Tuesday, June 10, 2008

Rakyat sahaja diminta berkorban, rasionalkah?

Oleh madihah_solehah"

petikan dari: www.tamanilmu.com

Keratan akhbar Isnin 9 Jun 2008 dipetik:

‘Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.

''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.''Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Dewan Pemuda Pas supaya elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.’

Oooh! Kalau mahu bercakap tentang rasional tak rasional barangkali kita boleh bertanya kerajaan tentang banyak perkara yang dibuatnya. Di antaranya:

Keuntungan Petronas sebelum ini:

-Menara Bekembar Pstronas RM10 bilion
-Trek Formula One RM286 juta
-Menaja Petronas Sauber F1 RM1 bilion setahun
-Menaja subsidi gas RM 14 bilion setahun yang hanya menguntungkan pembekal, antaranya YTL Power (milik Yeoh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong)
-Menyelamat beberapa syarikat termasuk milik anak bekas PM dan lain-lain.

Rasionalkah tindakan-tindakan di atas? Itu belum ditanya tentang perkara-perkara lain.

Misalnya:

Malaysia adalah negara pengeluar minyak, tetapi harga minyak jauh lebih tinggi dari negara pengeluar minyak lain.

Terengganu pula negeri pengeluar minyak tetapi rakyatnya yang kedua termiskin? Rasionalkah?

Benarkah MAS rugi RM900 juta untuk 9 bulan pertama 2005. Ada yang menyebut sebotol air mineral dijual kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Rasionalkah?

Monsoon Cup di Terengganu menelan duit rakyat sebanyak RM300 Juta. Rasional untuk kebajikan rakyat?

Laporan Ketua Audit Negara?

Kalau mahu disenaraikan sepenuhnya tindakan yang kelihatan tidak rasional, panjang juga. Tak tahulah kalau ada pakar ekonomi yang bertaqwa boleh me’rasionalkannya’ supaya rakyat puashati.Kemudian, kalau ditanya kepada saya, bukan sahaja elaun Menteri yang patut dipotong, bahkan gaji dan keistimewaan-keistimewaan lain juga patut dipotong, supaya sama-sama merasai denyut nadi bebanan rakyat.

Jangan sewaktu pilihanraya sahaja turun mendekati rakyat, memujuk dan mengugut rakyat supaya menyokong. Bila berkuasa sahaja, terus lupakan rakyat. Kadang-kadang disebut ‘Pemimpin Bersama Rakyat’, ‘Pemimpin Berjiwa Rakyat’ tetapi apabila diminta berkorban sedikit dengan dipotong elaun, lalu dikatakan tindakan tidak rasional. Tolonglah rasional wahai pemimpin Barisan Nasional!

NOTES : AMIK KAT TRANUNGKITE.NET

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK