Wednesday, May 26, 2010

L.O.V.E IS CINTA IV

<^Fokus Cinta IV^> CINTA Lahir Dalam Perkahwinan

Pelbagai kajian
telah dibuat mengenai cinta dan perkahwinan.Salah satu yang menarik ialah yang dibuat olehDr. Harville Hendrix, pengarang buku laris "Gettingthe Love You Want: A Guide for Couple" (1988). Beliau telah menemui wujudnya empat fasa dalamperkahwinan.

`Fasa Pertama`

Fasa pertama merupakan musim penuh janji manis dan fantasi cinta. Hidup dirasakan begitu indah, lengkap segala-galanya dan unik kerana mempunyai pasangan yang serba sempurna.

`Fasa Kedua`

Bila pasangan masuk fasa kedua barulah suami isteri tadi dapat melihat realiti pada diri pasangan masing-masing. Ketika itulah "the real work of love begins" maksudnya, cinta mula bertindak dan menghasilkan natijah. Ramai yang kecundang kerana melihat banyak cacat cela pada pasangannya, tapi mereka yang dapat melalui fasa ini dengan baik akan menemui keindahan dalamh ubungan suami isteri yang berlandaskan realiti,bukan lagi fantasi.

`Fasa Ketiga`

Fasa ini dikaitkan dengan permasalahan yang ada hubung kait dengan seks.

`Fasa Keempat`

Manakala fasa keempat ialah di mana berlakunya jalinan semula cinta.

Menurut Dr.Harville, inilah musim menuai. Dan fasa inilah cinta mula bersemi semula. Waktu itulah cinta sejati benar-benar wujud.Apa yang menarik mengenai kajian ini ialah hakikat bahawa cinta boleh dibina dan disuburkan kerana ia adalah fitrah semulajadi, sama seperti sifat-sifat fitrah yang lain.

Dan cinta juga boleh dibuang dari hati. Fasa pertama perkahwinan tadi adalah saat bulan madu serba indah. Namun jika selepas puas menjalin hubungan cinta baru berkahwin maka perkahwinan akan masuk fasak edua.

Tiada lagi nikmat fasa pertama!. Tidak kurang menarik ialah kesimpulan yang dibuat oleh Dr.Harville mengenai cinta.Katanya, "..cinta tidak melahirkan perkahwinan. Cinta, jika ia datang, sebenarnya lahir di dalam perkahwinan itu sendiri".

Kesimpulannya, untuk mengharungi arus kehidupan yang sememangnya dipagari denganp elbagai ujian, kita sebagai hambaNya perlulah kembali bermuhasabah dan terus berusaha pada setiap ketika agar kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang cintakan dunia lupakan akhirat,cintakan kehidupan bencikan kematian.

Sememangnya ketiga-tiga musuh utama kita(Syaitan, Nafsu dan Dunia) tidak pernah dan tidak akan membiarkan kita pergi begitu sahaja meninggalkan mereka, sebaliknya ketiga-tiga mereka ini akan terus berusaha untuk lebih gigih bagi terus menjerumuskan kita ke arah kesesatan.

Jadi, marilah sama-sama kita berhasrat untuk memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan tindakan bijak bermula dari saat ini.Berikut saya huraikan serba ringkas untuk perkongsian bersama :

1. Iblis/Syaitan : sememangnya mereka ini merupakan musuh kita dunia akhirat dan mereka telah pun berazam dan bersumpah didepan Allah untuk menyesatkan kesemua golongan manusia. Hasilnya skrg, kita dapat lihat sendiri keadaan yang berlaku diserata dunia bahkan dinegara kita sendiri bagaimana manusia semakin hilang norma2 kemanusiaan dan seumpamanya.

Yang menambah parahkan lagi ialah kita tahu bahwa mereka ini adalah musuh kita yg sebenar-benarnya tetapi kita tidak pernah berusaha untuk menentangnya bahkan kita semakin lalai dengan pujukan-pujukan mereka hingga kita sendiri semakin hari semakin rosak dengan kehidupan kita.

Jadi, antara punca-punca utama untuk kita memiliki keimanan yang jitu kepada Allah s.w.t,kecintaan yang utuh serta kerinduan yang tidak berbelah bagi kepadaNya ialah dengan memerangi pujukan-pujukan iblis/syaitan selama-lamanya.

Perlu di ingat! kalaupun kita telah berjaya mengatasi halangan yang pertama ini tidak semestinya kita akan terus berjaya memiliki iman/cinta yang perfect, sebabnya masih ada dua halangan sesudahnya (nafsu dan dunia).

Contohnya kita lihat pada bulan ramadhan, semua iblis/syaitan akan dikurung oleh Allah tetapi dalam masa yang sama masih ada orang-orang Islam yang melakukan maksiat yang didorong pula oleh nafsu dan dunia. Jadi sama-samalah kita berfikir dan mencari jalan terbaik untuk memerangi dengan sepenuh kekuatan halangan yang pertama ini.

Selalulah merangka lalu mengamalkan semua amalan-amalan kita zahir dan batin menuju kearah marhdatillah (keredhaan Allah) sepanjang masa.

2. Nafsu : merupakan halangan yang kalaupuntidak sehebat halangan yang pertama tadi ianya hampir-hampir menyamainya. Saya ceritakan secara ringkas mengenai nafsu : Ada satu riwayat mengisahkan bahawa setelah Allah jadikan nafsu lalu Allah soal dia (nafsu) siapakah engkau wahai nafsu? lalu jawabnya : aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau...lantas Allah rejam dan kurung dia di dalam neraka yg paling panas selama beribu tahun, kemudian diangkat semula, dan ditanya lagi, siapakah engkau wahai nafsu? Dijawabnya seperti jawapan yang pertama tadi. Kemudian Allah kurung pula dia di tempat yang paling sejuk selama beribu tahun, selepas itu diangkat dan ditanya soalan yang sama, dijawabnya : akua dalah aku ..dan Engkau adalahEngkau....kemudian Allah kurungkan pula dia(nafsu) disatu tempat dengan keadaan lapar jugaselama beribu tahun, setelah itu diangkat dan disoal dengan soalan yang sama, barulah nafsu menjawab : sesungguhnya aku adalah hamba yg diciptakanMu dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Agong.

Begitulah betapa dasyat dan kerasnya nafsu yang ada pada setiap seorang dari kita. Jadi berdasarkan cerita tadi, jelas kepada kita bahawa cara yang paling mudah untuk menewaskan nafsu kita ialah dengan berlapar (berpuasa) makad engan cara ini dapat membantu kita untuk menjinakkannya.

So, kunci sudah pun ditemui cuma cara untuk membukanya (melaksananya)perlu berhati-hati, sebabnya skrg kita lihat ramai orang yang berpuasa tetapi masih tidak dapat mendidik nafsunya. Contohnya bila dah puasa,time berbuka makan sampai tak mampu si perut untuk menanggungnya dan berbagai lagi yang boleh kita lihat.

Antara punca-puncanya ialah kita berpuasa dengan bersebab, maksud saya ada dikalangan kita yang berpuasa kerana nak diet, ada yg kerana nak hilangkan sakit dan seumpamanya. Maka inilah bahaya bila melakukan satu-satu kerja (amalan)tidak kerana Allah semata-mata, masing-masing melakukan amalan kerana dunia dan seumpamanya maka bertambah degil dan bermaharajalelalah nafsu kita.

Jadi, kunci yang setepatnya ialah berpuasa selalu dengan hati yang amat ikhlas untuk mencari keredhaan dan kerahmatan Allah (bukan menginginkan ganjaran).Contohilah keikhlasan seperti Rab`ah Adawiyah yang pernah berdoa "Ya Allah, sekiranya solatku (amal ibadahku) ini kerana inginkan ganjaran maka aku lebih rela dimasukkan kedalam neraka". (mafhum riwayah).

3. Dunia : halangan yang ketiga ini rasa saya,kita semua masing-masing dah tahu sangat, yang dimaksudkan dengan dunia ialah semuanya.......perhiasan, harta, wanita dan berbagai-bagai lagi yang mana setiap satunya adalah cabaran yang cukup berat dan hebat untuk kita mengharunginya.

Pernah diriwayatkan dari satu kisah para ahli suffiyah : Allah s.w.t memerintahkan kepada Dunia :"Wahai Dunia...sekiranya manusia itu menggunakanmu kerana ingin berbakti kepadaKu maka jadilah engkau hamba kepada manusia tersebut, sebaliknya jika dia menggunakanmu kerana kepentingannya maka jadikanlah dia hamba kepadamu."(mahfum riwayah)

Cerita ini bertepatan dengan satu kata-kata yang agak mashyur dikalangan masyarakat kita :"Jika kamu mengejar dunia, dia akan semakin jauh(lari) meninggalkanmu, sebaliknya jika kamu meninggalkannya maka dia akan datang mencarimu".Kadangkala kita mampu menjadikan dunia sebagai sumber bekalan di sana kelak seperti jadi orang kaya yang pemurah, memiliki wanita yg solehah(sebagai isteri atau anak) dan sebagainya.

Akantetapi yang selalunya, kita akan ditipu dan tertipu dengan dunia tadi. Sebaiknya kita berusaha untuk tidak memiliki mana-mana sumber dunia yang cepat dan dapat merosakkan kita atau kita lalai dengannya. Jadi bila rasa tak mampu nak jadi orang kaya yang pemurah, kita jangan cuba-cuba untuk menjadi kaya kerana kaya tadi akan merosakkan kita begitulah seterusnya.

Ambillah iktibar dari kata-kata Hassan Al-Basri ra. :"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintuhatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."(mafhum riwayah).

Lantas marilah kita bersama membina hubungan cinta makhluk kepada Khaliknya (Pencipta)dengan erti percintaan yang sebenar, Kalau inginkan kebahagiaan carilah cinta yang hakiki kepada Allah terlebih dahulu bukan kepada makhluk, seperti kata hikmah :"cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi"...fikirlah.

Ma`assalaamah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK