Saturday, May 22, 2010

BAHAGIA ITU LETAKNYA DIHATI

Salam kawan-kawan semua.. Apa khabar kalian ye.. Sori laa lama tak mengepost something kat sini.. So untuk kali ni sekadar nak berkongsi rasa..

Kadang-kadang kita rasa sangat tertekan.. Segala apa yang dirancang tak menjadi.. Setiap gerak langkah kita rasa serba tak kena.. Sampai kita tak tau nak wat pa.. Ketahuilah ketika itu Allah sedang menguji kita.. Lalu apa tindakan kita??

Kata Imam al-Ghazali.. Tanda seorang hamba itu protes pada takdir Tuhannya adalah dia akan melangkau rutin hariannya.. Contoh seperti tak makan, abaikan pengurusan diri, nampak serabut jaa.. Tu bunga-bunga kita protes pada takdir..

Bahagia ni sebenarnya sangat subjektif dan relatif sifatnya.. Sebagai contoh kalau kita tengok seorang mak cik yang mengemis, kita akan kata "Kesian laa mak cik tu, kena mengemis untuk hidup" tapi walhal itu sudah cukup membahagiakan buat dia. Dan yang menarik bila orang sekaya Donald Trump berkata "Saya hairan begitu ramai orang yang nak jadi seperti saya, walhal saya tengok masih ramai orang yang lebih bahagia dari saya"

Ada orang sampai cuba untuk membeli kebahagiaan. Buat apa sahaja contohnya minum arak, melancong, berjudi tapi malangnya dia tak dapat bahagia.. Ada orang hidup sekadarnya.. Seadanya tapi alhamdulillah bahagia..

Jelas disini bahagia tu bukan dengan wang bukan dengan keluarga bukan dengan apa pun.. kecuali hati.. Pada hatilah terletaknya bahagia.. Pada hatilah tempat mengecap nikmat bahagia..

Didiklah hati. Tak salah untuk kita merasa kecewa.. Asalkan kita masih punya semangat untuk terus bangun semula.. Tak salah untuk kita menangis atas kekecewaan itu, asalkan jangan terbawa dengan derasnya air mata yang mengalir..

Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat kawan2 semua.. Jumpa lagi ye.. Salam...

1 comment:

PiDoT_OtAi said...

semoga Allah kuatkan iman dan kejapkan keyakinan dalam menempuh jalan menuju redha Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK