Tuesday, June 17, 2008

HARI MALANG ANDA??

Korang merasakan korangla insan paling malang hari ini... Iye ke?

Bacelah kisah orang-orang malang yang kemungkinan besar berkali-kali ganda malangdaripada korang yang malang....Tak percaye?

Teruskan membaca...

HARI MALANG ANDA?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh didalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telahberjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengansirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedahsiasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkankebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatanpenuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.

Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutanberlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopterdigunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari puncayang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masaseminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.

MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja diaterpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengantuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyidentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminyaterlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedikdihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar denganberhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agaktinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licinadalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidakmengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya.Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kainlembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak?Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus baliksendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecahterkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa danpening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakanrokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkukmenerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecilberlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantaidengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha danbelakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedikyang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa dibawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakankepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepasmenceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat.Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudiantergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga kekaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatanmenyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.

MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?

Ingat! Mungkin ini lebih buruk...

1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibattumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel)adalah sebanyak USD$80 000.. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjinglaut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dansorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menontonthiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.

2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayardari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!�Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuatatinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakangpintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambilmendengar Walkman... patah dua tulang tangan.

3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerjapenghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuahpusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzirtadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkankedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendektu..

AKHIR SEKALI...

4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yangcukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan denganreturn to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang diset meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepadakepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..

Exxon Valdez*

- Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali SeaRiver Shipping Company).- Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada23 Mac 1989.

- Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak.

- Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir denganpunca adalah tumpahan kritikal.

- Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang sertahelikopter.

- Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. namundisebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaransebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK