Tuesday, June 17, 2008

KISAH PILOT MASUK ISLAM SETELAH PESAWAT BAWA JENAZAH ULAMA DILINDUNGI AWAN

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibarmajalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikelmenarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebutsehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakhpun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allahmemeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangantersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaanpanas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew penerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebutmengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kitamengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas namaIslam.

2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahunyang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara denganpesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazahbeliau juga diiringi oleh polis.

4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuaidengan wasiat beliau.

5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberipenghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yangdatang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialahAlmarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

aLMarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena,Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan denganpesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batasdengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untukmemberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan rayasesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula daritol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kakike Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum UstazFadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilotyang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengankeihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dania sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agamaAllah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untukagama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alambarzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izinAllah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal ertipenat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Sumber:tranungkite

1 comment:

Liza @ Adzriel AB said...

Alfatihah... 9 tahun berlalu tetapi tetap di ingatan

http://adzriel.blogspot.com/2011/06/al-fatihah-9-tahun-ustaz-fadzil-noor.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK