Tuesday, June 10, 2008

ANWAR PEMBOHONG - ISU HARGA MINYAK

Sumber dari berita Bermana :

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak yg berkuatkuasa hari ini, 5/6/2008. Harga baru untuk pengguna adalah RM2.70 seliter, iaitu naik RM0.78 dari harga asal seliter, RM1.92.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ramai yang menuduh Datuk SeriAnwar sebagai penipu, kerana sebelum pilihanraya, Anwar telah berkata bahawa jika Barisan Nasional terus memerintah negara, minyak pasti akan naik 30 sen.

Namun apa yang berlaku adalah minyak telah dinaikkan sehingga 78 sen, hampir 3 kali ganda dari jangkaan Anwar.

Berikut adalah beberapa komen rakyat yang sempat dirakamkan Bermana:

"Wa sulah kata, itu Anwar talak boleh pecaya punya. Mana ada minyak naik 30 sen maa..Itu kelajaan sulah naikkan minyak 78sen, kira ok maa..wa boleh jadi cepat kaya" - Tokey Stesen Minyak XX"

Saya memang tak suka dgn Anwar tu. Dia nak turunkan harga minyak kalaudia jadi PM. Mana boleh. Kalau minyak turun harga, tak boleh lah saya naikkan lagi harga jualan makanan saya. Bila nak kaya kalo camtu?" -Pengusaha Kedai Makan

"Releks la bro..Lu kecoh2 minyak naik ni apa hal? Lantak la nak naik berapa pun. Gua tada hal punya. Janji diorang tak kacau geng gua dah la"- Mat Rempit aka Peragut Sambilan

"Err...minyak naik? naik ke mana? Minyak apa yang naik ni sedara?Minyak belacak ke minyak wangi?..Err..sorry le sedara. Saya pun dah lama takmengisi minyak kat stesen, saya pakai kad khas VIP je selama ni..taktau pulak nak komen apa.." - Anak Menteri Venezula

hehe.. lu olang ada kai lu olang pikir laa sendiri k.. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK