Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA !! MERDEKA !!

TANGGAL 31, BULAN 8, 57
MERDEKA MERDEKA,
IA PASTI MENJADI SEJARAH..

Mesti kita akan dengar lagu ni tiap kali bulan kemerdekaan menjelang. Lagu yang dinyanyikan oelh Allahyarham Sudirman ni rasanya belum punya tandingan lagi.Namun dalm keghairahan kita menyambut merdeka, ada satu persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur. LAYAKKAH KITA MERDEKA.

Sedikit catatan sejarah yang jarang2 kita dengar..

Ketika Tunku Abdul Rahman hendak ke England untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air, siapakah yang beliau jumpa? Menurut catatan sejarah, Tunku pergi berjumpa seorang ulama terkenal di Kepala Batas, iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Fahim.


Tunku tanya rombongan tu nanti nak pi naik apa? Dan Syeikh Abdullah Fahim kata, pergi naik kapal laut dan balik naik kapal terbang. Sebab? Kalau pergi dengan kapal laut, rombongan ada masa yang panjang untuk bermesyuarat sebelum berjumpa dengan pihak Ratu England. Dan bila dah dapat keputusan cepat2 balik takut British tukar keputusan..


Bila dah dapat kemerdekaan Tunku balik dan jumpa lagi dengan Syeikh Abdullah Fahim dan tanya bilakah tarikh yang sesuai untuk diumumkan kemerdekaan negara. Buat pengetahuan semua Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ahli Falak hebat di Tanah Melayu. Dan merupakan founder ilmu Falak moden. Dan dia mencadangkan agar tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai untuk mengumumkannya. Kalau tak dapt tarikh tu, tarikh yang paling barakah adalah tujuh tahun selepas itu. Tetapi kalau dapat tarikh 31 Ogos 1957, enam tahun selepas itu, Tanah Melayu akan bertukar nama.


Itulah pandangan seorang ulama, pandangannya mendapat bimbingan dari langit. Dan ini adalah contoh gandingan mantap Ulama dan Umara. Yang kalau pada hari agak2 dapat ak kita tengok?






+/- Read More??



Berbalik semula kepada persoalan tadi ialah layakkah kita merdeka? Kerana merdeka menurut Islam adalah bukan setakat merdeka fizikal semata2 tetapi juga merdeka jiwa. Islam datang kepada kita untuk membebaskan kita dari sebarang bentuk perhambaan kepada mengabdi diri kepada Allah. Islam membawa kita keluar dari kegelapan Jahiliyyah kepada cahaya Rabbaniyah. Islam memberi kita keluasan akhirat berbanding kesempitan dunia.

Dalam situasi umat Islam semasa di Malaysia, dengan kadar jenayah yang meningkat tinggi, dengan masalah sosial yang sangat meruncing, apakah kita sudah benar2 merdeka? Ibnu Khaldun mengungkapkan bahawa sesebuah tamadan akan melalui 3 Fasa. Fasa yang pertama ialah fasa kita diberi nikmat dan kemakmuran oleh Allah tapi kita semakin lupa kepada-Nya. Fasa kedua ialah bila fasa pertama berlalu, Allah akan beri lebih lagi nikmat dan kemakmuran yang telah Dia kurniakan. Dan sampailah kepada Fasa ketiga iaitu Allah akan hancurkan kita dengan kadar yang segera sehinggalah kita rasa kita tak berdaya langsung untuk bangun semula.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. Jumpa lagi di posting yang seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

salam..otai..artikel yg bez!
2 thumbs up!

OtAi said...

thanks.. hehe isi ceramah kemerdekaan kat masjid UTM.. cuma huraikan sket2 ja.. by the way thanks ye hehe.. ni sapa ye??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK