Sunday, March 28, 2010

MALAM SIMFONI NURANI



Setingi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat warga kerja Malam Simfoni Nurani sempena Pesta Konvokesyen UTM kali ke-44, begitu juga kepada PMI UTM khasnya sebagai badan penggerak dakwah terbesar di UTM kerana telah berjaya dengan jayanya memperkenalkan definisi baru tentang cara berhibur kepada seluruh warga kampus dan pengunjung tapak pesta konvo kali ini..

Persembahan pada malam itu dimulakan dengan ucapan dari Yang Berusaha Presiden PMI iaitu saudara Khairul tentang bagaimana keterlibatan PMI UTM dalam program hiburan alternatif dan signifikan kepada penglibatan itu kepada membawa wadah baru seni kepada mahasiswa..

penjelasannya adalah kerana selama ini PMI telah memantau dan menghantar bantahan kepada pihak berwajib tentang masalah pelaksanaan program-program hiburan yang dijalankan di UTM ini. dan kali ini PMI sendiri diberi tanggungjawab besar untuk membawa revolusi makna baru seni kepada mahasiswa. PMI tidak mahu dilabel sebagai mereka yang 'baling batu sembunyi tangan'. iaitu setelah menghentam sesuatu program hiburan tapi tidak memberi penyelesaian kepaa permasalahan tersebut.



antara persembahan yang turut mewarnai malam itu adalah penyampaian lagu-lagu nasihat dari kumpulan Alternative Band Club (ABC) yang mana penyanyinya memakai serban dan kopiah ketika membuat persembahan.



teater hebat bertajuk "Menunggu kata dari Tuhan" arahan Dinsman dan dilakonkan dengan sangat berkesan oleh Sabri Yunus.dan teater ini telah dipentaskan sebanyak 33 kali dan menyambut ulang tahunnya yang pertama pada malam persembahannya di UTM ini..



Kemudian bacaan sajak oleh saudara Amni Jagat yang membawa Mahasiswa merenung kembali erti segulung ijazah kepada mereka. dan nyanyian lagu dari kumpulan SATNA.

rata-rata pengunjung yang datang adalah sengan tujuan mahu melihat sendiri bagaimana PMI sebagai badan dakwah mahu melaksanakan program hiburan. dan terbukti hiburan menurut Islam adalah sangat luas dan tidak terbatas kepada nsyid semata.

tahniah dan syabas sekali lagi kepada mereka-mereka yang telah menjayakan program pada kali ini..

tahniah..

sumber dari blog PMI UTM

baca lagi di sini, di sini, dan di sini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK