Tuesday, December 23, 2008

DAH NAK HABIS CUTI DAH..

Assalamualaikum..

Halo hai semua hehe.. Bertemu kita lagi kat blog aku ni.. So posting kali ni just nak berkongsi laa serba sket tentang aktiviti aku masa cuti kali ni..

N firstly nak crita laa bab aku wat keja tu hehe.. Alhamdulillah berjaya gak aku n kawan aku tu menyiapkan survey kami ke atas lebih 175 orang penduduk daerah sekitar KULIM ni.. Banyak gak laa pengalaman n kisah suka duka yang boleh diambil iktibar n pengajaran n pengalaman berharga yang kita tak dapat hatta di university pun.. Pengalaman kena halau, penduduk wat tak layan laa, kena ligan n disalak anjing lagi.. pergh pendek kata (bukan panjang yg kata k) mmg memenatkan namun berbaloi.. dan Alhamdulillah, dengan kerja social ni aku dapat menambah laa aku punya PR (public relation) skill aku n dapat tgk mcm mana keadaan hidup manusia.. yg kaya yg miskin yg muda hatta yg tua, memberi aku pengalaman berharga laa jugak.. Tapi kalu ke depan mai ni aku macam tak sanggup pun ada gak hehe.. cukup laa..

Secondly nak crita laa bab berjumpa dengan kawan2 lama aku.. dari sekolah rendah, kawan sekolah menengah n even kawan plkn aku hehe.. seronok woo leh jumpa2, sembang2, buka crita lama.. riuh rendah n gamat jadinya hehe.. dua tiga kali gak laa aku balik umah dekat kol 12 tgh mlm (family rule : pulang sebelum jam 10pm) hehe. Pagi tu ayah n mak aku bising la gak.. bukan apa depa just risau jaa.. hehe layan je laa.. tp yg plg tak leh lupa time kami pi ziarah kubur salah sorang member sekolah menengah aku (SMKA Baling); almarhum mohd hazwan wafiy bin abu Hassan.. Arwah meninggal 7hb mei 2005 akibat serangan jantung.. Agak sedih n terkilan laa sebab aku tak leh pi nak tgk jenazah n nak solatkan jenazah kawan aku tu coz masa tu aku dalam kem plkn (kat Dususn Minda Resort,Kuala Nerang).. Dan selepas 3 thn, kami ramai2 kumpul n pi semula nak ziarah kubur n keluarga arwah kat masjid daerah Pendang. Suasana sedih menyelubungi rombongan n kami ramai2 sedekahkan bacaan tahlil ringkas n doa yg diketuai as-syeikh Ahmad Adhwan bin Abdul Latif dan doa dibacakan oleh As-Syeikh Mohd Rizal bin Abu Seman.. Semoga Roh Al-marhum dicucuri rahmat n ditempatkan bersama dgn orang2 yg beriman (al-Fatihah)

Tu je la kot aktiviti besar yang aku terlibat n lakukan time cuti ni selain jadi driver mak n ayah aku serta pi makan kenduri yang tak sudah2.. asal sabtu n ahad je mesti pi makan kenduri.. siot tol.. wat laa hari lain sama.. ada 1 hari tu rekod, family aku pi 5 kenduri daripada 7 kenduri.. rumah keempat n kelima tu ayah aku trun pi jumpa tuan rumah jaa.. tak makan dah.. OVERLOAD..

Hehe layan je laa k.. so jumpa lagi di semester baru tahun depan.. insya Allah.. salam perjuangan!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK