Friday, February 26, 2010

SINDROM ABU LAHAB



SINDROM ABU LAHAB..

Tanggal 12 rabiulawal tahun gajah telah lahirlah insan penyelamat ummah yang telah ditugaskan untuk membimbing manusia ke arah jalan Allah. Sesungguhnya pada diri Muhammad itu contoh tauladan yang terpuji. Dan tidak Allah jadikan Nabi Muhammad S.A.W melainkan sebagai penyelamat ummah. Dan Rasulullah juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.

Saban tahun kita sebagai umat Islam tak terlepas dari menyambut kelahiran manusia istimewa insan penyelamat ummah iaitulah Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam. Dan berbagai upacara dan program diadakan seperti perarakan maulidurasul, ceramah, bersselawat, berzanji dan sebagainya. Semuanya adalah manifestasi kita sebagai lambang kita cinta pada Rasulullah S.A.W

Namun sedarkah kita, berapa ramai orang yang hari ini mengaku ummat Muhammad tapi tak pernah tahu sirah perjuangan nabi. Berapa ramai yang mengaku sayangkan nabi tapi tak pernah pun mengamalkan sunnah nabi. Berapa ramai antara kita yang kata nak ikut nabi tapi menolak mentah-mentah hadis nabi.

Bukan sambutan maulidurrasul itu yang penting tetapi intipati dari sirah panjang perjuangan nabi itu yang lebih penting. Menyambung wasilah perjuangan nabi itu lebih penting. Menerus dan memperkembang ajaran nabi itu lebih penting. Mengambil pengajaran dan teladan dari sirah nabi itu lebih peting. Menjadikan nabi sebagai contoh ikutan suri teladan itu lebih penting.

Janganlah kita menjadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka ini terlebih gembira saat mengetahui kelahiran nabi sampai menyembelih ratusan ekor unta, tetapi kemudiannya menolak ajaran nabi, menyeksa nabi dan pengikutnya dan seribu satu cara lagi untuk menghentikan dakwah nabi. Bahkan sampai tahap nak membunuh nabi.

Sama-samalah kita mengambil pengiktibaran dari sirah perjuangan panjang nabi dan sama-sama juga kita membenteng diri kita dari menjadi seperti sindrom abu lahab. Dan cintakan nabi tak semestinya pada hari kelahiran nabi sahaja tapi jadikanlah setiap hari kita adalah hari-hari yang kita cinta dan sayang kepada nabi.


ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WA SOHBIHI WA BARIK WA SALAM.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK