Sunday, January 3, 2010

"HADIAH" TAHUN BARU 2010


Tahun baru 2010. Hadiah tahun baru 2010 buat umat Islam 1Malaysia.

Awal Jan 2010 – negara dikejutkan dengan keputusan “berani mati” hakim mahkamah tinggi Kuala Lumpur, hakim Lau Been Lan yang telah menafikan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menyita akhbar The Herald Times ekoran permohonan mereka yang mahu menggunakan nama “ALLAH” untuk orang bukan Islam.

Keputusan ini sekaligus telah menafikan kuasa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri. Maka timbullah banyak suara-suara bantahan yang akhirnya telah memaksa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan keputusan yang dibuat oleh hakim tersebut.

Namun apa yang menjadi kekeliruannya, apabila ada pula pihak yang menyokong keputusan terbabit. Kita mulakan dengan babak pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Abdul Khalid Samad (PAS) yang senada dengan kepimpinan tertinggi PAS untuk menyokong keputusan tersebut, dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Peguam Zulkifli Nordin (PKR) yang menentang.

Dan kemudian diikuti pula oleh perbalahan antara Dr.Asri Zainal Abidin (mantan Mufti Perlis) dengan Dato’ Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas). Dr.Asri memperknalkan 6 cara untuk menggunakan nama Allah bagi yang bukan Islam, sementara Dr.Haron Din menyatakan seseiapa yang menyokong keputusan terbabit menghampiri kepada kekufuran. Lalu di balas semula oleh Dr.Asri agar Dr.Haron Din balik mengaji semula ilmu Tauhid.

Apa sudah jadi Malaysia?? Bila ahli agama atau agamawan sendiri saling berbalah. Namun aku menyokong cadangan Ustaz Ahmad Awang (mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia) agar perkara ini bukan sahaja dibincang memalui jalan mahkamah namun patut diadakan dialog supaya masyarakat lebih faham.


Dan dalam khutbah tengah hari tadi di masjid Sultan Ismail UTM pun tuan khatib ada mengulas perkara ini. Kata khatib penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dengan tujuan baik dan tidak menimbulkan fitnah adalah dibolehkan. Kerana yahudi dan kristian telah lama menggunakannya yang merujuk kepada Tuhan yang menciptakan alam ini. Namun jika ALLAH itu mahu disamakan dengan Jesus atau Tuhan-tuhan lain maka itu tidak boleh.

Aku sebagai orang yang jahil dan tak berilmu dalam perkara ini menyerahkan saja keputusan ini kepada para ulama kita. Namun diharapkan janganlah ada pihak yang terus mengapi-apikan sentimen ini. Kita perlu rasional dan duduk sama berbincang dari hati ke hati untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana isu ini maha sensitif..


1 comment:

Chaoi said...

betol la otai..ak sokng ko..
jd la follower blog aku gak..huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK