Wednesday, October 19, 2011

BOOK OF THE MONTH

Kinokuniya KLCC terus menjadi tempat pilihan aku untuk mendapatkan buku-buku keluaran FIXI Production setelah penat meronda toko-toko buku yang gedabak besar yang lain macam Popular, MPH dan lain-lain..

Sampai saja dua minggu lepas kat sana, ada 3 buah buku baru yang siap menunggu aku untuk dibeli.. Damn.. Walaupun aku tengah sesak2 coz tengah simpan duit nak angkat motor FZ150i, tapi tabiat lama ni tetap tak leh buang..

Tabiat yang bila masuk kedai buku mesti aku angkat paling kurang satu buku.. Hampeh tol laa.. haha..



Buku ni tulisan Khairulnizam Bakeri yang mengisahkan beberapa cerita yang nampak seperti tiada kaitan antara satu sama lain, sedikit demi sedikit menunjukkan perkaitan antara plot-plot cerita..

Satu komplot dirancang oleh Herman bersama rakan sekongkol dia Alan, Radi dan Don untuk memerangkap Khazim demi sebuah dendam kerana telah "menempek" isterinya.. Rupanya ini dimulakan demi kasih Herman kepada Lidya, yang berdendam kepada Bakar, ayah Khazim...



Buku kedua yang aku beli dan khatam dalam masa dua hari je (masa tu balik kampung, lepak umah ja tak kuar pun jumpa member2 haha).. Menawarkan plot jalan cerita berkisar tentang wanita moden , Kisha yang mahu sentiasa bebsa dan berdikari..

Terhimpit dengan cinta anak ikan, Azril dan duda kaya sehinga mereka terlanjur, Eman, Kisha memilih cinta imam muda pilihan ibunya, Rashid.. Yang mana setelah dua bulan bersama menunjukkan belang sebnar sifat panas baran dan kaki pukulnya..

Bertitik tolak dari situ, Kisha menjalin hubungan terlarang dengan, Yusri sebagai balas dendam atas penderitaannya.. Lari balik ke Kuala Lumpur demi mendapatkan semula kehidupannya yang dulu.. Yang mana akhirnya berakhir dengan dia berseorangan saja...

So nak tau lebih lanjut cerita dua-dua novel ni, sila beli dan baca k.. Kalau nak pinjam yang aku punya pun boleh, tapi kena tunggu aku balik kampung laa kan.. HEHE

Sekian..

See u again next time k...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK