Sunday, January 4, 2009

CELAKA ISRAEL!! JAHANAM AMERIKA!!

Assalamualaikum.. Salam Ukhwah.. Salam Mujahadah.. Salam Islah..

Setelah seminggu menjadi pemerhati dan pengulas tak formal tentang isu Palestin selepas 27 disember 2008.. Hari ni aku terasa terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang apakah yang sebenarnya yang terjadi di Palestin..

Sebelum itu kita tengok sikit sejarah Palestin.. Negara Palestin kalau kita nisbahkan di Malaysia ni, hanyalah sebesar negeri Johor campur Melaka dan campur Negeri Sembilan.. Itulah Palestin.. Dan yang dikatakan Semenanjung Gaza itu pula hanya seluas 362km persegi atau kalau dinisbahakn dalam negeri johor ni, hanya sebesar daerah Pontian.. Tetapi bilangan penduduknya adalah seramai 1.5 juta orang dan sebahagian besarnya adalah pelarian yang telah dinafikan hak mereka di tanah air sendiri oleh rejim zionis laknatullah hi alaih.. Ini menjadikan kawasan Gaza itu sangat padat kerana kawasan kecil dan penduduknya ramai..



Kronologi peristiwa berdarah 27 Disember 2008 hari tu adalah rentetan dari peristiwa kemenangan HAMAS dalam pilihan raya Palestin yang dilihat paling bersih pada Januari 2006. Rakyat telah memilih perjuangan HAMAS dan menolak kepimpinan korup FATAH.. Amerika dan Israel laknat ni tak puas hati, kerana mereka melihat HAMAS sebagai pertubuhan pengganas dan polisi HAMAS yang sama sekali menolak untuk mengiktiraf Negara HARAM ISRAEL.. Jadi atas rasa tidak puas hati ni, Amerika mengupah samseng Fatah untuk membuat kacau dalam pemerintahan HAMAS di Palestin..

Dan kemuncak perkelahian antara FATAH dan HAMAS adalah pada jun 2007, bila mana FATAH mengeluarkan kenyataan untuk membunuh Perdana Menteri HAMAS Ismail Haniyeh. Jadi HAMAS telah mengambil tindakan drastic untuk menghalau keluar pengikut FATAH dari Gaza dan mengesuai sepenuhnya Gaza.. Dan bermula dari itulah Israel mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza, yang mana kita lihat bukan setakat pergerakan keluar masuk Gaza disekat, tetapi apa yang menyedihkan bantuan kemanusiaan pun turut disekat. Air disekat, bekalan elektrik disekat, makanan dicatu, malah bekalan lilin untuk memanaskan badan di waktu malam pun disekat..Sehinggalah pada januari 2008 bila mana rakyat Gaza sudah tak tertahan lagi, HAMAS telah merobohkan tembok RAFAH yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Palestin di Gaza berpusus-pusu meluru keluar ke Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asasi lain.

Dan pada Jun 2008 termeterailah satu genjatan senjata selama 6 bulan di antara Israel dan HAMAS atas usaha Mesir yang menjadi orang tengah, yang mana terma-terma perjanjiannya amat kabur.. HAMAS menganggap apabila termeterai genjatan senjata, sekatan akan dikurangkan, malangnya sekatan lebih kuat dan bantuan kemanusiaan masih tak dapat disampaikan.. Hingga kanak-kanak di Gaza diancam kebuluran. Polisi Israel adalah untuk membiarkan orang sakit terus sakit, hinggalah pada saat orang tu tenat, barulah dia diberi rawatan, bukan untuk memulihkan, tetapi sekadar untuk membiarkan dia hidup. Supaya orang yang berada di Gaza adalah dalam keadaan lemah. CELAKAKAN??

Namun rupa-rupanya genjatan senjata ini telah diambil kesempatan oleh Israel untuk membuat risikan ke atas kedudukan strategic HAMAS seperti rumah-rumah pemimpin HAMAS, stesen janakuasa, loji bekalan air mentah, stor senjata, masjid, university dan hospital juga tak terkecuali.. Dan mulai November 2008 Israel telah membuat provokasi dengan sengaja mengadakan latihan ketenteraan dan menghalakan peluru berpandu ke arah Gaza. Ini mencetuskan semula ketegangan antara HAMAS dan Israel. Dan setelah tamatnya perjanjian genjatan senjata pada awal disember, provokasi Yahudi Israel terus menjadi-jadi..

Dan kemuncaknya adalah pada 27 disember 2008, bila mana, Rakyat Gaza ketika itu sedang menyaksikan perarakan tamat latihan polis Palestin di Gaza City, itulah ketikanya Israel jahanam ni melancarkan 100tan bom melalui serangan udara dan laut ke atas wilayah Gaza yang membunuh seratus lebih orang kebanyakkannya adalah polis-polis Palestin yang baru tamat latihan.. CELAKAKAN??.. Dan serangan ini disifatkan terburuk dalam sejarah 60 tahun rakyat Palestin dijajah oleh Negara HARAM YAHUDI ISRAEL ni.. Ini bukan setakat perang menghapuskan HAMAS malah boleh dilihat sebagai penghapusan etnik Palestin di GAZA.. Israel yang dirasuk syaitan tu terus berpesta membunuh orang awam Palestin, wanita dan kanak turut tak terkecuali. Sehingga kalau kita lihat perangkaan terkini hamper 600 orang terkorban dan 2000 lebih cedera. Sedangkan kematian di pihak Israel hanya 4,5 orang dan yang cedera pun hanya puluhan sahaja.

Walau diasak hebat tentera Israel laknat yang lengkap bersenjata , sayap tentera HAMAS tak jemu-jemu melancarkan roket buatan sendiri yang berkeupayaan mencapai sasaran sejauh 30-40km.. Syabas kepada para mujahidin yang menjadi wakil kita disana.. Walaupun kita tak dapat bersama-sama mereka, namun hanya doa dan bantuan-bantuan amat diharapkan oleh mereka.. bantulah semampu mungkin agar bila Allah Tanya apa yang kita buat, kita ada buktinya.. Yang paling penting, isu Palestin ini jangan dilihat sebagai isu Negara tetapi harus dilihat sebagai isu aqidah. Israel lupa bila mana Hezbollah yang hanya mempunyai ratusan tentera dapat menang melawan Israel yang ribuan tu dalam peristiwa perang 32 hari dulu. Mereka tak ambil pengajaran macam mana mujahidin di Afghanistan yang hanya bersenjatakan senapang patah dapat menghalau Soviet Union keluar dari Afghanistan.



Banyakkanlah solat-solat hajat dan bacaan doa qunut nazilah untuk para mujahidin dan muslimin di Palestin. Moga-moga Allah beri kekuatan kepada mereka dan moga-moga beroleh kemenangan.

AMAN PALESTIN !!
HANCUR ISRAEL !!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK