Friday, May 7, 2010

KURANG TIDUR PUNCA PENDEK UMUR

LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.

Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.

Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.

Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor. - AFP

sumber : MyMetro

ulasan :
- haih macam2.. dunia2.. hehe people can sleep everywhere



- tu laa apa benda pun yang kita buat biarlah berpada-pada atau moderate.. tak terlebih dan tak terkurang.. sederhana saja..



- terlebey tidoq pun susah.. terkurang tidoq pun pendek umuq.. hehe.. layan

7 comments:

dayangredzuan said...

yes..ari semalam sy xtidur seharian...
tahniah2..
skang pun xtido lagi..
grrr bnyk mnda nk setel..

PiDoT_OtAi said...

uih jgn mcm tu cik dayang.. amik laa masa sekejap untuk berehat.. ingat.. badan kita bukan machine, urat bukan dawai dan darah bukan minyak.. machine pun sampai masa kena bagi rehat, bagi sejuk dulu.. hehe

Mr Kamikaze said...

Wah bahaya nie...kena jaga tidur supaya tak lebih dan tak kurang...

PiDoT_OtAi said...

yup betoi tu mr.kamikaze haha.. nabikata bersederhanalah dalam apa jua kerja buat kita.. dan yg paling penting dalam hidup ni adalah keberkatan dan redha dari Allah..

SeNi ItU InDaH said...

terlebih tidur pun salah, kurang pun salah gak..dua2 leh wt kta pendek umur kn?

PiDoT_OtAi said...

betoi tu hehe.. jadi bersederhanalah.. tang penting bukan brapa lama masa kita tidoq tu. tapi keberkatan dari masa tidoq.. ada tu kita tidoq sat jaa pun tp dah rasa segar.. ada tu kita tidoq punya laa lama. bgn2 still dok ngantuk gak

jerung darat said...

biar btol. . .tp kdg2 mslh ssah nk tdo yg myebab kn jd x ckup tdo. . .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK