Thursday, January 1, 2009

Mahmoud Abbas sudah tahu tarikh sebenar serangan rejim Zionis ?

Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:30:52 MYT
Topic: Berita Semasa

Rabu ,31/12/2008 -Pengerusi PA Mahmoud Abbas telah mengarahkan pegawai-pegawainya di Ramallah satu hari selepas serangan udara terbesar rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza untuk membentuk satu kumpulan pengganti menteri dalaman dan komander-komander keselamatan bagi pesiapan mengambil alih hal ehwal Gaza apabila Hamas digulingkan, satu laporan rahsia diperolehi oleh PIC.

Ia menambah bahawa Abbas, yang sekarang ini berada di Kaherah dan dalam perjalanan ke Arab Saudi, beliau akan menyelaraskan pendirian bersama Mesir untuk berkonfrontasi sebarang perubahan di Gaza ekoran operasi ketenteraan rejim Zionis..

Sementara itu, MP Hamas , Mushir Al-Masri menuduh Abbas sebenarnya telah mengetahui sejak dari awal tarikh sebenar serangan rejim Zionis yang bermula Sabtu lalu.

Beliau menambah bahawa maklumat itu bukan lagi rahsia . Abbas awal2 lagi telah meninggalkan tanah Palestin untuk Arab Saudi dan tidak lama selepas itu , serangan oleh rejim Zionis secara besar-besaran telah dilancarkan ke Gaza.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK