Sunday, March 21, 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010

Pesta Buku Antarabangsa tahun 2010 sedang berlangsung sekarang di PWTC selama seminggu bermula hari ini 20hb Mac hingga 27 hb Mac. Pesta yang menghimpunkan bukan sahaja buku-buku dari pelbagai lapangan penulisan malah turut menghimpunkan penulis-penulis terkenal tanahair..




Saban tahun memang aku tak lepaskan peluang untuk pergi ke pesta ini sebab aku sangat suka membaca. Dan kalau pegi memang paling tidak aku spend rm100 untuk membeli buku-buku yang aku suka. Antara genre yang aku suka adalah novel, buku motivasi dan buku sejarah..

Dan yang paling best pi pesta ni adalah dapat beli buku dengan harga diskaun. Selalunya novel-novel akan dijual dengan harga combo dan ada less sampai 15%. Selain tu dapat gak bertemu dengan penulis-penulis pujaan,antaranya aku pernah laa jumpa dengan Dato’ A.Samad Said. Dan sapa lagi kalau bukan kartunis-kartunis pujaan dari Moy Publication iaitu kartunis-kartunis Ujang dan Apo? Hehe..

Dua lagi penulis yang akan melancarkan buku terbaru mereka adalah:

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (boleh semak website dia kat sini)



Ehsan gambar dari saifulislam.com

Aku sangat minat penulisan dan ceramah beliau yang banyak menyentuh tentang kisah hidup remaja dan percintaan menurut islam. Aku sangat mengsyorkan kawan=kawan boleh beli buku-buku dia..

Dan Faisal Tehrani (boleh baca blog dia kat sini)



Ehsan gambar dari blog Faisal Tehrani

Penulis yang sangat mendalam pengkajiannya sebelum menulis satu-satu novel. Walaupun agak berat kadang=kadang mesej Ketuhanan dalam novelnya namun membawa satu dimensi baru dalam dunia penulisan sastera..

Jom pakat pi ramai-ramai naa.. hehe

"For more information, please contact:
Secretariat of the National Book Council of Malaysia (MBKM),
Level 14, Block E12, Government Complex Parcel E, Federal Government Administrative Centre,
62604 Putrajaya, Malaysia
Tel: +603 8884 7019; Fax: +603 8888 6296
E-mail: mbkm@mbk.moe.gov.my

2 comments:

Sendra said...

nak cari buku architecture dengan banyak2 buku pasal komik lahh..hahha

PiDoT_OtAi said...

sila2.. hehe.. help yourself k..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK