Saturday, June 6, 2009

MENYERU PARA JEMAAH MEMAKMURKAN MASJID

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 18; yang bermaksud...
“Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan tidak takut (kepada apapun) kecuali kepada Allah. Maka mudah mudahan mereka termasuk ke dalam golongan orang orang yang mendapat petunjuk”

TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Dalam ayat yang saya bacakan tadi, jelas bahawa Tuan Punya Dunia, Allah Azza Wa Jalla mengkehendaki kita sebagai hambanya untuk memakmurkan rumah-Nya iaitu masjid. Dan Allah menetapkan ciri-ciri mereka yang memakmurkan masjid itu kepada 5 iaitu yang pertama mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, mereka yang konsisten mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta mereka yang tidak takut kepada apa pun atau sesiapa pun kecuali kepada Allah.

Dalam konteks memakmurkan masjid ini, fungsi masjid perlulah dilihat dalam skop pandangan yang lebih luas. Tidak hanya sekadar tempat melakukan ibadah ritual semata-mata malah lebih dari itu. Kita ambil contoh ketika zaman Rasulullah S.A.W, baginda Rasul tidak sekadar menjadikan masjid tempat bersolat sahaja malahan masjid juga dijadikan sebagai tempat pertemuan masyarakat, tempat masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti perekonomian dan malah rumah isteri-isteri Rasulullah S.A.W sendiripun adalah di keliling Masjid An-Nabawi.

TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN SEKALIAN,

Masjid jangan sesekali dipandang sepi. Dan janganlah kita sekadar menjadi ahli sunat wal jumaat iaitu golongan mereka yang hanya mengunjungi masjid seminggu sekali sahaja ketika menunaikan solat jumaat atau setahun dua kali sahaja iaitu ketika menunaikan solat sunat dua hari raya. Atau yang lebih teruk lagi, langsung tidak pernah menjejak kaki ke masjid kecuali ketika hari pernikahannya. Na’uzubilllah hi min zalik.

Ingatlah sidang jemaah sekalian bahawa setiap dari kita ini pasti dan pasti akan menemui kematian. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 185; yang bermaksud...

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia beroleh kemenangan. Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”

Jadi adakah masjid hanya akan dikunjungi hanya ketika berlakunya kematian? Atau hanya ketika urusan pernikahan dan kenduri kendara? Dan ingatlah walaupun semasa hidup kita tidak pernah menghampir diri ke masjid, namun masjid adalah destinasi terakhir kita setelah meninggal dunia sebelum dikuburkan.

Cuba tuan-tuan bayangkan situasi di mana pegawai-pegawai masjid pula mengambil tindakan yang sama. Jika tuan-tuan rumah yang tidak pernah hadir ke masjid, pegawai-pegawai masjid tidak akan hadir ke kenduri kendara dan jika berlaku kematian, uruslah sendiri tanpa melibatkan pegawai-pegawai masjid. Mahukah situasi ini berlaku?? Maka fikir-fikirkanlah.
Bagaimana mungkin tuan-tuan yang tak pernah hadir dan bermasyarakat dengan pegawai-pegawai masjid, tiba-tiba bila berlakunya kematian atau kenduri kendara dansebagainya, mengharapkan pegawai-pegawai masjid hadir dan menguruskan segalanya.


+/- Read More



TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan sekalian marilah sama-sama kita mengembalikan institusi masjid sebagaimana yang sepatutnya. Solat berjemaahlah di masjid dan hadirilah kuliah-kuliah ilmu di masjid. Kita ajak anak-anak dan isteri kita ke masjid agar sama-sama dapat memakmurkan masjid ini dan seterusnya mendapat keredhaan Allah. Insya Allah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK