Tuesday, July 6, 2010

BILA KAWAN MAKAN KAWAN



Rasanya sudah seringkali kita berhadapan dengan situasi ini.. Aku ingin bertanya kalian, apakah rasanya jika kawan anda sendiri telah memijak dan menajisi persahabatan kalian dan lalu menghumbankannya ke longkang hanya kerana tamakkan harta dunia yang tak seberapa??

Sudah berkali-kali aku ditipu rakan yang sebegini. Rakan yang hanya nampak peluang untuk memperdaya. Pandai sekali memujuk rayu untuk menagih simpati. Lalu setelah dapat apa yang dihajatkan dia berlalu pergi. Sepi senyap langsung tanpa khabar berita.



Dan akhirnya terserlah penipuannya bila kita mengetahui sendiri yang ayat-ayat tipuannya sudah membelenggu kita dengan hutang yang sekian banyak. Serius sangat sakit hati ini bila menghadapi situasi sebegini. Sakit sekali..

Kawan apa macam ni. Sanggup khianat dan makan hak kawan. Sanggup pijak dan menajisi nama persahabatan. Sanggup sekali kamu.. apa kamu ingat kamu bisa selamat?? Di dunia lagi belum tentu, dan di akhirat nanti tunggu dan lihatlah..



Tunggu ketika saat nyawa sudah di kerongkong. Tunggu saat dibentangkan segala ‘filem2 kehidupan” kamu disaat semua orang melihatnya dan kamu sudah tidak bisa menutupnya lagi. Tungggu disaat kamu menimbang amal kebaikan kamu dan yang kamu dapat adalah buku catatan amalan dari tangan kiri. Tunggu dan lihatlah.. masanya akan tiba jua.

Peringatan buat mereka yang berperangai jibauk sebegini.. tunggu.. kamu tidak selamat.. kamu tidak akan selamat. Dan maaf.. tiada maaf bagi kamu.. aku tak mahu lagi mendengar apa2 jua alasan dari kamu.. aku tak mahu lagi mendengar apa2 pun..



Sudah sudah dan sudah.. pergi dan jangan sibuk2 lagi nak menjengah muka di depan aku lagi..



3 comments:

Anonymous said...

ni marah sapa ni bang??

PiDoT_OtAi said...

ada laa mahkluk tu.. bikin panas jaa.. haih.. tak bleh aku.. dan2 panas kalu igt

PiDoT_OtAi said...

moga orang yang dok wat benda2 macam ni insaf dan bertaubatlah ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK