Saturday, September 13, 2008

RAMADHAN AL KAREEM

Assalamualaikum semua kawan2..

Pertama-tama kalinya marilah kita sama-sama merafa'kan rasa syukur kita kepada Allah Azzawajalla. . Kerana telah menyampaikan kita kepada bulan ramadhan al-mubarak.. dimana bulan yang dijanjikan Allah akan segala keberkatannya. . dalam sebuah hadis nabi yang berbunyi.. 'barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan segala dosa2nya yang telah lalu"..

Bulan dimana pahala amalan kita digandakan berlipat kali ganda sehinggakan amalan sunat dalam bulan ramadhan sama dengan pahala amalan wajib manakala amalan wajib pula digandakan 70 kali ganda pahala.. Nabi turut berpesan agar kita banyak melakukan sedeqah dan membaca al-quran di bulan ini.. insya Allah marilah kita ramai2 merebut peluang dalam pesta ibadah ini..

syeikhul islam imam al-ghazali membahagikan orang yang berpuasa kepada 3 bahagian.. puasa yang pertama adalah puasa orang awam.. puasa yang dilakukan dengan menahan diri dari makan minum dan perkara2 yang membatalkan puasa.. puasa yang kedua ialah puasa orang khusus (VIP).. iaitu mereka yang berpuasa dan turut sama berpuasa ialah anggota badan mereka.. dan puasa yang ketiga ialah puasa khususul khusus (VVIP).. iaitu puasa mereka2 yang menahan bukan setakat anggota badan malah segala2nya dari melakukan maksiat kepada Allah.. MasyaAllah

selain itu sebagai ingatan bersama agar kita tidak terkeliru.. jgnlah kita terlalu mengejar pahala sunat sehingga melupakan yang wajib.. contohnya ada orang yang berazam untuk habiskan 30 juzuk al-quran @ taknak tinggalkan terawih @ taknak tinggalkan sahur.. tetapi bagaimana perkara2 yang lebih dituntut?? seperti solat fardhu berjemaah?? solat fardhu di awal waktu?? sepatutnya amalan2 ini lebih diutamakan.. jgnlah kita menjadi golongan2 yang tertipu..

akhir kata seperti firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 183.. "Wahai orang2 yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, seperti mana yang telah diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, mudah mudahan kamu beroleh taqwa".. Allah akhiri ayat ini dengan "mudah mudahan kamu beroleh taqwa" yakni tak semua org yg puasa akan dapat darjat taqwa ya Allah janjikan.. Juga ingatlah sebuah sabda nabi "berapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yg mereka dapat darinya hanyalah lapar dan dahaga"

sekadar ingatan bersama dan lebih2 lagi ditujukan buat diri yang lemah ini.. maaf atas segala silap dan salah.. kalau2 ada terhutang apa2 tuntutlah ya..

"semoga panasnya "ramadh" akan turut membakar sama dosa2 kita"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK