Wednesday, May 21, 2008

Tabik kepada Karpal

"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu,segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan engannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Help me to understand this.Although it is a bit too late to actually lamenting on this issue, I could not help but notice the supreme idiocy of people who called themselves a Muslim but was unable to properly 'judge' and 'understand' the stanza of what Karpal is trying to 'say' when he openly'criticize' the action of Sultan Perak when he asked that Jamry be reinstate back in his previous position.

Taken from Bernama:

Karpal Singh, the MP for Bukit Gelugor, had stated yesterday that he would stand by his remark that the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, did not have the jurisdiction to direct the state government to reinstate Perak Islamic Religious Affairs Department director Datuk Jamry Sury who was transferred out by the menteri besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.He had said that what he had raised was purely a legal issue and stressed that he did not at all question the prerogative of the sultan.

Nampak disitu bahawa apa yang ditekankan oleh Karpal adalah dari sudut legal dan prosiding undang2, bukannya mempersoalkan keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang ada pada Sultan.Sekali lagi, baca elok2. Soal yang ditekankan oleh Karpal adalah soal legal perundangan, kekuasaan 'Kerajaan negeri' mentadbir sektor awam dibawahnya, dan bukannya kekuasaan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dimana kuasa Sultan itu adalah dalam 'perbuatan, amalan atau upacara berkenaan Islam'. Tak jelas? Rujuk pada Perlembagaan Negara Perkara 3 seperti yang tertera diatas.

Bidang perundangan, biarlah para peguam yang menyelesaikannya. Soal sekarang adalah memberi kefahaman yang sahih kepada rakyat dan penyokong serta pengundi2 yang telah memberi mandat kepada barisan pembangkang lewat PRU March lepas. Lebih tepat lagi, melihat isu Karpal dari perspektif kita sebagai seorang Islam dan menilai dengan telus, bukan dengan emosi.

Karpal adalah lebih 'Islam' dari anda.

Sabar. Nanti dulu. Kepada Orang Melayu, jgn melatah seperti anda melatah bila harga beras naik atau 'KETUANAN ala HANG TUAH' anda digugat. Melayu Muslim, baca perlahan dan fahami maksud yang tersirat. Teguran Karpal kepada Sultan hendaklah dilihat sebagai suatu yang positif dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menghapuskan autokrasi dan diktatorship UMNO setelah puluhan tahun memerintah. Karpal hanya mempraktiskan 'kebebasan bersuara' dalam 'sistem demokrasi ala Malaysia' ini. Bukankah ini yang diperjuangkan PR? Tetapi, apabila Karpal terang2an menegur sikap Sultan yang dilihatnya mencampuri urusan kerajaan negeri yang beliau percaya adalah 'salah dari sudut perundangan', dimana pula sokongan2 padu dari PR dalam hal ini? Sedangkan selama ini, PR begitu berahi dalam kempen mereka ingin menyampaikan maklumat telus, mengukuhkan sistem demokrasi dan terang2 mengeji sikap UMNO dan kuku besi mereka. Tetapi apabila seorang peguam menegur sikap Sultan (pemimpin) kerana beliau percaya bahawa sultan itu berbuat 'salah', maka Karpal pun dibiarkan sendiri menghadapi tuduhan2 dari kroni2 UMNO. Tak ubah seperti sikap belalang bertukar daun untuk 'survival politik' masing2.Tak terkecuali pendirian junta-junta PAS dalam soal ini. PAS masih seorang Melayu yang tidak boleh keluar dari cengkaman sentimen Melayu itu sendiri. Sedangkan isu ini tidak harus dilihat dari sudut 'perkauman' kerana awal2 lagi sudah boleh dihidu tindak tanduk UMNO yang menangguk diair yg keruh. Dimana pendirian Islam jika dihadapkan dengan isu Karpal ini? Sudah agak basi, saya percaya, tapi, seperti mana post mortem PRU yang tidak lagi begitu telus laporannya, begitu juga, jgn biarkan isu Karpal ini reda sendiri tapi baranya tidak padam2.

Islamik nya Karpal.

-Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhadap manusia, dan apabila kamu berhukum maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya.." ( An-Nisa' : 58 )-Ibnu Qayyim mencatatkan di dalam kitabnya ‘Turuq Hukmiah'. Khalifah Umar al-Khattab semasa menjadi amir al-mukminin bertanya kepada rakyat apakah pandangan mereka sekiranya seorang amir sepertinya melihat maksiat zina dilakukan oleh seorang perempuan. Adakah di sana sebarang keistimewaan bagi seorang pemerintah dalam hal ini?. Berkata Ali KW bahawa beliau wajib menghadirkan empat (4) orang saksi atau akan disebat dengan had Qazf, Ali KW akhirnya berkata;"Urusannya ( khalifah dalam hal kehakiman) adalah sama seperti seluruh muslimin yang lain ( tanpa imuniti atau kelebihan)."Jelas, tiada perbezaan dan kekebalan bagi pemimpin, walaupun Khalifah Umar r.a ketika itu bertaraf Perdana Menteri atau Presiden bagi seluruh umat Islam.- Khalifah Ali KW pernah dibawa ke mahkamah akibat pertikaiannya dengan seorang Yahudi berkenaan baju besi miliknya yang didakwa dicuri oleh si Yahudi, apabila mahkamah menjalankan perbicaraan Ali KW gagal mengemukakan bukti jelas akhirnya, Yahudi berhak ke atas baju tersebut walaupun sememangnya ia adalah milik Khalifah Ali KW. Keadilan kehakiman Islam yang tegas tanpa membezakan samada ketua negara Islam yang dibicarakan, bahkan walaupun tertuduh merupakan seorang Yahudi, dakwaan tetap memerlukan bukti jelas [Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Ya'la Al-Farra']. Dalam Islam juga, seorang Qadhi boleh untuk menolak hujjah Khalifah sekiranya hujjahnya tidak memuaskan sebagaimana yang berlaku kepada Ali KW, juga Umar ra.-Pemerintahan Islam juga berdiri tegas terhadap tuduhan-tuduhan jenayah atau seumpamanya sebagaimana hadith Nabi SAW "Bukti yang jelas bagi mereka yang mendakwa, serta sumpah ( hak pembelaan) bagi mereka yang ingin menafikannya" [Riwayat At-Tirmidzi, (no 1341)] Sy yakin, bukan Karpal seorang saja yang menyedari terdapat 'keanehan' dalam arahan Sultan tersebut.Sudah pasti ramai lagi peguam-peguam beragama Islam diluar sana yang mungkin setuju dengan saudara Karpal (kita melihat dari sudut legal perundangan) tetapi tidak berani untuk menyuarakan pendapat mereka. Dan tidak kurang juga mungkin ramai pemimpin Islam yang menyedari akan benarnya tindakan Karpal menegur sikap Sultan tersebut. Namun demikian, jutaan Muslim diMalaysia ini, si Karpal ini juga lah yang berani menegur Sultan yang dirasakannya salah dalam tindakan baginda. Pelik tapi benar.Balik2 Melayu. Melayu dan Melayu. Isu Karpal ini sebenarnya tidak rumit. It is a simple clear and cut case. Direct. Tapi kerana kematangan dalam memahami isu dan selok belok politik, orang Melayu dan Melayu Islam jatuh balik ke lubang yang sama. Jatuh lagi dalam lubang yang digali puak2 UMNO bila mana mereka melihat ada selonggok emas dihadapan mereka. Kegagalan memahami, kelemahan melihat sesuatu isu dari sudut pandang Islam, kebodohan Melayu dan Melayu Muslim dalam angan-angan Ketuanan ala Hang Tuah inilah yang menyebabkan orang Melayu dan Melayu Muslim terus dihimpit permainan politik. Dari isu Karpal ini, kita sudah boleh lihat 'kejantanan' sebenar parti2 politik yang mengaku diri mereka memperjuangkan Islam, memperjuangkan Melayu dan entah apa2 lagi yg diperjuangkan.Cukup2 menyedihkan dan membakar perasaan. Membiarkan rakyat terus 'dizalimi pemikiran' samalah seperti menzalimi rakyat yang telkah memberi mandat. Gagal dalam membantu memberi kefahaman sebenar kepada rakyat, samalah dengan puak2 yang membodohkan rakyat. Mementingkan survival politik daripada bertindak mengikut lunas agama adalah sesuatu yang amat jijik sekali.

Kasihannya Karpal.
Wallahu'alam.
Fansuri"

artikel ni aku amik kat http://tranungkite.net

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK