni..


Dan filem ni bakal menjatuhkan momentum populariti Shaheizy Sam yang nampak memperbodohkan diri sendiri.. Pelakon extra yang kayu dan over acting Kartina Aziz.. Aduhai, sabar je laa.. Naib baik laa kecomelan adik Mia Sara menyelamatkan keadaan.. Sejuk sikit hati tengok dia dalam filem..


Keseluruhan untuk filem ni 1 ja dari 5 bintang.. Tu pun sebab ada adik Mia Sara kalau tak memang aku dah angkat kaki kot.. Sinematografi hampeh, jalan cerita ok laa cuma kartun sangat, pelakon extra yang kayu.. Aduhai.. Serik siot nak tengok filem macam ni lagi..

Tak sanggup dah aku nak cerita lebih-lebih.. Korang layan je laa sinopsis dan trailer filem ni kat sini.. Nasihat aku, rentikanlah niat korang sebelum menyesal..

Friday, July 1, 2011

TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON

Wassup sahabat blogger semua??.. Aku mulakan post bulan Julai ni dengan review filem yang paling ditunggu-tunggu abad ini, eh silap tahun ini hehe.. TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON.. One word to describe this film, AWESOME!!!!! haha..


Bangga la jugak coz menjadi antara yang pertama menonton filem ni bersama dengan member kamceng wa, anas baharon n adik2nya.. Setelah setengah jam lebih beratur, wa dapat gak tiket midnight.. Tu pun dah nak depan depan skrin dah.. Transformers punya penangan..

5 Sebab Kenapa Kena Tonton Filem Ni..

1. Filem transformer yang ketiga ni kelihatan sangat honest dari segi pembikinan dan tak berlebih-lebih.. Quite genius Michael Bay using "Man Land on The Moon" as the cover up story for this film..


2. Filem ni agak kurang sedikit babak-babak pertarungan antara robot dan perang manusia dan robot seperti dalam filem2 transformer sebelum ni.. BUT... Lebih kepada drama dan penghayatan watak..

3. Paling aku suka bila pelakon utama Shia LaBeouf nampak semakin matang dan sedang mencari-cari identiti diri untuk memulakan penghidupan sebagai orang dewasa.. The way he act, as always.. Awesome!!


4. Nilai-nilai persahabatan dan kekeluargaan diselit secara tanpa sedar untuk dihayati penonton.. Kejujuran, percaya mempercayai, bekerjasama, dan sebagainya ada dalam setiap babak dalam filem ni..

5. Anda akan tertanya-tanya apakah ada sambungan lagi untuk filem ni.. haa yang ni yang menarik..

So kepada yang nak layan TRAILER dan SYNOPSIS, bleh klik kat SINI.. 4.5 out of 5 stars.. Tak puas hati dengan review aku?? Haha pi beli tiket korang dan tonton sendiri..


So apa pendapat anda-anda sekalian yang dah tonton filem ni?? JOm share.. haha.. coz sharing is caring.. Whatever..

dan kat sini adalah review yang teramat serius dari OBEFIEND.. serius ya amat haha..

Friday, June 24, 2011

SUPER 8



Jom pagi-pagi ni lu orang semua review filem Super 8 dengan wa haha..Filem yang diarahkan oleh J.J Abrams dan diproduserkan oleh Steven Spielberg sememangnya menjanjikan kelainan dari lambakan filem-filem Hollywod yang ada di panggung untuk tahun ni..



Kisahnya bermula apabila sekumpulan remaja yang obses merakam filem pendek mereka berkenaan dunia detektif telah terlihat satu kemalangan keretapi yang maha dahsyat di tempat mereka sedang merakam filem..



Apa yang menjadi persoalannya adalah apabila secara tiba-tiba saja pekan tempat mereka tinggal itu dibanjiri dengan kehadiran tentera yang ramai.. Dan pelbagai kejadian pelik telah berlaku yang akhirnya menimbulkan keraguan dan penduduk pekan tertanya-tanya..

Haa nak tau lagi lanjut?? Baca sinopsis filem ni kat sini.. Dan sebagai teaser korang bleh layan trailer dia kat sini hehe..

Serius best mo tak ting haa.. Walaupun permulaan filem ni agak slow, but after the train crash korang memang takkan senang duduk dalam panggung coz tak leh nak jangka apa surprise yang akan keluar. Dan benda ni berterusan sampai abis filem.. Pergh keterkejutan melanda minda kot.. haha

5 Sebab Kenapa Anda Kena Menonton Filem SUPER 8:

1. Filem ni membuktikan, walaupun tanpa kehadiran film star, filem ni masih berjaya menarik korang untuk menonton filem ni sampai abis..

2. Selitan unsur-unsur kekeluargaan, perjuangan bapa tunggal dalam membesarkan anak-anak dipapar dalam filem ni.

3. Nilai-nilai persahabatan dan percintaan di selit halus sepanjang filem ni berjalan..


4. Dia punya effect dan CGI jangan cakap laa.. Walaupun berlatar belakangkan tahun 1970an, tapi kesan efek dia.. pergh!!!

5. Takdak adegan-adegan 'panas' yang digunakan dalam filem ni membuatkan ia filem untuk semua lapisan masyarakat..


Nasihat aku kepada mereka yang ada sakit jantung dan perempuan mengandung, sila dapatkan nasihat doktor sebelum menonton filem ni.. Wa ka ka haha.. So untuk filem ni dari 5 bintang aku bagi 4.5 bintang.. Apa lagi tunggu, go gets your ticket now..

Selamat menonton.. haha

Saturday, June 11, 2011

REVIEW FILEM KL GANGSTER


Woohoooo.. Dah tengok filem KL Gangster??? Pergh memang terbak dari ladang dan lautan dalam sentuhan terbaru pengarah muda Shamsul Yusof untuk filem kali ni.. Selain jalan cerita yang mantap, filem ni tidak menggunakan heroin sebagai penarik dan aksi fighting dia memang membawa tanda aras baru untuk filem aksi Malaysia..

Filem berdurasi 1 jam 21 minit ni membawakan kisah gangster di KL yang berebut kawasan, fighting2, minum2, tak puas hati, tembak2 dan bunuh2.. haha.. ni sinopsis dia.. Klik sini



5 sebab kenapa anda kena menonton filem ni:

1. Koreografi untuk aksi fighting yang sangat pergh.... Steady but look real.. Teknik shoot camera yang berubah menampakkan seperti benar sekali kejadian

2. Jalan cerita yang mantop.. Anda akan faham dari awal sampai habis apa yang terjadi dan kenapa kejadian itu terjadi..

3. Takdak heroin yang 'dijual' untuk filem ni.. Ada babak2 awek chikaro 2 3 kali tapi setakat itu je laa..

4. Mendedahkan permasalahan sebenar masyarakat melayu tertindas di bandar.. Bagaimana orang jahat menjadi jahat.. Kisah disebalik keluarga yang pincang..

5. Ada sedikit elemen drama keluarga diselitkan di tengah sesak nafas tengok aksi pertarungan..



Dan memang korang akan rasa meluat gila dengan mamat poyo Shamsul Yusof yang membawa watak Shark.. haha.. Menjadi betul.. Badan ketak Ady Putra dan Aaron Aziz ditambah dengan aksi pertarungan fist yang boleh tahan mengingatkan aku babak pertarungan antara Vin Diesel n The Rock dalam Fast Furious 5..

Yang menarik tentang watak Jai yang dibawa Adi Putra, rokok sentiasa kat mulut tapi dia tak nyalakan pun haha.. Penjiwaan watak oleh Sofie Jikan yang memebwa watak Ajib sgt pergh kagum aku haha..

Klik kat sini untuk tengok trailer filem ni..


Apapun ni adalah pandangan penulis sendiri.. PEKIDA marah kat pengarah, baca kat sini.. nak tau lebih lanjut korang layan jaa sendiri.. K sampai situ saja. Adios bro

Tuesday, March 15, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Sabtu lepas bertempat di Ceter Square Sungai Petani, Kedah.. Aku dan member kamceng aku Anas Baharon pi tengok filem yang kononnya hebat ni kat sana.. Start muvie kol 3.45pm sampai 5.45pm..

Masuk-masuk dalam panggung ja, pergh penuh kot.. Full house, sampai ke depan-depan tu pun orang duduk.. Aku akui aku masuk selepas beberapa minit filem bermula.. Tau-tau si Merong(Stephen Hughes Rahman) ni dah di lempar ke tengah gelanggang untuk bertarung..

SINOPSIS

Kisah bermula bilamana seorang penjenayah dikehendaki Merong Mahawangsa telah berjaya menarik perhatian Putera Raja Rom, Marcus untuk menemani beliau ke tanah tidak beraja di semenanjung emas.. Untuk berkahwin dengan puteri China dengan tujuan mahu disatukan kedua-dua empayar ini..

Namun hasrat itu tergendala apabila rombongan mereka di serang oleh sekumpulan puak lanun Geruda yang akhirnya berjaya menculik sang puteri. Merong diselamatkan oleh orang asal pulau tersebut dan akhirnya menjadi raja di tanah yang bernama Langkasuka itu. Dan perjuangan menuntut kembali puteri telah membawa kepada kamatian si Merong..

ULASAN

Kenapa hangpa semua kena pi tengok filem ni??

1. Penggunana CGI yang awesome untuk filem Malaysia.. Bangga kot filem Malaysia boleh buat macam ni. Sekalung tahniah untuk Yusry selaku pengarah dan KRU selaku penerbit.

2. Lakonan berkarekter oleh pelakon2 yang memang disegani di tanah air ini.. Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali dan lain2.



3. Terselit elemen percintaan antara puteri cina dan putera rom. serta antara Embok (Ummi Nazeera) dengan Merong. Ummi nampak innocent sangat haha..

4. Kostum, busana, setting tempat dan penggunanan props yang menyebabkan hangpa percaya ni filem sejarah.

5. Jalan cerita yang simple tapi padat dan menuju ke tajuk. Takdak belit2.

6. Sedikit elemen2 sedih yang akhirnya berjaya membuatkan sorang kak yang dok sebelah aku menganis.. haha

7. Aksi fighting dan darah bersemburan yang awesome haha..

8. Skrip dia, pergh sastera habis..

Dan apa yang spoil untuk filem ni??

1. Ada elemen2 lawak dia yang pada aku tak kena dengan situasi. Contohnya pembantu tuan putri yang berpura2 mati ketika suasana peperangan.

2. Merong agak terperangkap denagn watak "nakal" yang dibawa, sedang dia sepatutnya lebih berwiabawa. Tapi ni just pendapat peribadi ja. No offence..

3. dan pertukaran diantara babak tu agak meleret sket. Macam kalau scene cerita meleret ja. And foghting pun sampai dah jenuh tunggu, tak mati2 gak..



But ni just pendapat peribadi.. Kawan aku kata tak best. Tapi aku kata best.. Nak kata best sampai best sangat tu tak laa.. Tapi nak kata tak best sampai tak best sangat pun tak jugak.. So hangpa kena mai tengok sendiri laa..

Jom support filem Malaysia ni.. Aku kata filem Malaysia bukan filem Melayu sebab lebih 70% penggunaan bahasa inggeris di dalam filem ni berbanding bahasa melayu. Semua kerana tuntutan watak dan mahu menarik penonton luar..

Thursday, June 17, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN



Dah tengok filem Lagenda Budak Setan?? Haha so apa yang korang semua rasa?? Ni aku nak share la serba sikit perasaan selepas menonton filem tersebut.. hehe.. Setelah hampir dua minggu tertunda plan nak pi tengok filem ni, akhirnya tertunai jua hasrat di hati..

Sinopsis boleh baca kat sini hehe.. Kasi suspen laa sket kan...

PUJI-PUJIAN

1. Kredit untuk pengarah yang telah mencuba sedaya upaya membawakan adaptasi novel ini ke layar perak.

2. Penjiwaan watak oleh Que Haidar dan Fazura sangat meyakinkan, sementara Farid Kamil belum cukup layak untuk memegang watak Kasyah. Dan Lisa pula aduhai, belum masa dia lagi hehe..

3. Sinematografi yang sangat menarik. Shoot view yang mempesonakan.

4. Muzik latar yang tepat dan kena masa yang membuai jiwa penonton.

5. Lisa Surihani yang cun hehe.

6. Hangpa tambah laa sendiri keh3



KRITIKAN

Sebagai salah seorag peminat novel Ahadiat Akasyah, rasanya filem ini belum mampu mencapai jiwa sebenar novel tersebut kerana...

boleh baca kat blog member aku ni ZEEZ FLIP FLOP hehe (kasi surprise gak...)

Boleh tengok trailer dia kat sini

lagi komen rakan blogger tentnag filem ni kat LEEDSSECRET.COM

Sunday, June 6, 2010

PRINCE OF PERSIA



Halooo.. hehe.. Hawau U all eberibodi?? hope U all fine and always fine hehe.. Ini hali wa mau celita(aik, awat aku ckp cina ni).. ok.. ehem.. Hari ni aku nak bercerita yentang satu filem yang sedang hangat dtayangkan dipawagam lani iaitu filem PRINCE OF PPERSIA : THE SANDS OF TIME..



Sebuah filem yang di adaptasikan dari sebuah game popular lewat 80-an dan awai 90-an, dan sampai lani pun orang dok main juga. First sekali buat para penggemar game Prince of Persia, memang filem ni dibuat untuk korang. Memang kebanyakkan scenes di ambil dari game.



Wa kagum dengan komitmen para pelakon filem ni dengan karektor watak yang dilakonkan. Kita dapat lihat dengan jelas tranformasi hero dalam filem ni. Dari seorang yang berlakon dalam filem cintan cintun remaja kepada pelakon filem aksi. Dan dari badan kurus keding jadi tough haha.. serius tak tipu maa..



Uih memang best laa filem ni.. Best mo tak ting laa..



wa bagi 4.5 / 5 bintang hehe.. serius best...

kalu nak baca sinopsis bleh baca kat sini..

kalu nak tengok preview bleh usha kat sini ye hehe..

Saturday, May 29, 2010

ROBIN HOOD



alloooooooooooooo eberibodi hehe. apa kabar semuuuaaaaaa???.. kali ni wa mau crita tentang satu lagi filem hollywood yang wa baru tengok iaitu ROBIN HOOD.. filem ni ditayangan pada 13 mei aritu di panggung-panggung sekitar malaysia...



filem epik yang best dari Hollywood.. walaupun kita tak tau betoi ka dak mitos pasai Robin Hood ni, tapi kita terikut sama terkesan dengan semangat perjuangan harmoni yang dia nak bawa dan ditonjolkan dalam filem ni... hehe



mengisahkan bagaimana Robin Longstride dari seorang askar bawahan yang melarikan diri dari dihukum King Richard the lion heart, telah menjadi ikon penyatuan antara Tuan-Tuan Baron (tuan tanah) di utara England dengan pihak istana England..



kalu nak tengok sinopsis dia bleh klik kat sini... dan kalu nak tengok trailer dia,korang bleh klik kat sini...

so kepada yang belum tengok, silakan laaa ye.. memang berbaloi habis.. wa bagi 4 bintang setengah laa.. haha

Monday, May 24, 2010

ANDARTU TERLAMPAU : 21 Hari Mencari Suami



aloooo eberibodi.. hawau u all?? hehe ni ada satu stoly nak moly dengan lu olang semua pun tentang satu filem melayu yang tengah dalam tayangan sekalang.. dia punya tajuk ANDARTU TERLAMPAU : 21 Hari Mencari Suami...

Kepada yang dah tengok filem ni, takziah wa ucapkan.. buat yang belum tengok.. tak yah laa.. ngabihkan boreh yo.. mimpi ngeri buat korang semua terutamanya penggemar filem melayu macam wa ni..

adoyai.. filem yang ntah apa-apa ntah dari DIN CJ dan HALIZA MISBUN.. Sorry to say laa, bukan nak kutuk tapi not worth it.. bukan pasai duit ja korang rugi.. sepanjang sejam setengah masa yang lu olang guna pun lu olang akan rasa rugi..

maaf sekali lagi, wa bukan nak kutuk, tapi wa kecewa amat sebab wa masuk dengan expectation coz Haliza Misbun one of my favourite actress.. Tapi filem ni far below my expectation.. walaupun membariskan nama-nama besar industri filem sepert Dato' Jalaludin Hassan, Dato' Rahim Razali, Awie dan lain-lain, namun filem ni terasa ada janggalnya..

semacam satu "balas dendam" Haliza Misbun terhadap stigma masyarakat tentang dirinya yang digelar andartu.. dan satu filem "syok sendiri" aku rasa oleh Haliza Misbun.. Jalan cerita berterabur.. dengan babak2 Haliza Misbun memaparkan sebahagian atas dada dan punggungnya, WHAT THE......

kalau nak tau sinopsis cerita ni sila klik kat sini.. nasihat aku kepada yang belum tengok filem ni, rentikanlah niat suci korang nak pi tonton filem ni..

huhu sori ye kepada Haliza Misbun dan produksi syarikat yang menerbitkan filem ni.. wa sekadar nak luahkan kecewa saja.. sori ya... jangan saman wa plak.. hehe wa mana da duit weh...

Sunday, May 9, 2010

IRON MAN 2



buat peminat komik marvel sekalian.. sudahkah kalian menyempatkan diri menonton filem IRON MAN 2?? hehe kalu yang belum tu cepat2 pi tebgok ye.. memang best laa.. tapi tak sebest yang pertama..

ceritanya bermula apabila Tony Stark (lakonan Robert Downey Jr) yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Iron Man kepada umu dan telah berjaya mengawal kacau bilau seterusnya mengamankan dunia..



Tetapi kerana penggunaan palladium yang terlalu kerap telah memakan dirinya sendiri kerana darjah ketoksidan dalam darahnya semakin meningkat.. dan beliau juga mendapat tentangan yang hebat dari seterunya Hammer.. serta tekanan dari senator stern.. dan dendam kesumat Ivan Vanko..

saksikan bagaimana dia turt berkonflik dengan setiausahanya, Pepper malah rakan baiknya sendiri, Let Kol. Rhodes.. dan bagaimana Hero kita ni menyelesaikan konflik ini satu persatu..

untuk sinopsis lanjut tekan kat sini dan untuk trailer movie tekan kat sini. hehe enjoy..

banyak babak lucu yang diselitkan dalam filem ni yang pada aku telah menjatuhkan kemachoan seorang superhero.. namun babak pertarungan dan besi2 berdentuman wajar diberi kredit.. marvelous..



aku kategori filem ni sebagai memuaskan dan aku bagi 4 bintang saja.. sebab jalan ceritanya kurang menarik dan tersangkut2 antara babak2.. hehe so apapun.. layan je laa k.. peace yo

Sunday, May 2, 2010

IP MAN 2



Bertempat di TGV AEON Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. Dengan harga tiket rm6 kerana among the early bird.. dan bertemankan seorang dara (eh silap seorang diri hehe)..

daku menggagahkan kaki untuk melangkah dan membeli tiket dan menonton filem IP MAN 2.. The best ever kung fu epic movie.. mo tak ting.. betoi2 haow liaw woo.. haha memang berbaloi sangat.. aku sanggup tengok lagi sekali crita ni haha



SINOPSIS

Mengisahkan tentang usaha dan halangan yang perlu di tempuhi oleh Sifu Ip Man dalam perjuangannya untuk mengembangkan seni mempertahankan diri kung fu Wing Chun yang beliau warisi..

Walaupun pada mulanya masyarakat saling membuli antara satu sam lain dalam perjuangan meneruskan kehidupan, akhirnya mereka bersatu dalam menentang musuh yang paling utama iaitu penjajah..



Bila ketua semua sifu di HK mati di belasah seorang peninju hebat bernama The Twister, Ip man dan para sifu yang lain bersatu dan bermujahadah untuk bangkit dan kembali melawan penjajah..

boleh juga dilihat sumbangan akhbar dan kegigihan serta keberanian para wartawan yang berani melontarkan pandangan dan menulis berita yang benar walau berepan dengan ancaman.

boleh baca lanjut kat sini..

PENGAJARAN

Walaupun para sifu di Hong Kong pada masa itu saling bersaing antara satu sama lain untuk menunjukkan siapa diantara mereka yang paling hebat, dan sanggup menjadi barua Inggeris asalkan mereka dapat terus hidup dan berkuasa.. akhirnya bila maruah diri dan bangsa diinjak dan dipijak, mereka bersatu dan bangkit menentang kuasa imperilis yang tak segan2 dan sudah2 merompak hasil kekayaan negara yang mereka jajah..

Ucapan kemenangan Sifu Ip Man setelah menewaskan The Twister sangat menggetarkan..

"Walaupun setiap dari kita ini berbeza taraf dan status dalam kehidupan, tetapi setiap orang mempunyai hak dan maruah yang sama.. Saya tidak bertanding untuk menang atau untuk menunjukkan kung fu cina lebih hebat dari tinju, tetapi saya nak menyedarkan yang kita sebenarnya semuanya sama sahaja.. dan saya berharap kita boleh sama-sama akan lebih menghormati antara satu sama lain selepas ini"

So kepada sapa yang tak tengok lagi, aku suggest pi laa tengok weh.. haha aku yang dok dalam tu tiba2 rasa semangat nak bangun dan bangkit melawan penjajah.. memang garapan cerita yang simple untuk filem epik tetapi kesannya sangat besar..

dan aksi kung fu heronya memang sangat natural dan best mo tak ting ever.. haha betoi2 haow liow.. tengok weh jangan tak tengok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK