Cinta terlarang kerana Allah??
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati
Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik
yea~… -Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir
yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih
tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini?
Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan
bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai
nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula
dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang
tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah!
Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim
summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan
berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat
baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan
juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan
sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun
sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. `Boring' juga
kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL
sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun
boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak
untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan
daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku
seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi
aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah
menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi
aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda
sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid
Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan `early
dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak `mengingatkan' bagi
aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke
rumah saudaraku… Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat
situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang `couple'
yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah
taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja.
"Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok.
Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk. "Dalam Islam ada ke macam ni?"
Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku
terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah
benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia `counter' lagi.
Huh. Diam sahaja lah! "Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin
cuba menyedapkan hati. Tidak lama selepas Amin terbang
pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia
ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan
tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham
sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak
`rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung
menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja.
Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira
kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih
faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah
banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya
agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa
itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - `Jaga hubungan dengan
Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan
kita.' Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini?
Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.
Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk
ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga
setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain
dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan
perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang
`playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
`Tuuut. Tuuut…' Nada dering SMS
berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. "Esok free tak? Boleh kita
chatting?" "Boleh… Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia
saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS
saja untuk `wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia
masih sayang padaku. "Ok.Tq…" balasnya pula. Keesokannya, aku menanti
awal dia online. `Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in. Oh, tepat
sungguh waktunya… Amin: assalamualaikum wbt. Wani: wsalam… Amin: apa
khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak? Amin:
alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni…
tp takpe, ok je semua Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks
for the bday wish last week… Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket
tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit… Wani: wah,
rajinnya… baguslah! Amin: hurm… Amin: study macam mana? Wani: ok je…
new sem ni berat sket.. Jadual pack. Amin: oic… Amin: takpe, study
rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita
sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam
email tu dulu yang kita ni kan `kawan'… tak lebih daripada tu… tp,
special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la… Amin: hurm… Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan
mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami
isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut
diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya… Wani:
jadi… Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah… Amin:
sbb…… Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak
berlaku… Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati
tetap ber'zina'… Amin: huh… Amin: saya bercakap itu dan ini pada org
ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak
sepatutnya saya buat… Amin: kononya Islamik… Amin: saya rasa cara ni
tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn
Islam… then, org nampak Islamik… Amin: saya rasa takde beza pun kita
dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh.. Amin: hurm….. Amin: jadi, saya
rasa kita harus berpisah… Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk
kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… Amin: sorry… sorry byk2 untuk
segala apa yang telah kita buat… Amin: dan sorry juga sbb telah
membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… Amin: andai ada jodoh, moga
dipertemukan… Astaghfirullahalazi m… Aku beristighfar panjang. Ku kesat
peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja.
Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti
ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta
points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan
berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun
ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk
menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan
yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa
mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon
keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya
selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan
taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam
dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah… Tiba-tiba
aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh
naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai
Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai
seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk
kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke
dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman
itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa
yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku
menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul
ini. Aku terus menjawab ringkas…. Wani: thanks & sorry too… saya
terima… Alhamdulillah… Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di
sana. doakan saya juga. Wani: wassalam. Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu
memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan
sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui
cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah,
saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta
hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami
telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi…
Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku
pada jalan redha-Mu. "Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah
nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu
tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap
menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. "Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku
dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan
`presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja
dalam program `Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi
siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan
negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan
soal cinta
Posted in Pembina
No comments:
Post a Comment