Wednesday, October 7, 2009

TAKDIR ILAHI

Hidup ini adalah ujian. Dan oleh kerana itulah kita sebagai manusia yang mengaku Allah itu Tuhan dan Muhammad itu nabu perlulah menerima setiap ketentuan ilahi. Kita sebagai hamba adalah selamanya layak untuk diuji. Oleh itu langkah pertama jika kita menerima sebarang bentuk ujian adalah insafi diri dan terima bahawa kita ini hamba hakikatnya dan kita memang layak Allah uji.

Baik dan buruk hanyalah pada pertimbangan akal manusia yang terbatas. Sedangkan hakikatnya setiap apa yang Allah takdirkan berlaku ke atas kita hamba-Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Dia tidak akan mentakdirkan sesuatu yang sia-sia.

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 216

"Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia sebenarnya melarat kepadamu. Allah maha mengetahui tapi kamu tiada mengetahui"

Segala takdir adalah yang terbaik dari-Nya untuk kita hamba-Nya. Sungguh Dia takkan pernah menzalimi dan mentakdirkan sesuatu yang sia-sia buat hamba-Nya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK