Saturday, July 19, 2008

HATI-HATI DENGAN SMS BERANTAI

PERINGATAN PENTING UNTUK KITA YG BERAGAMA ISLAM...........!!!!!

Assalamualaikum wbt
Pernah tak dapat sms atau email sebegini ?
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.

Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.

JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan."

TEMAN2 YANG SAYA MULIAKAN..

Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan
ini kali kedua through email plak.
Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM
dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes
ini.

Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja
surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg
boleh melemahkan umat Islam dari dalam..

Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat
demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang
telah mengedarkannya!

1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya
(beriktikad) bahawa dengat kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan
dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.

2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari
surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum
ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima
dengan kesalahan ejaan ini.

3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm
kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja
kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father.

Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS!buat semua muslim!.

Pesanan ringkas saya,

Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.
Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau saya send sms dapat pahala, kalau sata reply dapat rezeki. Ini perkara serious, kerana ia membabitkan AQIDAH!

Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran. Tolong semak!

Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak.
Jam ada ayat QURAN ke....
Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.

Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi derma kat sorang pakcik tu!!

Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan

KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!

Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu BEB!! Kalau ANDA nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.

Yang baik dari Allah. Segala kekurangan adalah kelemahan saya juga.......WASSALAM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK