Wednesday, August 13, 2008

KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN RAKYAT

Oleh syahamin

"ASSALAMU ALAIKUM........

16 SEPTEMBER - TARIKH KERAMAT PAKATAN RAKYAT.

Ulasan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - 16 SEPTEMBER ADALAH TARIKH KERAMAT BAGI PAKATAN RAKYAT UNTUK MENTADBIR MALAYSIA.

Ulasan DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG - PAS hanya akan meneruskan agenda PAKATAN RAKYAT sekiranya jumlah Ahli Parlimen dalam Pentadbiran Pakatan Rakyat Majoritinya adalah Islam.

Ulasan LIM KIT SIANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi Perdana Menteri



SEKIRANYA KITA LIHAT POLA PEMETAAN PARLIMEN DI MALAYSIA BAGI PARTI-PARTI DI MALAYSIA, KITA DAPAT LIHAT IANYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-
a


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Rakyat

Carta pai yang mewakili bilangan perolehan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh setiap parti yang bertanding.


Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Rakyat















KEDUDUKAN SEMASA


Jadi, di sini saya ingin membuat ulasan sedikit kedudukan semasa AHLI PARLIMEN DALAM PAKATAN RAKYAT.


JUMLAH AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT - 82 Orang

Daripada Jumlah ini, saya bahagikan kepada 3 kategori iaitu AHLI PARLIMEN Melayu+Islam, Cina dan India. Berikut adalah senarai-senarai AHLI PARLIMEN terbabit.

------------------------------------------------------------------------------------

1) MELAYU + ISLAM ( 43 Orang – PAS=23 dan PKR=20 ) 2) CINA ( 28 Orang – DAP=22 dan PKR=6 ) 3) INDIA ( 11 Orang – DAP=7 dan PKR=4 ) ----------------------------------------------------------------------


16 SEPTEMBER- KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN RAKYAT

Sekiranya PAKATAN RAKYAT ingin mentadbir KERAJAAN MALAYSIA, sekurang-kurangnya 30 AHLI PARLIMEN daripada Barisan Nasional perlu berhijrah ke dalam PAKATAN RAKYAT dan PAKATAN RAKYAT akan memperolehi 112 Kerusi Parlimen daripada 222 Kerusi.

Jadi PAKATAN RAKYAT = 112 Kerusi
dan Barisan Nasional = 110 Kerusi

- Namun begitu, perlu diingat dengan saranan daripada PARTI PAS yang inginkan Bilangan AHLI PARLIMEN dalam PAKATAN RAKYAT majoritinya adalah Islam menyebabkan PAKATAN RAKYAT memerlukan sekurang-kurangnya 61 Kerusi Parlimen daripada kalangan Islam. Sekarang, PAKATAN RAKYAT mempunyai 43 kerusi daripada kalangan Islam dan memerlukan 18 Kerusi daripada AHLI PARLIMEN Barisan Nasional untuk memperolehi 61 Kerusi, itupun jika Pakatan Rakyat memperolehi 112 Kerusi, sekiranya lebih daripada 30 orang AHLI PARLIMEN Barisan Nasional berhijrah, jumlah kerusi Ahli Parlimen dari kalangan Orang Islam diperlukan.

KESIMPULAN

Saya yakin PAKATAN RAKYAT akan memerintah MALAYSIA tidak lama lagi dengan DOA daripada seluruh UMMAT ISLAM dan kebetulan TARIKH 16 SEPTEMBER berkemungkinan akan jatuh pada 17 RAMADHAN, di mana 17 RAMADHAN adalah HARI NUZUL QUR'AN. Hari yang penuh RAHMAT ILLAHI.

"

NOTES : cilok kat traningkite.net

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK