Thursday, July 14, 2011

MAJLIS ILMU DI INSTITUT IBNU QAYYIM


Salam kawan2.. Kali ni nak brkongsi sikit tentang majlis ilmu yang diadakan di Institut Ibnu Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam.. Markas ini adalah di bawah naungan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin.. Mantan mufti negeri Perlis.


Kuliah tetap beliau telah diadakan secara berterusan pada SETIAP HARI SELASA, SELEPAS SOLAT ISYAK.. Semua muslimin dan muslimat yang ingin menuntut ilmu di jemput hadir.. Hadir dengan hati terbuka dan berlapang dada dalam kepelbagaian pegangan pendapat..

Fadhilatul Syeikh Dr. Asri akan membacakan Kitab Riyadus Solihin karangan al-Alamah al- Imam An-Nawawi yang memuatkan kisah-kisah tauladan para orang-orang soleh terdahulu.. Dan juga hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Rowi..


Selain itu pada hujung bulan Julai ini akan diadakan Program Interaktif Dakwah dibawah bimbingan Brother Lim Joi Soon.. Mantan paderi besar agama Kristian di Malaysia ini.. Membimbing para pendakwah muda khususnya dalam menarik penganut agama lain mendekati Islam.. Sedikit yuran akan dikenakan..

Apapun jom laa sama2 kita meriahkan majlis ilmu ditempat masing-masing.. Semoga setiap amal buat kita diberi pahala yang berlipat ganda oleh Allah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK