Tuesday, March 9, 2010

HIDUP INI ADALAH UJIAN..


Assalamualaikum semua kawan2 tak kira jua dimana anda berada dan apa jua yang anda lakukan pada saat dan ketika ini.. semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu insya Allah.. dan selamat datang diucapkan kepada yang mereka-mereka yang sudi hadir memeriahkan blog ini.. semoga kedatangan anda akan membawa 1000 rahmat dan 1000 barokah..

sekadar nak mencoret sesuatu disini setelah lama rasanya tidak mengepost something.. sesunggguhnya dalam kita meniti kehidupan harian pastinya tidak dapat tidak kita terlepas dari ujian.. ujian yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara. dan kehidupan kita ini sendiri adalah ujian dari Allah (boleh rujuk surah al-mulk d awal2 ayat)..

dan kita sebagai manusia yangaku beriman dan percaya pada hari pembalasan sewajibnya yakin dan percaya yang bahawasanya Allah tidak saja2 menguji hamba-hamba-NYA melainkan dgn ujian yang kita mampu menanggungnya. yang dengan ujian ini akan dijadikan kayu pengukur setakat mana iman seseorang..

dan apa yang menarik tentang ujian Allah adalah ia akan datang pada titik kelemahan kita yang paling lemah. ada org lemah dgn harta pangkatdan kedudukan, Allah uji dengan kekayanaa dan sanjunagn manusia, dan dia gagal.. ada org lemah dengan isteri dan anak2, maka Allah uji dia dgn isteri dan naka2 sehingga dia melupakan ALLAH.. itu antara contohnya.. dan aku adalah antara orang yang sangat sensitif dengan persahabatan. dan Allah menguji aku dengan kawan2..

namun yakin dan percayalah setap ujian itu Allah datangkan pakejnya dengan penyelesaian.. cuma kita saja sebagai manusia perlu berfikir dan mencari jalan penyelesaian tersebut.. contohnya kalau aku ada masalah dgn kawan2, ada kawan yang still amin berat dan amik cakna dgn aku.. kata org masih ada yang sayang.. kalau dgn harta , org itu akan sedar bahawa ini ujian maka dia akan memperbanyakkan bersedekah.. kalau dgn nak isteri, org itu akan menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai penguat untuk terus berjuang di jalan Allah..

sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. maka jgn pernah ada buruk sangka dgn ujian dari Allah.. ada org tu tanak kawin sebab pernah dikecewakan lelaki.. ada org tu menganggap semua perempuan jahat kerana pernah dikecewakn.. ini semua persepsi dan tak semua persepsi itu betul..

apapun baliklah kepada Allah dan perbanyakkan doa.. semoga Allah mengampuni dosa kita dan ibu bapa kita dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat..

sekian dulu wat kali ini.. salam ukhuwwah seribu rahmah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK