Wednesday, September 24, 2008

FASA KETIGA RAMADHAN

salam 10 malam Ramadhan yang terakhir..


Alhamdulillah sedar tak sedar Allah dah sampaikan kita ke 10 malam Ramadhan yang terakhir.. Fasa ketiga iaitu fasa "pelepasan dari api neraka".. Juga dimana di dalam fasa inilah Allah janjikan sebuah malam yg lebih mulia dari seribu bulan.. Itulah malam al-qadr..

Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 "Dan bulan Ramadhan itu, diturunkan al-Quran di dalamnya, yang menjadi petunjuk kepada manusia.." Dan Allah juga berfirman dalam surah al-Qadr "Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran pada malam al-Qadr. Dan apa itu malam al-Qadr?. Sesungguhnya malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan"...

dan kalau kita sorot kembali .. Ramadhan ini menjadi mulia kerana diturunkan al-Quran di dalamnya.. Nabi Muhammad khatimul anbiya' pun menjadi nabi paling mulia kerana dikurniakan mukjizat al-Quran. Dan kita, Umat nabi Muhammad juga jadi mulia kerana diberikan al-Quran..

Kita perlu berterima kasih kepada Saidina Uthman bin Affan atas jasa beliau menyusun ayat2 al-Quran seperti yg kita baca sekarang dan juga kepada HUjaj bin Yusoff kerana telah mengarahkan 2 orang ulamak untuk meletakkan baris2 pada ayat2 al-Quran yg kemudiannya berkembang sehinggalah seperti yg dapat kita saksikan sekarang ini.. Bersyukurlah kerana atas kebijaksanaan mereka al-Quran telah terpelihara kesucian n keasliannya sehingga ke hari kiamat..

Jadi sekadar ingatan bersama.. Sama2lah kita merebut kelebihan2 yg ada pada malam2 terakhir Ramadhan ini n terutamanya pada Malam2 yg ganjil.. Mudah mudahan dipertemukan dengan lailatul qadr.. walaupun tidak dapat secara langsung kerana perkara ini berkaitan dgn kasyaf, namun sekurang2 nya kalau kita dapat tempias keberkatan pada malam itu pun jadi laa..

Jgn kita tertipu dengan kemeriahan Syawal sampai kita lupa akan keberkatan Ramadhan.. Kerana kita tidak pasti apakah tahun hadapan kita masih diberi peluang untuk bersama lagi dengan Ramadhan atau tidak.. Kerana mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kita yg terakhir..

Sekian..

Wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK