Saturday, May 8, 2010

HAPPY MOTHER’S DAY.. MAK..

Saban tahun hari ibu yang disambut untuk kita mengenang kembali jasa-jasa seorang insan yang telah mengorbankan jiwa dan raganya kepada kita.. yang tak pernah jemu-jemu melayan karenah nakal kita. Yang tak pernah berkurang kasih sayang yang dicurahkan kepada kita..

Justeru hari ahad kedua pada setiap bulan MAY dipilih sebagai satu hari untuk mengenang kembali jasa insan yang kita cintai ini. Bukan bermaksud kita hanya menghargai mereka hanya pada hari ini tetapi mengambil hari ini sebagai pemangkin ingatan semula ke atas mereka..

Maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari ibu buat ibuku yang tersayang yang tercinta, ibuku yang satu-satunya dan tiada gantinya, Puan Ramlah Binti Merjan.. Yang telah mendedikasikan seluruh hayat dan umurnya buat kami sekeluarga..



Jutaan terima kasih yang tidak terhingga abang ucapkan atas segala kasih sayang yang emak curahkan kepada abang selama ini.. Terima kasih mak.. terima kasih untuk segalanya..

terima kasih mak kerana telah memanusiakan abang seperti mana yang abang jadi hari ini.. tiada hadiah bermakna yang dapat abang bagi kat mak sempena Hari Ibu ni melainkan dengan sebuah doa.. Semoga mak dalam lingkungan rahmat Allah selalu...

Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau Ampunkan Dosa Aku, Dosa Kedua Ibu Bapa Aku, Dan Kasihanilah Mereka Sepertimana Mereka Telah Mengasihi Aku Sejak Aku Kecil Lagi.. Dan Khususnya Kepada Emak Aku Puan Ramlah Merjan, Kau Ampunkanlah Dosa Ibu Ku Ya Allah, Kau Kasihanilah Ibuku Ya Allah, Kau Ampunkanlah Dosa Ibuku Yang Telah Lalu Yang Sedang Dia Lakukan Dan Yang Akan Dia Lakukan.. Kepada Engkaulah Jua Ya Allah Aku Sandarkan Harapan Dan Aku Memohon Pertolongan. Dan Engkaulah Ya Allah Tuhan Yang Aku Sembah Dulu Kini Dan Selamanya...



Hargailah ibu anda sementara masih sempat. Berbaktilah kepada mereka sementara Allah memberi masa yang terbatas ini. Senangkanlah hatinya supaya redhanya kita akan dijanjikan dengan syurga oleh Allah..

4 comments:

Chaoi said...

ang come r time kecik2...

PiDoT_OtAi said...

ehem.. well besa jaa.. keh3 (kembang dah idung nih haha)

N@zihah said...

Nampak bahagia ja tengok gambar family macam ni...rasa sayu pulak di hati,isk isk isk

PiDoT_OtAi said...

laa awat cik nazihah?? jgn laa sedih2 hari ibu ni.. huhu sayu saya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK