Thursday, June 24, 2010

MEMPERBETULKAN CARA MEMANDANG



Memperbetulkan cara memandang..

Kawan-kawan pernah dengar tak lagu nasyid Hijjaz yang bunyinya lebih kurang macam ni..

“PANDANGAN MATA SELALU MENIPU, PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU, PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH, PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI, JIKA HATI ITU BERSIH..”

Dalam lagu ni menceritakan bahawa setiap dari kita manusia, mempunyai 4 cara pandang. Bergantung kepada kitalah nak menggunakan yang mana satu. Seperti dalam lagu ini, pandangan mata iaitu pandangan biasa selalu menipu. Selalu terjadi kerana mata sekadar menterjemahkan objek didepan dan menghantar isyarat gelombang ke otak. Bukan menafsir..



Pandangan akal selalu tersalah kerana akal kita tidak sempurna. Ilmu dalam jangkauan kita sangat terhad. Mungkin pandangan kita itu betul pada sesuatu keadaan, tapi untuk keadaan yang lain tidak. Begitu juga dengan pandangan nafsu, selalu terburu-buru. Membuatkan kita akan menyesal di kemudian hari. Dan pendangan ini selalu membawa ke arah kehancuran. Dan menghampirkan mnusia pada sifat haiwan..



Pandangan hati itulah yang paling hakiki. Kerana kita memndang dari mata hati. Tetapi perlu diingat yang pandangan ini pun tidak selalunya tepat kerana bergantung juga pada hati itu. Jika ianya bersih maka bersihlah penfsirannya kerana ianya ilham dari Allah. Akan tetapi jika hati itu kotor, maka penafsirannya pun begitulah kerana ianya bisikan dari syaitan..



Satu kisah analogi disini untuk renungan bersama. Bayangkan seorang pelajar malaysia di luar negara. Dan pada hari raya ibu pelajar terbabit mengirimkan kuih bahulu kepadanya. Jika pelajar itu memandang bahulu itu dengan pandangan mata, dia tak nampak apa-apa selain dari bahulu..



Kalau dia memandang dengan akal, dia akan memberi komen tentang bahulu tersebut. Tentang rasanya, teksturnya, bentuk dan saiznya dan sebagainya. Dan jika dia memandang dengan nafsu, nampak sedap ja bahulu tu terus dia makan tanpa was-was..

Tetapi jika dia memandang dengan mata hati, dia akan menangis. Kerana dia tahu tujuan ibunya menghantar bahulu tu bukanlah sebab takdak makanan lain kat luar negara tu. Tapi sebagai manifestasi kasih sayang seorang emak kepada anaknya. Nak suruh si anak tu ingat kat keluarga di kampung..

Jadi bagaimana kawan2, apa pandangan pilihan anda?? Jalan sudah tersedia, nah tinggal kita memilih. Selamat membuat pilihan dan pilihlah yang terbaik..



Kredit to saifulislam.com
>> seperti yang diceritakan oleh ustaz hasrizal abdul jamil dalam ceramahnya di SIRIM, Kulim (2009)..

4 comments:

rammyd said...

kalau tak nampak maknanya buta mata, buta akal dan buta hati?

PiDoT_OtAi said...

hehe... tepuk dada tanya iman...

masturah mj said...

oleh itu, slalula..pdg sesuatu dgn positif

PiDoT_OtAi said...

betol3 tu cik fatin hehe.. peace yo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK