Friday, June 24, 2011

SUPER 8



Jom pagi-pagi ni lu orang semua review filem Super 8 dengan wa haha..Filem yang diarahkan oleh J.J Abrams dan diproduserkan oleh Steven Spielberg sememangnya menjanjikan kelainan dari lambakan filem-filem Hollywod yang ada di panggung untuk tahun ni..



Kisahnya bermula apabila sekumpulan remaja yang obses merakam filem pendek mereka berkenaan dunia detektif telah terlihat satu kemalangan keretapi yang maha dahsyat di tempat mereka sedang merakam filem..



Apa yang menjadi persoalannya adalah apabila secara tiba-tiba saja pekan tempat mereka tinggal itu dibanjiri dengan kehadiran tentera yang ramai.. Dan pelbagai kejadian pelik telah berlaku yang akhirnya menimbulkan keraguan dan penduduk pekan tertanya-tanya..

Haa nak tau lagi lanjut?? Baca sinopsis filem ni kat sini.. Dan sebagai teaser korang bleh layan trailer dia kat sini hehe..

Serius best mo tak ting haa.. Walaupun permulaan filem ni agak slow, but after the train crash korang memang takkan senang duduk dalam panggung coz tak leh nak jangka apa surprise yang akan keluar. Dan benda ni berterusan sampai abis filem.. Pergh keterkejutan melanda minda kot.. haha

5 Sebab Kenapa Anda Kena Menonton Filem SUPER 8:

1. Filem ni membuktikan, walaupun tanpa kehadiran film star, filem ni masih berjaya menarik korang untuk menonton filem ni sampai abis..

2. Selitan unsur-unsur kekeluargaan, perjuangan bapa tunggal dalam membesarkan anak-anak dipapar dalam filem ni.

3. Nilai-nilai persahabatan dan percintaan di selit halus sepanjang filem ni berjalan..


4. Dia punya effect dan CGI jangan cakap laa.. Walaupun berlatar belakangkan tahun 1970an, tapi kesan efek dia.. pergh!!!

5. Takdak adegan-adegan 'panas' yang digunakan dalam filem ni membuatkan ia filem untuk semua lapisan masyarakat..


Nasihat aku kepada mereka yang ada sakit jantung dan perempuan mengandung, sila dapatkan nasihat doktor sebelum menonton filem ni.. Wa ka ka haha.. So untuk filem ni dari 5 bintang aku bagi 4.5 bintang.. Apa lagi tunggu, go gets your ticket now..

Selamat menonton.. haha

5 comments:

Sakinah said...

best ek....nk tgk la nnt...

Misssurvivor said...

apesal romate aku ckp x best ye.. hmmm

PiDoT_OtAi said...

Kin : hehe selamat menonton..

Ini Diary Saya : haha masing2 persepsi.. so nak tau best ke tak kena tgk sendiri laa.. hehe

Farhana Jafri said...

aku nk tgk dri aritu lg tp ade je yg mnghlang.. huuu~~~ ni yg wt aku jeles ni!! grr~~~

PiDoT_OtAi said...

farhana : haha baik cepat.. rasanya dah ujung2 dah kat panggung tu.. ada pun ptg2 n mlm2 jaa.. kalu tak alamatnya kena download laa hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK