Showing posts with label PILIHAN RAYA KAMPUS. Show all posts
Showing posts with label PILIHAN RAYA KAMPUS. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Keputusan Rasmi PRK UTM 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding


**Nota:
Pro Mahasiswa - 18 Kerusi
Evolusi mahasiswa - 28 kerusi
Bebas - 5 Kerusi

Thursday, January 28, 2010

LAPORAN SEPANJANG PROSES PENGUNDIAN DI UTM

8.30am
Jentera Pro-M membuat laporan tidak rasmi kepadaPengarah keselamatan UTM, Encik Halim dengan menggunakan mesej pesanan ringkas mengenai pintu bilik PMI diconteng dengan menggunakan spray. Jentera tidak membuat laporan secara kerana ada kelas pada waktu pagi.

9.00am
Encik Halim, Ketua Pegawai Keselamatan membalas: "Ok, pihak kami ke lokasi berkenaan segera. TK"

Sesetengah pusat pembuangan undi di fakulti-fakulti sudah mula dibuka dan pengundian berjalan lancar.

9.15am
Satu lagi laporan tidak rasmi kepada Ketua Pegawai Keselamatan dibuat. Poster-poster nama calon Oren dijatuhkan dengan sengaja dan ada juga poster-poster calon oren yang sengaja dilindungi poster pihak lawan. Di FKKSA juga perkara sama berlaku di sana.

4.00pm
Beberapa pusat mengundi sudah mula menutup pusat mereka (FKBSK), kerana mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.

5.00pm
Semua pusat mengundi telah ditutup dengan selamat.

Pihak Pro-Mahasiswa UTM mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga UTM atas keprihatinan anda untuk keluar mengundi pada hari ini. Kepada semua semua marilah kita sama-sama berdoa agar MPM yang bakal terpilih ini mampu memacu UTM kearah yang lebih baik pada masa akan datang.

Tuesday, January 26, 2010

P'raya kampus: Proses penamaan calon panas

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.

Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).

Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.

Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus.

Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'

Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 28 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 34 kerusi.

Tiga lagi universiti yang terbabit dalam proses penamaan calon hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Suasana di UKM juga panas di mana masing-masing 200 penyokong Pro-M dan 100 pro-Aspirasi, hadir untuk menyokong calon mereka.

Pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

Di UKM, selepas penamaan calon tadi, pro-M menang satu kerusi tanpa bertanding. Manakala 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada 28 Januari ini.

UTM pula bertandingkan 51 kerusi - 46 kerusi di kampus Skudai dan lima kerusi di kampus Kuala Lumpur.

Pro-M meletakkan 43 calon dan pro-Aspirasi 51 calon. Sehingga ini pro-Aspirasi menang lapan kerusi tanpa bertanding.

Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah memenangi 24 kerusi tanpa bertanding.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.

Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.

Saturday, January 17, 2009

ISU BABI - DARI MELAKA KE UM


Entah dimana maruah umat Islam di Malaysia sekarang ini. Saban hari dipermainkan oleh mereka yang anti Islam. Rakan kita di Palestin bertungkus lumus berperang dengan tentera zionis Israel laknatullah dan kita di Malaysia masih lagi tidak selesai dengan isu perang babi.

Kisah babi yang sebelum ini begitu popular di Melaka kini telah merebak di Universiti Malaya. Secara peribadilah saya dapat melihat ini adalah salah satu provokasi bagi pihak yang tidak bertanggung jawab yang memainkan isu agama dan yang paling hina pihak tersebut telah meletakkan kepala babi dengan beralaskan bendera PAS di dalam surau Akademi Pengajian Islam.

Saya juga merasakan ia ada kaitan dengan pilihanraya kampus yang sedang hangat berjalan di kampus dan yang pasti dalangnya mesti dicari. Pelajar yang kononnya dihantar ke IPTA sepatutnya semakin cerdik tetapi sebaliknya menjadi semakin 'bodo'. Maaf jika ayat kali ini terlalu kasar tetapi bagi saya wajar jika saya bersikap sedemikian kerana mereka telah menghina kesucian Islam di rumah Allah serta memainkan sentimen keagamaan kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan moga orang yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang beliau lakukan.

Ketahuilah bahawa kamu bukan sahaja yelah memprovokasi suasana pilihan raya kampus tmalahan kamu cuba mengusik sensitiviti umat Islam. Insaf dan bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat Allah Maha Luas....


SUMBER : http://silembiks.blogspot.com/2009/01/isu-babi-dari-melaka-ke-um-malaysiakini.html

Friday, January 16, 2009

Keputusan Penuh Pemilihan MPP UTM 08/09

Assalamualaikum.

Salam perpaduan.

Tahniah diucapkan buat pimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09 yang diumumkan selepas pengiraan undi bertempat di Dewan Sultan Iskandar, 13 Januari 2009.

Keputusan bagi calon umum adalah seperti berikut :


1. Muhammad Zaki bin Omar (9591)

2. Abd Hadi bin Abd Halim (9211)

3. Mohd Taufek bin Mohd Noh (8878)

4. Mohd Affendi bin Ismail (8623)

5. Nordiana binti Hasan (8277)

6. Roza Erma binti Changze (7213)

7. Nur Azureen binti Mohd Pista (7031)

8. Nur Azim Fahada bin Ahmad (6509)

9. Kheong Sia Chung (6473)

10. Sh. Nurrul Hazwani binti Sy Abdullah (6440)


FAKULTI PENDIDIKAN

1. Mohd Syahir bin Hassim (933)
2. Mohd Fais bin Yahya (931)
3. Mohd Sharhan bin Abu Bakar (764)


FAKULTI SAINS

1. Nurul Ashikin binti Selamat (942)
2. Yaap Jia Xun (785)
3. Mohd Ariffudin bin Shamsudin (752)


FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & KEJURUTERAAN SUMBER ASLI

1. Siti Hadjar binti Md. Arshad (1019)
2. Izam Ikhwan bin Kamaruddin (937)
3. Nor Arizal bin Ramli (641)


FAKULTI KEJURUTERAAN & SAINS GEOINFORMASI
1. Eldafira binti Samsir Hadi (790)
2. Nurul Ain binti Mat Mesri (705)
3. Nadia Fitri binti Mohamad Havez (669)


FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK
1. Ahmad Faiz bin Fadzil (946)
2. Siti Hasunah binti Mohamad (844)
3. Muhammad Hafiz bin Makhtar@Mokhtar (785)


FAKULTI PENGURUSAN & PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

1. Mohd Izwan bin Yusof (805)
2. Lai (564)
3. Wong Ye Sing (543)


FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1. Ruzaini (972)
2. Rosmanifah binti Rosli (955)
3. Mohd Hafizul (948)


FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT
1. Diana
2. Shahrul
3. Bukhari

Semoga barisan kabinet kali ini dapat menjalankan amanah yang digalas sebaik mungkin untuk membantu mahasiswa khususnya dan warga kampus umumnya dalam meningkatkan kecemerlangan universiti. Jangan pernah berhenti untuk berjuang!


SUMBER : http://evolusimahasiswa.blogspot.com/

Wednesday, January 14, 2009

KEPUTUSAN PRK UTM SESI 2009/2010 (PRO-M)

Keputusan PRK calon-calon PRO-M 2008:

Fakulti Kejuruteraan Awam - 3 kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)

Fakulti Alam Bina - 3 Kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)

Fakulti Pendidikan - 2 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 1 kerusi Aspirasi

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Aspirasi

Fakulti Sains - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi

Fakulti Sains Komputer dan Sumber Maklumat - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi

Fakulti Kejuruteraan Elektrik - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi

Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi


Kerusi Umum : 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 8 Kerusi Pro Aspirasi

Kerusi UTMKL: 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 3 Kerusi Pro Aspirasi


ProMahasiswa telah memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Calon Fakulti Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK '08


Mohd Fais Bin Yahya
2 SPI
Pengajian Islam
(931 Undi)


Mohd Syahir Bin Hassim
2 SPI
Pengajian Islam
(933 Undi)


Nor Arizal b Ramli
3 SKP
FKKKSA


Mohd Ariffudin Bin Shamsudin
2 SSE
FS




















Siti Hasunah Bt Mohamamd
3 SET
FKE



Wong Ye Sing
2 SHR
FPPSM




Calon Umum Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK '08

Nur Azim Fahada bin Ahmad
2 SEM
FKE



Mohd Affendi bin Ismail
2 SAW
FKA

Saturday, January 10, 2009

PRK 2009 : PRO-M vs EVO-M aka OREN vs MERAH

Sepertimana hangatnya Pilihan Raya Kecil P.036 : Kuala Terengganu begitu jualah hangatnya Pilihan Raya Kampus sesi 2009/2010 sedang berlangsung sekarang.. Para mahasiswa yang merasakan mereka punya visi dan misi untuk sama-sama dikongsi dengan mahasiswa yang lain telah tampil untuk mencalonkan diri mereka sendiri dalam pilhan raya kampus kali ini. Dimana pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada semester lepas telah ditangguhkan atas beberapa sebab. Dan hanya beberapa buah universiti sahaja telah menjalankan pilihan raya pada semester lepas.. Dan pada semester ini mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia akan menggunakan hak mereka bagi memilih calon yang akan menjadi wakil mereka dalam menyuarakan hak serta pandangan mahasiswa..


Dan pada kali ini kejutan dari pihak pro-aspirasi yang mana mereka telah menjalani proses 'rebranding' dan menggelar diri mereka 'EVOLUSI MAHASISWA' dan bertemakan warna merah. Dan seperti biasa mereka ini akan ditentang hebat oleh calon-calon dari pro-mahasiswa atau lebih dikenali dengan nama 'PRO-M' yang bertemakan warna oren. Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tetap tak ketinggalan dalam sama-sama dengan gerakan mahasiswa semalaysia untuk masuk ke gelanggang pilihan raya untuk sama-sama berpencak silat dengan calonn-calon 'EVO-M' dalam menyuarakan dan menyampaikan suara mahasiswa.


Sekitar jam 6.45 pagi 8 Januari lalu, warga UTM Skudai dikejutkan dengan deruman enjin motosikal yang membawa calon-calon serta duta-duta PRO-M mengelilingi kawasan kampus dan kolej. Ini sebagai petanda awal bahawa calon-calon PRO-M UTM kali ini lebih bersedia dan terarah bagi menjadi wakil mahasiswa.








Dan kira-kira jam 8 pagi hampir 200 mahasiswa yang terdiri daripada penyokong-penyokong PRO-M telah berhimpun di Dataran SUB untuk sama-sama berarak bersama dengan calon-calon mereka ke tempat penamaan calon iaitu di Rumah Alumni UTM. Pelbagai sepanduk dan kain rentang dibawa bersama mereka.





Perarakan calon-calon PRO-M ini telah diketuai oleh saudara Hafiz yang juga ketua penaja duta-duta PRO-M UTM.





Namun suasana aman perarakan ini agak sedikit terganggu dengan kehadiran beberapa orang pegawai keselamatan UTM yang telah mengarahkan semua sepanduk dan kain rentang disimpan dan hanya calon PRO-M sahaja yang dibenarkan berada di kawasan Rumah Alumni UTM.





Akur dengan arahan terbabit dan selepas sedikit perbincangan diadakan dengan pihak keselamatan, hanya calon PRO-M sahaja yang dibenarkan ke Rumah Alumni UTM





Dan ketika penutupan pendaftaran untuk penamaan calon, dua fakulti telah diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh calon 'EVO-M' iaitu di Fakulti Alam Bina (FAB) dan di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA).


Masa cuti hari sabtu dan ahad telah digunakan oleh calon-calon dari kedua-dua blok untuk berkempen. Dan PRO-M telah mengambil pendekatan untuk mengadakan rapat umum di semua kafetaria seluruh kampus sebagai cara mereka berkempen.





Para mahasiswi dan calon PRO-M juga tidak ketinggalan dalam rapat umum ini.





Kelihatan saudara Anis, calon umum dan juga ketua duta PRO-M sedang bersemangat menyampaikan manifestonya.





Suasana sedikit kecoh dengan kehadiran calon-calon 'EVO-M' yang kebetulan sampai untuk menjalankan kempen mereka. Berlaku adegan cabar-mencabar diantara calon yang dikemukan oleh ketua penaja PRO-M UTM, namun tidak berani disambut oleh calon-calon 'EVO-M'.





Jentera EVO-M yang berpakaian serba merah..





Sekitar suasana berkempen di kawasan kampus dan kolej.










Pelbagai kaedah telah digunakan oleh calon-calon yang bertanding bagi mempromosikan diri mereka. Dan dalam tempoh kurang dari 24 jam lagi, seluruh mahasiswa UTM akan membuang undi mereka. Pesanan untuk semua, pilihlah calon yang anda suka, tetapi ingat.. Anda bertanggung jawab atas pilihan anda. Kalau baik, maka baiklah. kalau buruk, Sendiri mau ingatlah k.. hehe..

Selamat Membuang Undi diucapkan pada hari esok di fakulti masing-masing..


sumber :

http://www.promahasiswautm.blogspot.com/ (blog PRO-M UTM),

http://tuan-zahidi.blogspot.com/ (blog akhi Zack)

http://aspirasi-islam.blogspot.com/ (blog akhi Ismail)

kata - kata Profesor Diraja Ungku Aziz:-
""Belajar sambil mencabar,
pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK