Sunday, May 2, 2010

IP MAN 2



Bertempat di TGV AEON Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. Dengan harga tiket rm6 kerana among the early bird.. dan bertemankan seorang dara (eh silap seorang diri hehe)..

daku menggagahkan kaki untuk melangkah dan membeli tiket dan menonton filem IP MAN 2.. The best ever kung fu epic movie.. mo tak ting.. betoi2 haow liaw woo.. haha memang berbaloi sangat.. aku sanggup tengok lagi sekali crita ni haha



SINOPSIS

Mengisahkan tentang usaha dan halangan yang perlu di tempuhi oleh Sifu Ip Man dalam perjuangannya untuk mengembangkan seni mempertahankan diri kung fu Wing Chun yang beliau warisi..

Walaupun pada mulanya masyarakat saling membuli antara satu sam lain dalam perjuangan meneruskan kehidupan, akhirnya mereka bersatu dalam menentang musuh yang paling utama iaitu penjajah..



Bila ketua semua sifu di HK mati di belasah seorang peninju hebat bernama The Twister, Ip man dan para sifu yang lain bersatu dan bermujahadah untuk bangkit dan kembali melawan penjajah..

boleh juga dilihat sumbangan akhbar dan kegigihan serta keberanian para wartawan yang berani melontarkan pandangan dan menulis berita yang benar walau berepan dengan ancaman.

boleh baca lanjut kat sini..

PENGAJARAN

Walaupun para sifu di Hong Kong pada masa itu saling bersaing antara satu sama lain untuk menunjukkan siapa diantara mereka yang paling hebat, dan sanggup menjadi barua Inggeris asalkan mereka dapat terus hidup dan berkuasa.. akhirnya bila maruah diri dan bangsa diinjak dan dipijak, mereka bersatu dan bangkit menentang kuasa imperilis yang tak segan2 dan sudah2 merompak hasil kekayaan negara yang mereka jajah..

Ucapan kemenangan Sifu Ip Man setelah menewaskan The Twister sangat menggetarkan..

"Walaupun setiap dari kita ini berbeza taraf dan status dalam kehidupan, tetapi setiap orang mempunyai hak dan maruah yang sama.. Saya tidak bertanding untuk menang atau untuk menunjukkan kung fu cina lebih hebat dari tinju, tetapi saya nak menyedarkan yang kita sebenarnya semuanya sama sahaja.. dan saya berharap kita boleh sama-sama akan lebih menghormati antara satu sama lain selepas ini"

So kepada sapa yang tak tengok lagi, aku suggest pi laa tengok weh.. haha aku yang dok dalam tu tiba2 rasa semangat nak bangun dan bangkit melawan penjajah.. memang garapan cerita yang simple untuk filem epik tetapi kesannya sangat besar..

dan aksi kung fu heronya memang sangat natural dan best mo tak ting ever.. haha betoi2 haow liow.. tengok weh jangan tak tengok..

3 comments:

Anonymous said...

Ip Man memang bagus! Touching movie~

Hanz

PiDoT_OtAi said...

yup hanz hehe.. masa tengok tu saya plak yg berkobar2 nak lawan penjajah.. hehe.. jom tengok ramai2 jom hehe

@mirul said...

ekelehhhh....
bkn nk ajak ak tgk...
huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK