ASSALAMUALAIKUM. .
Semenjak dua menjak lepas raya ni.. banyak betul berita kematian yg aku terima.. yg terbaru pak sedar aku kat padang serai (naim kenai kot) meninggal kamis pagi hari tu.. Almarhum memang suffer penyakit 3 berangkai (kencing manis, darah tggi, n jantung).. meninggal dalam tidor.. mak sedara aku gerak nak subuh dah tak dak.. kesal kerana aku tak mampu nak balik.. sekadar mengirim doa dari jauh.. AL-FATIHAH..
Agak sedih kerana aku amat rapat dgn keluarga almarhum.. lagi sedih kerana pada raya kedua kami ada wat perhimpunan keluarga kat umah aku.. Almarhum sgt gembira n tetiba subuh kamis aritu (2 mggu lepas raya) Ayah aku call kata pak chaq dah tak dak.. Meninggal dalam tido.. Tuhan lebih menyayanginya. . Alhamdulillah anak2 dia pun suma dah besaq n yg bongsu pun dah nak amik spm thn ni.. Semoga Allah merahmati roh Al-Marhum..
Allah berfirman dalam surah Ali Imran di awal ayat 185.. "Sesungguhnya tiap2 yg bernyawa itu pasti akan merasai mati".. Jadi kematian tak mengenal siapa.. Tua mati, muda pun mati.. Kaya mati, miskin pun mati.. yg sakit mati, yg tak sakit pun mati.Cumanya kita berharap dan berdoa ketika dan saat nyawa kita dicabut biarlah dalam keadaan kita HUSNUL KHOTIMAH.. dalam keadaan Allah redha n kita pun redha dalam perjalanan menempuh hidup yg kekal abadi di akhirat sana..
Sabda nabi.. org yg paling bijak adalah mereka yg sentiasa ingat mati.. Para muhaddisin menjelaskan bahawa frasa ingat mati tu bukan sekadar ingat tapi bersedia untuk mati.. seperti kita nak pi memancing laa.. pastinya kita akan bawa segala kelengkapan kan.. kalau terkurang persiapan nanti suasana mancing tak feel.. n kalu kita bawa dgn rapala serta joran yg terbaik dan sebagainya pastinya suasana akan berbeza skali..
Aku bukanlah org yg layak memberi tazkirah atau mau'idzah ini.. sekadar perkongsian dgn sahabat2 agar sama2 kita beringat.. ENTAH ESOK ATAU LUSA ATAU SEENTAR LAGI kita akan berpisah buat selama-lamanya. .
Jadi sempena masih Allah beri ruang n peluang ni.. Apa laa kiranya kita korbankan sesen dua kredit utuk sms kawan2.. sekadar bertnya kabar n meminta maaf andai punya kesalahn samada yg tersirat atau tersurat.. biar ukhwah ini insya Allah kekal sampai ke akhirat sana..
Maaf kerana ketika n saat aku menulis email ini jiwa agak emosi,longgar, kacau,berkocak n tak tenteram lantaran kerana terlalu memikir tanpa bertindak.. memikir dgn emosi n bukan rasional.. Moga Allah tetapkan hati dan iman.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..
No comments:
Post a Comment