Sunday, January 31, 2010

HIPOKRIT..

Hipokrit.. apa itu hipokrit? Kalau kita tanya kawan-kawan mesti banyak makna yang akan diberi kat korang. So sebagai ringkasan hipokrit atau hipokrasi adalah suatu sifat manusia yang berpura-pura. Jadi apa kena hipokrit ni dalam kehidupan kita sebagai manusia. Jom kita sorot kembali keadaan sekeliling kita.

Ada pelbagai jenis hipokrasi dalam dunia ni sebenarnya. Cuma adakah kita sedar atau tidak yang kita selama nipun selalu berhipokrasi. Ada hipokrit untuk tujuan melawak antara kawan-kawan. Ni kira peringkat yang ringan laa. Ada hiporit jenis sederhana seperti menipu duit member atau ketika nak ngorat awek. Dan yang paling berat mungkin membawa kepada perkara-perkara yang melibatkan agama, politik, maruah dan sebagainya.

Ada orang yang selalu kita lihat sangat berhipokrasi dalam menjaga stail dan imej mereka. Mungkin kerana kedudukan atau mungkin kerana lain-lainnya. Walau hakikat sebenar, imej mereka itu tak lah sebagus mana.Ada yang berhipokrasi untuk menjaga hati yang tersayang, walau hakikatnya yang tersayang dia tu lebih dari seorang.

Kita tak sedar yang sebenarnya ketika kita berhipokrit kita sedang menghancurkan diri sendiri. Sedang menghancurkan mereka-mereka yang menyayangi kita. Menghancurkan harapan mereka yang sangat kepingin untuk melihat kita berjaya. Dan yang paling berbahaya adalah hipokrasi yang bisa menghancurkan negara atau agama kita.

Selalunya memang sukar untuk kita menilai seseorang melalui gaya penampilannya. Atau melalui kata-kata yang disampaikannya. Kerana setiap penampilan dan kata-kata itu seringkali memperdaya. Kita memerlukan lebih dari sekadar mata yang melihat dan telinga yang mendengar untuk menafsir sesuatu disebalik penampilan atau kata-kata. Inilah gunanya mata hati. Dan ini semua dapat kita perolehi dari kebijaksanaan dan pengalaman.

Jadi persoalannya.. Adakah kita juga pernah menjadi manusia yang hipokrit? Jika jawapannya tidak pernah. Maka sahlah yang korang tu hipokrit..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK