Tuesday, March 16, 2010

MEROBAH SUDUT PANDANG KITA


Di era globalisasi dan zaman serba canggih ini, kita lihat manusia rata-rata ramai telah lemas hanyut di badai ombak modenisasi.. (cewah intro.. haha ayat bombastik siot)..

Sekadar nak mengajak kengkawan merenung sebuah kisah analogi tentang bagaimana jika kita mengubah hanya sedikit dari sudut pandangan kita, kita akan menemui banyak perkara-perkara baru dalam hidup ini..

Sebuah kisah tentang empat orang lelaki yang pergi ke pantai..

Lelaki pertama pergi ke pantai kerana nak mencari tempat rehat dan dia jumpa resort lalu check in. Lelaki kedua juga pergi ke pantai dan dia tahu sekarang ini musim mencandat sotong, lalu dia pun ikut nelayan mencandat sotong..

Lelaki ketiga yang pergi ke pantai dan tahu bahawa didasar laut ada tiram dan didalam tiram ada mutiara, lalu dia pun menyelam dan dapat mutiara. Lelaki keempat juga pergi ke pantai dan kerana keilmuannya dalam bidang petroleum dan cari gali, dia tahu jika bergerak beberapa ratus kilometer dari pesisir pantai dan dikorek dalam-dalam dasarnya, dia akan menjumpai minyak, lalu dia pun melakukan seperti dalam ilmunya itu..

Lihat tak analogi ini. Empat orang lelaki yang pergi ke tempat yang sama tapi mempunyai tujuan yang berlainan dan membawa pulang hasil yang berlainan. Lelaki pertama mencari resort lalu dia dapat resort. Lelaki kedua cari sotong, lalu dia dapat sotong. Lelaki ketiga cari mutiara dan dia dapat mutiara. Begitu jugalah dengan lelaki keempat yang cari minyak dan dia jumpa minyak..

Kenapa perkara ini terjadi?? Kerana mereka masing-masing memiliki sudut pandangan yang berbeza-beza. Dan kita lihat bagaimana dengan hanya mengubah sedikit dari cara kita memandang kita akan beroleh hasil yang lebih besar dalam hidup ini.

Ibarat kata M.Nasir dalam lagu “Tanya Sama Itu Hud-Hud”.. “Lihat dunia dari mata burung atau dari dalam tempurung, yang mana engkau pilih??”.. pilihan sudah ada dan kita berhak membuat pilihan, maka pilihlah yang sebaiknya..

Ayuh sang algojo sekalian kita elajar sedikit dari kehidupan ini dengan mengubah cara kita memandang. Melihat sesuatu kelemahan sebagai satu kekuatan, melihat satu cabaran sebagai satu peluang, dan begitulah seterusnya..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. hehe



Kredit to saifulislam.com..

Pssst --- seperti yang telah diceritakan ustaz harizal dalam ceramahnya di SIRIM Kulim, 2009...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK