Monday, June 20, 2011

Kasihnya Para Sahabat Kepada Baginda Rasul


Setelah kewafatan baginda Rasulullah yang kita cintai, ramai sahabat yang merasa sedih dan bagai tidak percaya yang mereka telah kehilangan orang yang paling mereka cintai melebihi anak dan isteri mereka sendiri..

Antaranya adalah sahabat baginda yang akrab, Bilal Bin Rabah yang mana telah berpindah keluar dari Madinah al-Munawarah kerana terlalu cinta kepada Rasulullah.. Ada sahabat yang baru pulang dari peperangan turun dari kuda dan unta yang mereka tunggangi kerana takut hentakan kuda itu terlalu kuat menghenyak tanah yang menyimpan jasad semulia-mulia manusia. Ada yang sampai membuka kasut mereka apabila masuk ke kawasan Bandar Madinah..

Suatu hari Bilal bermimpi telah bertemu dengan Rasulullah, dan baginda menyampaikan rasa rindu yang tak terhingga kepada sahabatnya itu. Lalu terjaga dari tidur terus tanpa membuang masa, Bilal memulakan perjalanan ke Madinah, padahal beliau semasa itu tingal di Syria. Perjalanan beribu batu ditempuh demi menyambut salam rindu dari Baginda Rasul..

Sesampainya di makam Rasulullah, Bilal pun menghamburkan rasa rindu yang telah lama bertakung di dadanya. Berselawat dan solat di sekitar raudah, dan bercakap-cakap dengan makam baginda seolah-olah baginda masih hidup..

Setelah hampir masuk waktu solat, para jemaah yang perasan akan kehadiran Bilal telah meminta beliau untuk mengumandangkan azan, namun ditolak oleh beliau. Kerana beliau jadi teringat dimasa baginda masih hidup, sebaik sahaja Bilal melaungkan azan, baginda akan keluar dari rumahnya dan akan mengimamkan solat, namun sekrang Baginda tiada lagi..

Setelah diminta oleh Saidina Hassan sendiri, cucu Rasulullah, barulah Bilal sedia untuk azan. Sebaik sahaja azan dilaungkan bergementar seluruh bumi Madinah mendengar suara Bilal, apa sahaja yang sedang mereka lakukan mereka hentikan, dan berbondong-bondong ke masjid. Masing-masing tertanya-tanya apakah baginda Rasul telah kembali..

Namun sesampainya mereka dimasjid, tiada kelibat baginda melainkan hanya Bilal sahaja yang mengalunkan azan. Menangislah seluruh penduduk Madinah lantaran terlalu rindu mereka kepada Baginda Rasul. Demikian hebatnya cinta mereka para sahabat kepada Rasulullah…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK