Friday, July 9, 2010

AL ISRAK WAL MIKRAJ



Tanggal 27 Rejab saban tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai satu tarikh memperingati peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitulah peristiwa Al-Israk Wal Mikraj. Sehingga Allah rakamkan peristiwa ini dalam surah Al-Israk ayat 1.



Juga Allah nukilkan peristiwa Mikraj dalam surah an-Najm dari ayat 12 hingga ayat ke-18. Kawan-kawan boleh semak dalam tafsir al-Quran.

Al-Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah ke Masjidil Aqso di Palestin. Dan Al-Mikraj pula bermaksud Rasulullah diangkat dari Masjidil Aqso ke langit sampai tingkat langit ke-tujuh, sampai ke Baitil Makmur, sampai ke Sidratul Muntaha, terus ke Arasy Allah untuk bertemu dengan Allah secara live.

Peristiwa ini sebenarnya adalah hadiah dari Allah setelah Rasulullah kematian dua pelindung dakwahnya di Makkah iaitulah isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Thalib yang begitu gigih mempertahankannya. Sehinggalah tahun ke-10 kenabian itu digelar “Tahun Kesedihan”.



Juga sebagai perawat luka dan motivasi buat Baginda Rasul setelah dakwahnya di Thoif disambut dengan lemparan batu dan cacian kata nesta ke atas Baginda. Sehingga Zaid bin Harisah terpaksa melindungi Nabi untuk keluar ke satu kawasan kebun tamar. Darah bercucuran ke baju Rasulullah pada ketika itu dan datanglah Malaikat Jibril A.S menawarkan untuk menghancurkan bumi Thoif dengan izin Allah. Namun akhlak Baginda Rasul sangat terpuji dengan mengatakan tidak malah mendoakan agar suatu hari nanti anak cucu dari kalangan mereka akan beriman kepada Allah.

Peristiwa Israk dan Mikraj juga menjadi kunci pemisah antara iman dan kufur. Berapa ramai dari kalangan umat Islam yang apabila saja mendengar berita ini menjadi tidak percaya kepada Rasulullah lalu kembali kepada ajaran nenek moyang mereka. Namun tidak kepada Saidina Abu Bakr R.A sehingga di gelar sebagai as-Siddiq (yang membenarkan) kerana membenarkan apa yang Rasulullah sampaikan.



Dan natijah paling penting dari peristiwa ini adalah ibadah SOLAT yang Rasulullah dapat secara langsung dari Allah tanpa perantaraan Malaikat Jibril seperti ibdah-ibdah yang lain. Pada mulanya kita diwajibkan menunaikan 50 waktu solat. Namun atas pujukan Nabi Musa A.S maka Baginda Rasul pun meminta pengurangan dari Allah kepada 5 sahaja waktu solat.

Justeru sebagai muslim yang mengaku Allah itu Tuhan yang kita sembah dan Muhammad itu sebagai Rasulullah sepatutnyalah kita memperkemaskan ibadah solat kita. Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada kita..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK