Thursday, June 3, 2010
AWEK SEKSI, PAKWE SEKSA
Islam bukanlah agama yang anti kepada sosial dan melarang perhubungan diantara lelaki dan perempuan secara total, malah Islam sangat memelihara perhubungan tersebut agar berkekalan bahagia bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.
Justeru pasangan muda mudi dan remaja perlulah supaya sentiasa menjaga batas pergaulan di antara mereka dan ini memerlukan kepada mujahadah atau usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengawal diri dari terjebak ke kancah perzinaan.
Kajian oleh pakar membuktikan bahawa nafsu sang lelaki, 70% darinya dirangsang oleh PANDANGAN dan cuma 30% sahaja dari SENTUHAN. Manakala si wanita pula, nafsunya terangsang, 70% dari SENTUHAN dan cuma 30% dari PANDANGAN.
Justeru wahai para wanita musLimah sekalian, tutupilah aurat kamu sesempurna mungkin sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31. Dan buat para pejaka sekalian, janganlah sesekali mengambil kesempatan dengan 'ringan-ringan' ke atas wanita. Kita juga tidak suka, jika orang lain melakukan perkara yang sama kepada ibu kita, adik perempuan atau kakak kita.
Juga buat para pejaka sekalian, diingatkan menjaga pandangan mata kerana ianya adalah anak panah iblis. Juga buat puteri dewi sekalian, janganlah dibiarkan sang arjuna menyentuh tubuh kalian kecuali yang halal ke atas kamu.
Jika semua pihak dapat saling menjaga, insya Allah masyarakat akan harmoni aman dan sejahtera. Tiada apa yang lebih kita harapkan di dalam kehidupan di dunia ini melainkan keredhaan Allah semata-mata.
Nasihat ini terlebih dahulu ditujukan buat diri yang menulis.. Semoga bermanfaat untuk semua.
boleh baca karya Ustaz Hasrizal di blognya..
Normalisasi Muqaddimah Zina
Doa Yang Menolak Zina
Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
InsyaAllah... ;)
Welcome to MyBlog ;)
setuju :)
setuju sgt2 :D
saya juga setuju hehe.. bukan setakat hubungan kekasih saja yang perlu dibatasi.. perhubungan antara rakan taulan, sahabat handai, sepupu sepapat, pak dan mak dengan anak menakan, juga hubungan diantara adik beradik juga perlu kepada batasannya.. semoga semuanya selamat dalam lindungan rahmat Allah selalu
patut lelaki ramai yg suka seksi kan~
hehe biarpun dia suka yang seksi, tapi sekdar untuk dibuat tempelan.. saya percaya even teruk macam mana pun seorang lelaki, dia tetap akan mencari perempuan yang baik-baik untuk dijadikan isteri.. hehe.. semoga mendapat jodoh yang baik menurut Allah..
stju2..bernas n tepat
hehe.. semoga bermanfaat untuk semua
btl tu bro..
aku setuju..
aku sbg lelaki pun, mmg kdg2 pandang pmpn seksi2 ni perghh.. betul la kajian tu..
tp aku tetap taknak memperisterikan perempuan yang membuka aurat, apatah lagi seksi.
jemput ke blog lanunsepet..
baca pasal widget.
pmpn menampakkan keseksian dieorang, lelaki tengok jer..kalo pmpn tutup keseksian dieorang, lelaki xdpt la tgok..
lanunsepet : betoi2 sangat tu hehe
zack : hipotesis yang menarik hehe
Post a Comment