Thursday, July 1, 2010

SAINS MENGUNGKAP KEBENARAN AL-QURAN

Assalamualaikum semua.. Alhamdulilllah, dengan izin Allah, aku dapat lagi menulis untuk perkongsian kita bersama.. Nak mulakan entry untuk bulan Julai ni dengan satu artikel yang di copy dari isuhangat.net, semoga bermanfaat untuk semua. Check it out..

Pembungkusan Tulang oleh Daging



Antara lagi informasi penting yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur’an adalah tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut bahwa dalam rahim ibu, mula-mula tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” (Al Qur’an, 23:14)



Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim ibu. Pada mulanya, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan daging dalam embrio terbentuk secara serentak. Kerananya, ramai orang yang menyatakan bahawa ayat ini bertentangan dengan ilmu pengetahuan. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan teknologi baru telah mengungkap bahawa pernyataan Al Qur’an adalah benar satu demi satu!

Penelitian di tingkat mikroskop ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara sama dengan yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama, jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel daging yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.



Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan kalimat berikut:

Dalam minggu ketujuh, rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, daging meletakkan posisinya di sekeliling pembentukan tulang. (Moore, Developing Human, 6. edition,1998.)

Kesimpulannya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam Al Qur’an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden. Subhanallah!

2 comments:

r-mean said...

btul 2..al-quran bnyk memperkatakan tentang sains..

PiDoT_OtAi said...

dan seharusnya saintis Islam mengambil pendekatan sains dalam membenarkan apa yang al-quran telah sebut.. bukannya memandu al-Quran menurut pendekatan sains...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK