Tuesday, August 12, 2008

SEKADAR BERKONGSI RASA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Alhamdulillah.. pertama-tama dan selamanya2 marilah kita sama2merafa'kan rasa syukur kita ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnia serta kasih sayangnya, kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di beri ruang untuk bertemu di ruang siber ini..

Seminggu lepas ada seorang sahabat bgtau mak dia sakit and akan wat operation.. Insya Allah sama2 kita doakan moga2 dengan doa kita mak kepada sahabat kita tu akan diringankan kesakitan yang ditanggung..

Dalam pada itu tiba-tiba terdetik di hati.. "ish.. apa khabar mak aku".. 'Hmm.. Rindunya aku wlu baru 2 mlm lepas telefon".. entah la mengapa tapi kalau elemen mak atau ayah ini diungkit.. pasti tersebak aku.. terkesan dihati n teringat akan mereka..

jadi sekadar mengingatkan sahabat2 yang masih punya ibu atau ayah.. sayangilah mereka sementara mereka masih ada ni.. dan kepada yg sudah kehilangan mereka, sama2lah kita doakan akan kesejahteraan mereka..

tanpa mereka siapalah kita.. ibu yg mengandung dan melahirkan kita.. tertanggung rasanya jika aku yang mengalaminya.. betapa jerih penat lelah ayah yang saban hari tak jemu2 memerah keringat tulang empat kerat mencari sesuap nasi agar anak n isterinya punya rezki untuk dimakan..

teringat semua ini membuat aku kembali berfikir.. terbalaskah aku akan jasa2 mereka?? rasanya tidak dan sama sekali tidak.. lalu dengan cara apakah aku boleh membalasnya?? semoga Allah sahajalah yang menentukan.. hargailah kedua mereka selagi ada.. jgn dibiar mereka di rumah terindu2 'Haih.. Bila laa anak aku nak telefon ni??'.. kerana apalah lagi yang lebih besar dari menggembirakan hati mereka..

sekadar untuk ingatan kita bersama.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah namun melalui kita manusia yang sentiasa bersifat lemah.. moga2 ada manfaatnya..

wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK